3 hari, 800!

19 Aug

dugaan datang satu demi satu. alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan oleh-Nya.

baru-baru ini, saya ada menulis di dlm satu entry. saya katakan, saya ‘terasa’ bahawa iman saya ‘jatuh’ kebelakangan ini. sebagai seorang dai’e, yang sentiasa mahu membawa agama Allah, menegakkan agama Allah, tak sepatutnya saya begitu.๐Ÿ˜ alhamdulillah, Allah sedarkan saya. dengan rakan-rakan dan kakak-kakak disekeliling yang sentiasa membantu.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

kali ini, apabila ‘dugaan’ ini pula tiba, saya muhasabah diri. mungkin kah ini balasan Allah kepada saya? kafarah dosa? dosa kerana membiarkan diri dan orang sekeliling hanyut dalam jahiliyah. astaghfirullahal’azim.

diberi-Nya dugaan, untuk pentarbiyahan. diberi-Nya dugaan, untuk sedar dan sentiasa sedar akan kewujudan kita di atas muka bumi-Nya ini utk membawa dan mendukung agama-Nya. alhamdulillah. alhamdulillah.๐Ÿ™‚

dulu, saya pernah berniat, mahu bawa tafsir keย sekolah. walaupun di dalam prayer room memang sudah disediakan, tetapi, saya lebih selesa menggunakan tafsir Al-Quran milik saya sendiri, kerana saya dapat membuat catatan.

alhamdulillah, setelah lama berniat demikian, apabila ‘dugaan’ ini tiba, saya berjaya melakukannya.

dibawa tafsir utk dibaca berulang-ulang sebagai peringatan. insyaAllah, semoga istiqamah. bila terasa penat menghadap buku2 biology, chemistry. saya baca tafsir.

jadi, saya mahu berkongsi.๐Ÿ™‚

untuk tengah hari ini, alhamdulillah, saya berjaya membaca tafsir surah Al-Qiyamah, Al-insan, dan Al-Mursalat.

surah Al-Qiyamah, ayat 5.

“Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus.”ย 

apa yg kita faham tntg “maksiat”? ianya adalah apa2 perlakuan yang membawa kepada kemurkaan Allah SWT. Allah sebagai Pencipta kita, lebih dahulu telah tahu tentang apa yang akan dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. buktinya? sebelum kita lahir, Al-Quran sudah pun ada. ini bermaksud, sebelum kita nak buat dosa/maksiat, Allah lebih dahulu dah tahu.

tapi, Dia bagi kita akal, utk berfikir. Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.ย  jadi, gunakan lah.

Allah berfirman dalam surah Al-Muddassir, ayat 54 dan 55.

“Tidak! Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar suatu peringatan. Maka barangsiapa menghendaki, tentu dia mengambil pelajaran darinya.”

subhanallah. Allah dah cakap awal2. cuma bergantung kepada kita. jika kita mahu mengikut dan mengambil pelajaran daripada Al-Quran, memang kita akan ikut. tiada dalih.

————-

surah al-Qiyamah, ayat 16, 17, 18, 19.

“Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasainya.) Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.”

saya terkesan dengan ayat-ayat-Nya yang ini. langsung berkata kpd diri, “haa..kan dah terkena batang hidung sendiri.” :”>ย  saya kagum dengan ain haris. sebab dia dah banyak hafal surah. sedangkan saya ini, alahai, boleh saja dibilang dengan jari. saya jadi ‘tamak’, konon mahu ‘mengejar’ ain haris. hehe, maaf ain.

tapi, xpe, biar lambat asal selamat. baik ada, daripada tak de. [oh, pandai sungguh menggunakan kata-kata. awas!]๐Ÿ˜› apa-apa pun ain haris, terima kasih banyak2! awak banyak ‘ajar’ kite.๐Ÿ˜‰

p/s: ain haris, kalau awak baca entry ni, awak kena istighfar banyak2.๐Ÿ˜‰ tak sabar nk jumpa di mukhayyam nanti.

—————————–

surah al-Qiyamah, ayat 32, 33, 34, 35.

“Tetapi justeru dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran). Kemudian dia pergi kepada keluarganya, dengan sombong. Celakalah kamu! Maka celakalah! Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah.”

semasa membaca ayat ini tadi, saya terkejut. betapa marahnya Allah. saya pernah melihat seseorang marah sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang enak. saya jadi takut, mahu menangis. saya tak dapat membayangkan (memang tak boleh digambarkan pun) bila di akhirat kelak, Allah marah.

sedangkan, pada zaman nabi-nabi dahulu pun, apabila murka Allah SWT sampai, diterbalikkan-Nya muka bumi. di datangkannya banjir besar. astaghfirullahal’azim.

meminta ampun drp Allah bukan sekadar selepas solat, kemudian berdoa. tetapi, perlu untuk meminta ampun yang bersungguh-sungguh, dan itulah syarat taubat. (bertanya pada diri: sudahkah kamu bertaubat? bilakah kamu mahu bertaubat?). bersegeralah miminapis!!

——————————-

dalam surah al-Insan pula, saya amat terkesan. mungkin kerana keadaan dan ‘dugaan’ yang berlaku sekarang.

alhamdulillah, aku terima ‘dugaan’ ini ya Allah, jika dengan cara ini aku mampu mendekatkan diri kepada-Mu.

Allah bercerita kepada kita melalui surah ini tentang ganjaran2 yang kan diberikan-Nya kepada para dai’e. disebutkan juga oleh-Nya, antara ciri-ciri dai’e ini ialah bersabar.

“Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (berupa) syurga dan (pakaian) sutera.” ayat 12.

semua kakak2 dan rkan2 menasihatkan saya bersabar. subhanallah, saya sayang mereka!

drp kak cipot, “Syamimi napis leh datang bler2.. papehal syamimi. awk banyakan bersabar dan kuatkan hati.. sesungguhnya jln kepada Allah semeangnya ujian yang penuh onak duri namun hadiah ujian tersebut is the best prize that no one can ever give u except for Allah, the only One…”ย  p/s:kak cipot, akhirnya berasa juga saya utk menikmati ayat2 matang akak.๐Ÿ˜‰

banyak lagi kata2 yang telah diberikan oleh kakak2 ini. maaf kepada kakak2 yang tidak tersebutkan namanya.

kak meme berikan saya surah Al-Imran, ayat 139.

kak yanti berikan saya surah at-Taubah, ayat 42, dan kisah2 sahabat. sambil turut menangis dengan saya, di talian. saya terharu. kak yanti kata, “akak takde kat depan awak, kalau tak boleh akak peluk2 awak..”

kak nad dan kak aisyah yang sudi datang ke rumah walaupun sudah malam. kak daus, yang memberi pinjam motornya kepada mereka.

kak wani, meng’offer’ diri utk mengambil saya dri rumah ke rumah nya, wlaupun sudah malam.

kak mun, bertanyakan khabar diri. dan kak sarah, dgn kata2 semangat nya.

kak jenny, bertanyakan khabar. memberi kata2 smangat melalui YM pada tengah malam itu. pada malam yang keesokan harinya saya ada test. kemudian, meng’offer’ utk bersama saya ke rumah nya selepas test.

kak iynas, seawalย  mungkin sudah memberi text2 semangat.

p/s:akak2, maaf, kalau boleh mahu sahaja saya tuliskan nama2 akak sebaris, dan semuanya dihadapan. tetapi, tak boleh pula. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. amiinn.๐Ÿ™‚

kepada kakak2 sekalian, silalah pasang lagu “Sebuah Pertemuan” daripada UNIC. saya benar2 dedicate kan nya kepada kalian. subhanallah.๐Ÿ™‚

saya terkesan pada perenggan ini,

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*)
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

malm itu, saya membuat bacaan utk test yg akan datang. tapi, hati tak menentu. tak tahu mengapa. (rupa2nya pada malam tersebut, blog ini mendapat lawatan seramai 300 lebih!. pada hari ini sahaja, baru 3 hari, blog ini telah mndapat lebih kurang 800 lawatan. 8kali ganda drp hari2 biasa. ketentuan Allah SWT!)

malam itu juga, saya beri text kepada kak zaryn dan eka. saya mengada-ada, konon mahu ke harbour malam2, dgn angin yg sejuk. tetapi sebenarnya, saya sengaja memberi text kpd mereka, kerana terasa seperti lama sudah tak bersua.ย [padahal baru je pun jumpa eka.๐Ÿ˜› ]

jauh sudah melencong. bukan apa, manis bila terkenang kan itu semua. manisnya sebuah persahabatan. manisnya ukhuwah walaupun belum cukup setahun kami berjumpa. saya memohon agar persahabatan dan ukhuwah yang terjalin antara kami akan diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. semoga diterimanya ini sebgai ibadah kepada-Nya. amiiinnn~

mahu juga saya masukkan ini tentang ciri-ciri dai’e. tunjang kekuatannya ialah bangun malam.

al-insan, ayat 24, 25, 26.

“Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang. Dan sebahagian dari malam, maka, bersujudlah kepada-Nya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.”

miminapis! harus ada pada diri! berusahalah! insyaAllah.๐Ÿ™‚

lagi, ayat 29, 30,

“Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu tidak mampu(menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana.”

saya speechless pada ayat ini. tetapi, saya suka! tak tahu bagaimana mahu menghuraikannya. tapi, insyaAllah, saya faham dgn isinya.๐Ÿ™‚

——————————–

surah al-mursalat. sebelas kali Allah nyatakan

“Celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran).”

dalam ayat 7, 15, 19, 24, 28, 34, 37, 40, 45, 47, 49.

tidak terlalu sukar kot utk difahami ayat ini.

saya bertanya pada diri, apa contoh2 mendustakan kebenaran? kita tahu benda itu betul, tapi xnak buat.ย adakah itu juga mendustakan kebenaran? saya kira, ya! astaghfirullahal’azim. ampunilah kami ya Allah.

dalam ayat ke-50 pula, Allah bertanya,

“maka kepada ajaran manakah (selain Al-Quran) ini mereka akan beriman?”

Allah bertanya kepada pembaca kitab suci-Nya, membuatkan saya tertanya pada diri sendiri. automatik saya teringat pada ayat ini,

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.”

kalau tak mahu sesat, ikutlah jalan2 yang telah diajarkan oleh Allah, melalui para rasul-Nya.

teringat pada lagu drp kumpulah Hijjaz,

“apa terdaya ku amalkan sunnah nya, moga di dunia mendapat berkat, di akhirat sana, beroleh syafaat..” insyaAllah.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

2 Responses to “3 hari, 800!”

  1. ekac0mey August 21, 2009 at 12:53 am #

    assalamualaikum mimi…

    mimi..eka mintak maaf mase mimi kate nk pegi harbour tu eka cm layan xlayan je..mase dapat mesej mimi tu eka baru abes test..sedey xdpt jawab test then kene prepare t0k presentation..

    and eka p0n xtau pasal mende2 ni semua..n bile eka dapat tahu eka jadi malu nk text mimi sebab eka xseberani mimi..eka xde kekuatan cm mimi..eka yg mimi rase bagus sgt ni sbb dari sek0lah kisas xleh wat pape p0n..hanye mmpu lihat dan benci dalam hati sesungguhnya kita tau yg membenci perkara maksiat dalam hati tu selemah lemah iman..๐Ÿ˜ฅ

    tapi mimi..carila eka lagi kalo ade pape masalah n thanks sudi cari eka mase mimi berada dlm kesusahan..dan ingat janji Allah untuk hamba2Nya yang sabar dan sem0ga mimi tergolong dalam golongan tu..dan sem0ga eka pon akan masuk dalam g0longan2 org yang sabar tu..

    p/s : eka xsabar nk pegi mukhayyam..leh jmpe..nnti cuti kalo nk tido umah eka lagi boleh la..tapi eka kt umah makan nasi tau xmakan roti canai..hahaha๐Ÿ˜›

    miminapis..uhibukifillah abadan abada~๐Ÿ™‚

  2. ruzaini adam August 25, 2009 at 1:04 pm #

    akak nk tido umah eka and mimi jugak boleh x?haha, menjemput diri sendiri.hehehe. (tetiba menyibuk disini)

    semoga kita sama2 dapat berusaha untuk tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat keredhaan Allah swt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: