jangan berpaling

27 Aug

alhamdulillah,sudah berada dalam hari ke-6 bulan Ramadhan. semoga diberi kesempatan oleh-Nya, utk sekali lagi menunaikan ibadah puasa pada hari ini.

puasa pertama hingga ketiga, bermukhayyam di kaitoke camp. bersama sahabat2 dr wellington, auckland, palmerston north dan dunedin. (bertambah lagi jaringan ukhuwah๐Ÿ™‚ )

puasa keempat hingga hari ini, ย berpuasa di palmerston north (a.k.a palmy) bersama ain, fairuz, kak yusma, kak zu, kak (Dr.) sharina, kak husna.๐Ÿ˜€ terima kasih! insyaAllah, besok pulang ke welly, utk bantu masak2 utk ‘program roadshow palestine’.

———————————————–

bermukhayyam di kaitoke camp.

kami generasi Badar~!๐Ÿ˜€ sungguh pun keadaan ketika perang Badar berbeza dgn kami disini, tapi, ianya juga berlaku ketika bulan Ramadhan, tahun ke-2 hijrah.

mungkin ketika perang Badar,

kawasannya panas terik, tetapi, kami di kaitoke, sejuk. dua2 pun cabaran.

mereka berperang dgn musuh, menggunakan senjata, tetapi kami di kaitoke ‘berperang’ dgn nafsu. masakan tidak, setiap kali slot pun memerlukan kami utk ‘berlawan’ dgn perasaan mengantuk n etc. alhamdulillah, semua slot saya tak mengantuk (kot!, tapi rasanya ya!)

slot dgn kak cipot, surah al-baqarah, ayat 208 dan 209.

malamnya malam seni. kami perlu melakonkan persembahan dgn menggunakan apa2 ayat drp Al-Quran, yang bermula dgn ayat, “wahai orang-orang yang beriman…” banyak!

lepas lakonan drp kump saya yg berjaya (?) ‘memainkan emosi penonton’, seorang kakak menghampiri saya, kemudian berkata “saya sayang awak~!” uhibukifillah, kak~!๐Ÿ˜‰ cuma berharap agar ayat2 Allah dapat dihayati oleh diri sendiri dan sahabat2, kakak2 dan adik2 yg ada ketika itu, insyaAllah.๐Ÿ™‚

hari kedua, jungle trekking. sweater yg dibawa ketika itu agak nipis, maka, hanya bertawakkal kepada-Nya. subhanallah. cantik betul hutan itu. cendawan berwarna ungu, menjadi tarikan. pokok paku pakis yang berbentuk payung, menjadi persinggahan utk mengambil gambar. bergerak dalam kumpulan, alhamdulillah, semua kumpulan berjaya tiba.

ada yg berkata,”mintak2 lah keluar2 je hutan ni dah pukul 5.45petang.” [5.45petang, waktu berbuka puasa ketika itu.] kata-kata semangat= GENERASI BADAR MESTI KUAT!๐Ÿ˜‰

ground rules kami:

  • tak boleh complain. kalau complain kena denda. denda: istighfar dan ucap ‘alhamdulillah’ sepuluh kali.
  • bagi kata2 hikmah kepada rakan2 setiap hari. medium: mulut, SMS, n etc.ย  (hingga kini pun saya tak buat lagi๐Ÿ˜ )

mahu kata pada diri, ‘istiqamah’ lah! sungguh tak rugi~!๐Ÿ™‚

malamnya ada pembntangan dr kak aisyah n kak nad. surah al-baqarah ayat 142-150. tentang peralihan kiblat. saya pernah dgr sebelum ni drp seorang ustaz dan kak yanti. tetapi, kali ini, alhamdulillah, diingatkan kembali dan ditambah lagi dgn beberapa fakta.๐Ÿ™‚

peralihan kiblat, dari kaabah ke baitulmaqdis. kemudian, dri baitulmaqdis ke kaabah semula. antara pengajarannya ialah penyucian diri dan hati umat Islam. utk menguji sama ada mereka ketika itu benar2 beriman dan percaya kepada Rasulullah SAW, atau pun tidak. juga, utk menunjukkan bahawa Allah mendengar doa hamba-Nya. Rasulullah SAW sering melihat ke langit dan menengadah memohon kepada Allah agar kiblat ditukar. Maha Suci Allah.

malamnya ada hirasah. hirasah = berjaga dan menjaga pada malam hari. dlm kumpulan yg ber4, setiap setengah jam kami bertukar ganti, hinggalah kami bersahur.๐Ÿ™‚

hari ketiga, ada slot drp kak wani, surah al-a’raf, ayat 161-164. tentang bani Israel yang degil, dan mengadakan helah utk tetap menangkap pada hari Sabat (Sabtu). kesimpulannya, jgn diubah dan cuba utk memperlekehkan suruhan Allah. kadang2 kita akan mncari seribu satu alasan utk tetap melakukan sesuatu yg dilarang oleh Allah.

trdpt 3 golongan. satu, golongan yg pergi menangkap ikan. kedua, golongan yang tidak pergi menangkap ikan. golongan kedua ini terbahagi kepada 2 golongan iaitu:

  • golongan yang menegur golongan yg pergi menangkap ikan; dan
  • golongan yang menegur ‘golongan yang menegur golongan yg pergi menangkap ikan’ ini, tadi.

surah Al-A’raf, ayat 164,

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan ย (lepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa.”

memberitahu, memberi nasihat adalah perlu kerana itu tanggung jawab. pegang dan buat tanggung jawab ini selagi mampu. selagi nyawa masih di badan. tiada istilah “kau kau”, “aku aku”, kerana hakikatnya, ‘kau dan aku’ adalah sama, iaitu hamba-Nya lemah dan tak berdaya! masing-masing pun mahu menuju ke syurga-Nya.

apabila sudah tahu, kemudian beramal lah.

surah As-sajadah, ayat 22,

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa.”

selepas ini, semua orang sudah tahu tugasnya, iaitu menyampaikan. maka, silalah buat tugas. [miminapis kata, insyaAllah, saya cuba!]๐Ÿ™‚

wallahu’alam. correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: