syawal 1430H di welly.

21 Sep

malam ini meneutralkan diri, supaya tidak terlalu seronok pada 1 syawal ini. seadanya sahaja! pantas teringat pada lirik sebuah lagu.

“..sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini. Ya Allah, Kau Maha Pengampun. di bayangan mentari, aku kealpaan, dusta dunia penuh kepura-puraandikala dinihari, aku kepasrahan damba jernih embun kasih sayang-Mu oh Tuhan…” damba kasih, In-Team.

—————————————————-

alhamdulillah, diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu dgn sebulan Ramadhan pada tahun 1430H ini.🙂 [kami di new zealand, berpuasa 30 hari. maka, 1 Syawal nya bermula pada Isnin, 21 September 2009]

hari terakhir berpuasa, kami (saya, aju, sal, ijan, hana, anis n nana), iftar bersama2, solat maghrib bersama2 di rumah saya. malam raya, usai solat Isyak berjemaah, kami bertakbir, diiringi dgn ‘takbir raya’ yang telah di search di youtube. masing2 membawa kuih-kuih raya yang dihantar oleh keluarga dari Malaysia. alhamdulillah.🙂

SANY1791

[teringat, jika di malaysia, malam raya, kami sekeluarga akan pulang ke kampung sebelah ayah. the only kampung we have! (krn sebelah emak, bukan lah kampung, tapi, taman perumahan. tapi, best juga!). malam nya, berkumpul dgn sepupu2, sudah pasti, akan ‘dikerjakan’ habis-habisan bunga api dan mercun. ‘berlawan2’ dgn orang kampung! selalunya, kepalanya ialah abang ami dan abang deni! apa2 hal, mereka yang kena dulu.😛 ]

dlm hati, tidak mahu sedih2. belagak seperti biasa sudah~. mak kata, “xpelah, telefon pun tiap2 minggu…” baik!😉

selepas takbir, kami bercerita2 tntg prkara2 sunat Aidilfitri. mandi sunat di pagi aidilfitri. ingat mengingati, cara untuk melaksanakan solat sunat aidilfitri. indah!

——————————————————————————–

warna purplE ialah warna SESERI!😉 mereka kata saya macam pakai baju outing sekolah! haihh~

SANY1858

pagi 1 syawal, kami ke hicom, untuk sambutan perayaan aidilfitri. ramai yg hadir. pagi2 itu, kami di uji dan di ajar utk bersabar oleh-Nya. sangat bimbang akan lewat tiba di hicom. bimbang terlepas solat sunat aidilfitri.

“korang, kalau lambat, kita pegi masjid nak?”

alhamdulillah, diberi juga kesempatan oleh-Nya untuk turut sama berjemaah di hicom.🙂

SANY1812

selain dapat berjumpa orang2 ramai, salah satu perkara yang saya paling (paling!) suka ialah khutbah yang telah disampaikan oleh — (saya pun tak pasti siapa -_-)

saya tak ingat setiap point yang telah diutarakan oleh beliau (mahu mencatat tapi lupa membawa buku catatan, hanya pen yg dibawa~), tapi, saya tahu, apabila mndengar khutbah itu, saya gembira. mndapat tarbiyah drp-Nya!

berbekalkan tafsir yang ada, saya tandakan beberapa ayat Al-Quran yang telah disebutkan oleh beliau.

al-hujurat, ayat 13. al-imran, ayat 102.

al-hujurat ayat 13 ini, diturunkan semasa pembukaan semula kota Mekah.

“Wahai manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”

hasil carian semula saya di internet mengenai ayat ini, bertemukan yang ini.

Ibn Abi Hatim meriwayatkan ‘Abdullah bin Umar berkata, “Pada hari penguasaan semula Kota Mekah, Rasulullah SAW bertawaf di sekeliling Ka’bah sambil menunggang untanya, Al-Qaswa’, dan menyentuh setiap penjuru dengan tongkat di tangan nya. Baginda tidak bertemukan mana-mana bahagian yang membolehkan unta Baginda duduk. Baginda membawa unta Baginda ke atas sebuah lembah yang akhirnya dijadikan tempat untuk unta tersebut duduk. Baginda memberi ucapan sambil menunggang diatas Al-Qaswa’, “Wahai manusia! Allah telah mengeluarkan kamu daripada jahiliyah dan penyembahan nenek moyang. Manusia terdiri daripada dua jenis. Manusia yang berbuat kebajikan, takut kepada Allah dan jujur kepada Allah. ataupun, manusia yang zalim, dan ingkar kepada Allah. sesungguhnya, Allah berfirman,”…..(surah Al-Hujurat, ayat 13)….” –rujukan: Tafsir Ibn Kathir

[teringat motor kak daus yg bernama Al-Qaswah🙂 ]

tentang surah al-Imran, ayat 103 pula, saya teringat tentang mukhayyam di kaitoke camp yg lepas. di mana, lepas persembahan kumpulan kami, kak dira hampir kpd saya dan cakap, “saya sayang awak!” [segan, okey! haha~ baik! uhibukifillah, kak dira!😉 ]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.

menunjukkan kebenaran Islam dan betapa Allah SWT, mengiktiraf Islam! disebabkan itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati di dalam setiap langkah dan pergerakan. kerana, tersalah langkah, dan tanpa kita tahu waktu itu adalah ajal kita, mana mungkin kita dapat bertaubat. astaghfirullahal ‘azim. astaghfirullahal ‘azim. astaghfirullahal ‘azim.

teringat tentang doa rabitah,

“….Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik-pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu….”

utk menjadi syuhada, tidak semestinya kena pergi ke medan perang. setiap helaan nafas dan pergerakan kita diatas muka bumi ini, dengan tujuan dan niat mmbawa dan menegakkan agama Allah, maka, jika ajal kita sampai, insyaAllah, (semoga diterima Allah) sebagai syuhada.

————————————————————————–

kemudian, bergambar2 di sekitar uni. lokasi, hunter building.🙂

SANY1898

pulang utk solat zuhur. kemudian, dgn membawa makanan (rendang, nasi impit, kuah kacang, lontong, kuih2 raya), kami pulang ke ‘kampung’~!😉 ‘kampung’ kami ialah ‘kampung Drummond’.😉

SANY1943

‘orang-orang kampung’ kami ialah kak meme, kak mun, kak zaryn, kak deney, kak cipot, kak wani, kak jenny, kak farah. beza ‘kampung Drummond’ dgn kampung yang sebenar di malaysia ialah, tak dapat duit raya.😦 [tapi, okey je~ layan!]

SANY1931

——————————————————————————

pulang dari ‘kampung’, bergegas untuk pulang, kerana ada antara kami yang mengejar waktu kelas. kami tiada cuti raya.😀

“nana, besok kita kena pegi sekolah ke? kenapa kat malaysia diorang cuti seminggu, tapi kita takde?” [soalan yang tidak memerlukan jawapan…]

status YM eka, “abes dah raya..”🙂

status YM along, “ghayo! ghayo! ghayo!”😛 [haa.. ghayo lah bona~ ;)  sodih kito.😀 ]

ayah kata, “….takpe, nanti balik malaysia hujung tahun ni, ayah bagi duit raya ye! ” [yea! alhamdulillah.🙂 ]

mak long ida, “…nanti mimi balik kan? nanti mak long buatkan kuih raya. kuih raya haji!” [baik~! ;)]

tapi, mak klong cakap balik, “..apo ni. dah bosa-bosa nak duit ghayo laie?..” [😀 ]

mak su ina, mak tam, “…kak ngah balik nanti, (maktam) (mak su) bagi duit raya. kitorg simpan kan..” [berbunga2 hati!]

—————————————————-

mari puasa enam di bulan Syawal!🙂

p/s: ada beberapa permintaan. kak jenny, “saya tunggu je bila awak nk update blog awk dgn daurah yg awak pegi hari tu..”. beberapa hari sebelumnya, ada yang tegur di YM, ” tak nak kongsi ke apa yang awak dpt kat daurah?”. kak yanti, ” dah dapat ilmu, kena kongsi..” saya memang mahu update tntg itu, insyaAllah, dgn izin Allah, saya akn cari masa untuk update.

*gembira, kerana masih ada yang mahukan Islam! walaupun saya tahu, mereka2 yang meminta saya update itu ilmunya lagi tinggi drp saya.*🙂 dalam buku tariq ad-da’wah (kalau tidak silap saya) ada disebut, “Allah, Islam dan dakwah tidak memerlukan kamu, tetapi kamu yang memerlukan Allah, Islam dan dakwah”. subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

3 Responses to “syawal 1430H di welly.”

  1. Areda September 28, 2009 at 6:10 am #

    selamat hari raya mimi!!!

    • SF September 29, 2009 at 12:30 pm #

      assalamu’alaikum…lama x ziarah blOg ni *-*

      selamat hari raya =) maaf zahir dan batin

      akak,kementrian pelajaran suruh saya dan bbrp cOursemates gi VU of WellingtOn amik Psychology with EducatiOn…~ kalau ada rezeki,bjumpalah kita di sana n_n

  2. nadiah September 30, 2009 at 11:28 pm #

    wah, raya di perantauan ye…

    klu kt mesir, kat masjid solat raya awal, lepas abis subuh… so kalau ktorg miss, berlari2 (literally speaking) p malaysian hall sbb buat lewat sket…

    tp biasanya raya ajila, sbb raya puasa tym 1st year je kt mesir

    slmt raya mi, n maaf zahir batin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: