cerita kehidupan.

26 Sep

saya mahu update tentang apa yang saya dapat masa daurah di harcourt holiday park yang lepas.

yang paling2 saya ingat ialah soalan saya yang ini. sebab saya selalu tertanya2 soalan ini. tapi xtau mahu disalurkan kemana soalan ini. saya tanya,

“ustaz, saya nk bertanya. tapi, saya nk cakap jugak, saya bukan anti-lelaki ke apa. saje nak bertanya.๐Ÿ˜€ kenapa kita nak kena bekerjasama lelaki dan perempuan? sebab saya dulu, sekolah perempuan semua. daripada form 1 sampai form 5. semua benda pun kitorang buat sendiri. boleh je.”

ustaz kata, “sebab kamu masa tu memang nak tak nak kena buat jugak, kan? jadi nya, memang kena buat lah jugak.”

saya still tak puas hati dgn jwpn ustaz. sbb, maknanya, kalau kita betul2 push diri kita untuk buat sesuatu tu, maka nya, memang boleh pun kita buat!

tapi, sebenarnya itu baru intro drp ustaz.๐Ÿ˜€ ustaz bagikan ayat 282, surah Al-Baqarah. (ayat terpanjang dlm Al-Quran,kan?)

“…..Jika tidak ada (saksi) dua orang laki-laki, maka (boleh) seorang laki-laki dan dua orang perempuan di antara orang-orang yang kamu sukai dari para saksi (yang ada), agar jika yang seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya….”

melalui ayat ini Allah menunjukkan keseimbangan yang ada. 1 lelaki bersamaan dengan 2 perempuan. sesuai dengan Hassan Al-Basri pernah menjawab ketika di tanya oleh Rabiatul Adawiyah, bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, manakala permpuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. bermakna, lelaki lebih banyak rasional nya, berbanding perempuan yang banyak dipengaruhi oleh emosi. maka, perempuan dan lelaki sebenarnya, ‘complementary to each other!” [macam nitrogenous base dalam DNA dan RNA plak~!๐Ÿ™‚ ] mungkin dalam melaksanakan pekerjaan, perempuan mampu untuk melaksanakannya jika diusahakan bersama2. tapi, dalam urusan memutuskan sesuatu keputusan, perlu kepada rasional berbanding emosi.

baik! terima kasih ustaz.

lantas teringat pada organisasi MPP kami di KMS. mungkin disitulah kot rasional nya cikgu meletakkan dalam 1 biro ada seorang lelaki dan seorang perempuan. juga, pada mulanya, saya juga menolak utk bersama dlm 1 biro dgn seorang sahabat ini. dgn alasan, lelaki lelaki lah. perempuan perempuan lah. [haih~ kuat sungguh pengaruh sekolah perempuan dalam diri. mungkin lah, hanya miminapis seorang je macam ni. budak2 sekolah perempuan yang lain okey je kot. maka, jgn di generalise kan kami! sedangkan saya juga sekarang belajar untuk menjadi seorang yang normal. haha~ normal, dalam masa yang sama tahu kepentingan yang ada jika bermualamat. seadanya sahaja, usah berlebih2. baik, saya cuba! ——————– hakikatnya, Dia yang tahu! bermujahadah lah diri!]๐Ÿ™‚

lantas juga tersedar, bahawa saya sendiri pernah minta tolong daripada lelaki atas sesuatu urusan.
[pelaksanaan tanpa sedar~!๐Ÿ˜› maka, salah itu pada diri!]

oh, saya ada terbaca satu cerita,

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabiโ€™ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabiโ€™ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabiโ€™ah bertanya: โ€œBerapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?โ€ Lantas Hasan Basri menjawab: โ€œNafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.โ€ Lalu Rabiโ€™ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: โ€œJika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?โ€ Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka. sumber



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

————————————————————————————————————–

apa lagi ye nk dikongsi? kerana, saya tahu orang2 yang minta saya untuk update ini pun, lagi arif daripada saya.๐Ÿ˜€
mungkin mahu kongsi tentang ayat ini. surah Al-Baqarah, ayat 208. semua orang pun pasti familiar.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” -ayat ini kami perlu hafal dalam usrah pada semester lepas.๐Ÿ˜‰

1. kenapa disebut ‘wahai orang2 yang beriman?’ = kerana orang2 Islam pun ada yang tak masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya.(sedangkan, gaya hidup pun dipisah2 kan dengan agama) maka, apabila disebut orang2 yang beriman, akan terasa lebih impak nya. wallahu’alam.

2. kenapa sebut ‘Silmi’ (sejahtera) bukan ‘Islam’? = kerana apabila kita masuk ke dalam Islam, maka hidup kita akan sejahtera. maka, dalam Arab nya disebut ‘Silmi’, dan tafsiran yang dibuat ialah Islam!

3. disebut ‘keseluruhan’ = maka, tiada bahagi2 nya. apa yang perlu kita buat? belajar! belajar untuk kenal Islam. Islam kita bukan hanya pada tudung, kad pengenalan, mahupun borang2 yang diisi.๐Ÿ™‚

4. disebut juga ‘jgn ikut langkah2 syaitan’ = ianya adalah untuk menekankan lagi, bahawa jika kita tidak masuk ke dalam Islam, maka, sedarlah diri bahawa kita sudah TERikut langkah2 syaitan. iaitu musuh yang nyata bagi anak Adam. kadang, tanpa kita sedar!

—————————————————————————
daripada buku al-muntalaq.

Maimun bin Mahran RA (ahli hadis) pernah berteriak melaungkan,

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam.”

setiap perkara yang ‘bukan Islam’ adalah al-hawa! no matter what and where it comes from.

surah Sad, ayat 26.
” Hai Daud, sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi, maka hukumlah di antara manusia dengan al-haq(kebenaran), dan janganlah engkau turut al-hawa, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah.”

saya rasa, ayat ini terang2 menyatakan antara yang benar (Islam) dan yang sesat (al-hawa).๐Ÿ™‚ do ask me kalau tak berapa nak faham, ye!

———————————————————————————–

p/s: jadi bersemangat untuk menulis, selepas melihat kerenah2 manusia yang bermacam2 di ‘open-house’ tadi.๐Ÿ™‚ heh, semangat lagi!๐Ÿ˜›

selamat ber’open house’ warga wellington.๐Ÿ™‚

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

untuk renungan, saya petik daripada salah satu forum di iluvislam.com,

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Al-quran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelakiโ€ฆ..

wallahu’alam. correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

4 Responses to “cerita kehidupan.”

  1. nurul atiqah..VALIANT! September 27, 2009 at 2:34 pm #

    sjak msuk SESERI..sy pun x byase dgn guys!

    • miminapis September 29, 2009 at 4:41 pm #

      hehe. normal la tu kot. sbb kat sekolah takde laki kan. mungkin nnti, insyaAllah, saya akan bercerita sket melalui emel, kepada awak. insyaAllah.๐Ÿ™‚

  2. ekac0mey September 29, 2009 at 1:12 am #

    mimi..tibe2 rindu kamu..hehe๐Ÿ™‚

    • miminapis September 29, 2009 at 4:38 pm #

      rindu jugak~!๐Ÿ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: