semangat tinggi, ilmu kurang.

18 Sep

seorang kakak berkata, “akak takut orang yang bersemangat tinggi, tapi kurang ilmunya.”

walaupun terasa macam kena tempiasnya pada diri sendiri, tapi, belagak saja lah seperti tak kena!

betul juga. tambah2 kita ini golongan belia remaja. katanya, darah masih panas. apa2 yg dibuat mesti berkobar2. disebabkan itu jugalah islam memerlukan golongan2 ini utk mendukung nya.

secara jujurnya, saya pun masih lagi baru dlm bidang ‘menyampaikan’ ini. setahun lebih je baru. itu pun, setelah saya mengenal iluvislam.com.

pada masa itu, mmg saya byk menggunakan perkhidmatan internet utk menyudahkan urusan EE (extended essay), yang wajib bagi pelajar2 IB. kata orang, sambil menyelam minum air. walaupun saya terasa seperti byk minum air, ketika menyelam itu.

artikel2 dan forum2 drp iluvislam.com, saya baca. alhamdulillah, terserap ilmu daripada-Nya hingga ke dlm hati. usaha utk ubah diri, itu yg saya mulakan.

mula drp itu, saya usahakan blog. walaupun sebenarnya, daripada awal blog ini agak mengarut2 la jugak. mengenal iluvislam.com juga menyebabkan saya makin rajin membaca. (wow!) tapi, saya akui, saya tak rajin sangat nk baca buku2 pelajaran. tak rajin sangat, bukan tak rajin langsung!

masa itu, saya tahu tanggungjawab utk menyampaikan, tapi tak tahu bagaimana. saya pun tak tahu mengapa saya tak pernah pun rasa,“alaa..aku ni tak baik sangat. tak payah la lagi..” (alhamdulillah~) walaupun saya tau saya tak baik sangat. mungkin, sebab saya punya ego yg tersendiri, maka, kalau saya kata saya nak buat, saya nak buat jugak! [kan bagus kalau semangat mcm ni ada dlm perjalanan saya mnjadi seorang pelajar.πŸ™‚ ]

salah satu medan yang saya jumpa ialah melalui blog.

sedangkan mahu menulis blog pun perlu ilmu, bukan semangat semata. jika tidak blog itu useless. sgt bimbang jika blog ini akan jadi useless.

tapi itu dulu.

masa itu saya tak aware adanya golongan2 yang mmbawa agama Allah ini secara berkumpulan. masa itu juga saya tak berapa fikir hendak membetulkan umat, saya hanya fikir mahu betulkan diri sendiri. masa itu saya tak kenal daurah n etc.

yang saya tahu, di kolej ada orang2 datang cakap tntg islam. ustaz dan kawan2 yg lelaki selalu bagi tazkirah kat surau.

————————————————————————-

maka, mungkin lah, dengan keadaan saya yang dahulu, iluvislam.com cukup utk mentarbiyahkan diri sendiri.

tapi, sampai bila kita mahu di takuk yang lama.

disaat, orang2 membedah buku2 agama. muntalaq, dan macam2 lagi buku yang saya pernah dgr, tapi saya tak ingat. takkan saya mahu duduk diam saja. saya juga mahu ilmu lain selain biology dan chemistry.

mungkin kefahaman itu kita ada. dan memang tak dinafikan dan tidak dapat disangkal, Al-Quran itu lengkap. sedangkan buku2 yang dibedah itu pun sumbernya daripada Al-Quran dan sunnah. saya pernah kata pada diri, “kenapa nak kena baca buku2 lain. kita baca tafsir Al-Quran dan kuasai hadis sudey~ kata pun kita berpegang kepada Al-Quran dan sunnah”.

rupa2nya memang kita memerlukan bahan rujukan sampingan. iaitu karangan daripada para ilmuwan Islam, agar kita lebih memahami. buku2 ini byk mentafsirkan setiap ayat2 yang ada di dalam Al-Quran. bagaimana pengarang2 buku tersebut mengaitkan setiap ayat dgn kehidupan manusia, supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

mereka yang berkumpulan ada bahan2 ini. berkumpulan. 2 heads are better than 1. bermusyawarah utk memberi bahan tarbiyah kepada orang2 di dlam kumpulan utk disampaikan dan diceritakan kpd yg mahu.

juga sebenarnya, perlu utk beramal jama’ie disamping melaksanakan yang fardi.

——————————————-

ini episod lain..

“akak, maknanya saya memang kena pilih ke? tapi dua2 baik kan.”

:::

saya pilih ‘I’ lah…

utk iluvislam.com.πŸ˜›

saya katakan kepada eka, “punya satu di hati. tapi tidak disini.

moral : anda perlu memilih. tiada tengah2.

contoh: nak baca buku ke tak nak? hanya 2 pilihan.

apa yang ada di ‘tgh2’ antara baca buku atau tidak? tiada! maka kena pilih.

istikharah. doa.

“Wahai orang-orang yg beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah, ayat 153.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

3 Responses to “semangat tinggi, ilmu kurang.”

  1. a concerned sister September 20, 2009 at 5:25 pm #

    dan kita juga perlu ingat objektif dan tujuan kita dalam melakukan sesuatu. contohnya berdakwah dan menyampaikan – kerana apa? kerana kita ingin menyampaikan, dan agar orang dapat menerima. ilmu penting. cara pun penting. kadangkala setengah pendakwah terlupa berdakwah perlu berhikmah, kadangkala pendakwah terlupa kadang-kadang orang lari daripada kita kerana takut atau tidak sukakan cara kita, harap-harap bukan kerana kita orang menjauhkan diri dari agama. berdakwah jangan terlalu kasar, tetapi jangan juga terlalu lembut. saya percaya rasulullah bukanlah orang yang terlampau berkasar dala melaksanakan tanggungjawab dakwahnya. menyampaikan sangat terpuji, tetapi ingat sama objektif, sulam bersama hikmah. insyaAllah objektif makin dekat.

    seorang saudara pernah berkata, harap-harap jangan kerana diri kita orang lagi menjauhkan diri dari agama. ironic sungguhkan kalu orang semakin jauh dari agama kerana orang agama? tujuan berdkwah agar ilmu disampaikan, jadi objektif dia adalah untuk dekatkan orang dengan agama. tapi kalu terlalu kasar orang akan menjauhkan diri, di mana matlamat dakwah itu akhirnya? bukan semua orang akan terima, benar. tapi kita kena ada strategi dan berusaha agar mereka terima. Rasulullah pun seorang strategist. berdakwah sahaja tidak cukup tanpa ilmu dan hikmah.

    ingat bersama hikmah, ingat bersama ilmu.

    Akak doakan mimi yang terbaik.

    semoga tanggungjawab dakwah mimi berjalan lancar dan diredhai. Amin

  2. ruzaini adam September 24, 2009 at 9:34 am #

    I think this is quite a good reading, yang mana baik kita ambil, insya AllahπŸ™‚
    http://alhikmah-diari.blogspot.com/

  3. ur junior.. ;0 SESERI ~ September 25, 2009 at 2:05 am #

    alhamdulillah..byk ilmu yg sy dpt melalui blog akak..hope to get noe u better..take care.. ;0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: