5jam yang perlu dimanfaatkan.

30 Aug

suatu malam di masjid kilbirnie, berjumpa seseorang, pangkat makcik kepada kami..

“oo tadi tu korang la ye? tu la, tadi nampak macam budak Melayu, tapi tak pakai telekung. tu yang cakap tu, “handal budak2 ni, tak pakai telekung dah sembahyang..” memang bila sembahyang kat sini korang dah tak pakai telekung ke?”

saya tertanya dlm hati, “kenapa itu pun dikatakan handal?”

kami pun jawab,

“tak lah. kalau kat rumah pakai je telekung. tapi, kalau keluar ke mana-mana, kadang-kadang tak pakai telekung pun..”

pagi ni tiba2 teringat tentang dialog diatas.

mungkin lah bagi sesetengah orang, pakai telekung lagi meyakinkan mereka bahawa mereka sedang menutup aurat utk menyembah Yang Maha Esa.. alhamdulillah, paling kurang ada juga effortnya utk menutup aurat dihadapan Yang Esa.πŸ™‚

saya fikir lagi, dah tu, takkan lah lepas solat, kita boleh abai je aurat kita? bukan ke dlm hidup kita sehari2 pun kita di’observe’ oleh-Nya? mknanya sentiasalah kena tutup aurat.

jadi, sentiasalah berpakaian menutup aurat. yang agak2, dgn pakaian tu kita boleh uk terus bersolat. dimana-mana.

kerana telekung bukanlah wajib.

————————————-

dulu, saya terfikir2, bahagian kaki ni aurat ke? disebabkan di seseri, dah terbiasa selalu memakai stokin, maka, bila keluar seseri, di matrik n9, saya pun dah terbiasa.

di seseri, ke sekolah pagi,pakai stokin, ke prep petang pakai stokin. ke prep malam pun pakai stokin. outing lagi la, pakai stokin. saya pun tak pasti adakah memakai stokin di seseri itu wajib, ataupun saya seorang sahaja yang buat begitu.πŸ˜€

satu hari di matrik, berjumpa dgn kawan sepraktikum di hadapan koperasi, saya tak pakai stokin. saya terasa sgt pelik. sebab terasa ada angin lalu di kaki. kurang selesa. maka, bermula dari saat itu, saya pakai stokin sepanjang masa. alhamdulillah. (mungkin pada masa tu saya beramal tanpa ilmu.)

di matrik juga, saya ada seorang rooomate dari sekolah agama, bertudung labuh. saya banyak belajar drp dia. saya tak pernah bertanya kepadanya tntg sesuatu. tetapi, saya banyak melihat drp kelakuannya. kerana saya banyak belajar drp melihat, berbanding bertanya.

saya selalu fikir, kenapa kawan2 yg bertudung labuh, pakai stokin. padahal, pada masa tersebut, apa yg saya tahu, bahagian kaki bukan aurat. (malu pada diri, bila teringatkan ini. tapi, xpe, kita berkongsi ilmu.πŸ™‚ )

kemudian saya teringat. masa form 1, keluarga saya dan nadiahuri, kami sama2 melancong ke Beijing. nadiah n kak fatimah pun pakai stokin. masa tu pun, saya juga pakai stokin, tapi bukan sebab saya tahu kaki itu aurat, tapi sebab ketika itu saya pakai sport shoes. maka, sport shoes perlu di pakai dengan stokin!

bila terfikir kembali, saya di matrik n9, pada tahun 2006. sekarang 2009. baru 3tahun. baru 3tahun saya ‘masuk’kan diri saya ke dalam Islam? walaupun sejak umur 6tahun lagi ayah dan emak dah ajar kami bersolat dan berpuasa (serta pakai tudung) maknanya, solat, puasa, tudung, tak cukup menunjukkan kita ini mengamalkan islam sepenuhnya.

satu hari saya terfikir. masa tu saya tak ingat kat mana. mungkin di surau plaza tol R&R. kenapa bila solat, kain telekung tersingkap hingga menampakkan kaki, orang akan cepat2 tarik kain nya? maknanya kaki tu aurat lah kan? kalau nampak kaki, solat batal.

drp situ saya dpt jawapan. ya, kaki itu aurat.

—————————————————————-

semasa di KMS, kami ada MKKI. minggu kesenian dan kebudayaan islam. setiap hari akan ada orang yang akan bagi talk semasa waktu rehat di hexagon. dgn takdir Allah, nama saya terpilih. ketika itu saya tak puas hati. (haha, maaf kpd pihak penganjur.πŸ˜› )

tak puas hati sebab nama saya naik. kena bagi talk! berkali2 saya kata pada seseorang, “alahai MPP pun kena ke?”Β  walaupun MPP takdelah ambik bahagian sgt dlm MKKI ni.

saya cari2 di internet utk talk tu. saya jumpa ayat ini. an-nur, ayat 31.

“…dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…”

maka, bermula dari saat itu, barulah saya rasa, saya beramal dgn ilmu. tambah2, ilmu itu ada di dalam Al-Quran. memanglah selama ini pun saya memakai tudung dengan hanya pin kannya ke hadapan. sebab saya tak selesa jika hanya selempang2 sahaja. rasa tak kemas. nak2, masa tu MPP, kenalah jaga personaliti, takkan nak selekeh je. (bajet je!) tambahan pula, di KMS ada lelaki. takkan lah nak ‘dedah’2 je.

kalau di seseri, waktu prep, memang saya biasa saja selempang2 tudung. namanya pun sekolah perempuan sahaja. waktu prep pun, bukannya ada cikgu lelaki. maka, pada masa itu, saya kira, tiada masalah sangat. sebab takde lelaki. adehh~ suka hati je miminapis ni. -_-

——————————————-

tengah hari ini ada daurah. tajuk “professional muslims”. talk drp dr zainur rashid di surau kelburn campus. akak2 organiser ni tgh bersiap2.

menanti kereta2 yang sedang di pakai. ada kereta yang dipinjam oleh ikhwah utk membawa dan menjemput tetamu jemputan. ada kereta yang sedang digunakan utk membawa hana ke hospital. kakinya bengkak ketika mengemas dan bersiap utk pameran ‘roadshow palestin’, semalam. semoga hana cepat sembuh. semoga Allah membalas jasa baik hana diatas bantuannya. aminn~

tapi, saya masih disini. memerhati mereka yg kelam kabut.

hehe. baru pukul 8.18pagi.πŸ˜›

lebih kurang 5jam lagi daurah akan bermula. 5jam yg perlu dimanfaatkan dalam bulan Ramadhan ini.

jgn dibazirkan.

insyaAllah.πŸ™‚

wallahu’alam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

4 Responses to “5jam yang perlu dimanfaatkan.”

  1. penganjur iTalk MKKI kms August 30, 2009 at 3:18 pm #

    HAHAHA.
    penganjur tidak bersalah.
    nama anda bertuah =))

    • miminapis September 4, 2009 at 1:47 am #

      tu la~! bertuah betul miminapis ni~! hahaπŸ˜›

  2. kak intan nadia September 4, 2009 at 1:42 am #

    belajar dengan melihat atau mendengar itu bagus,cuma carilah ilmu sebanyak yang mungkin dengan bertanya juga agar kita lebih faham dan b’ tambah ilmu dan penghayatan ttg islamπŸ™‚

    selamat berpuasa~ (lambatnya wish,haha…mintak maaf..)

    • miminapis September 4, 2009 at 1:45 am #

      hehe. baik, kak intan~! itu salah satu benda yg saya cuba utk atasi. kadang tidak mahu bertanya sebab segan~!
      haih~ ntah pa pe.πŸ˜€

      selamat berpuasa juga, kak intan~!πŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: