kisah Nuh.

18 Aug

sumber kekuatan saya hanya saya perolehi dripada Allah SWT. disebabkan itu apabila ada masalah saya hanya berpegang pada janji-janji-Nya. disebabkan itu apabila saya terasa ‘jatuh’ alhamdulillah, ianya tak lama. (semoga saya istiqamah utk terus berpegang pada janji-Nya, walaupun ada yang mengutuk dan menghina. saya yakin Dia ada dan sentiasa membantu. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah)🙂

yup, tak mungkin saya sentiasa betul. angkatlah tangan jika ada yang pernah mengatakan dirinya betul.

pada waktu ini, disaat blog ini mengembang dengan jayanya, saya teringat dengan suatu kisah.

kisah Nabi Allah, Nuh a.s, yang sentiasa gigih membawa risalah agama-Nya.🙂 diceritakan kisah Nabi Nuh didalam surah ke-71. boleh dikatakan, seluruh surah Nuh tersebut, adalah pengajaran yang sangat terkesan kpd saya. apabila teringat tntg kisah ini, alhamdulillah, kekuatan segera dikumpul.

cara ajaran yang dibawa oleh Nuh cukup utk mengajar para dai’e utk lebih kuat.

dalam surah ke-71, ayat ke 7, “Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka…”

subhanallah. saya ingin sekali mengikuti cara Nabi Nuh ini. NUh as bukan sahaja menyeru kaumnya menyembah Allah, bahkan, di doakan juga agar dosa-dosa kaumnya diampuni Allah SWT.🙂

SUBHANALLAH. hanya kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT sahaja yang mampu meneguhkan kedudukan hamba-hamba-Nya yang membantu agamaNya.

terfikir saya, mampu kah saya? insyaAllah saya cuba! (sedangkan terkadang dosa sendiri pun lupa untuk diminta ampun drp Yang Maha Esa. astaghfirullahal’azim.) kerana tugas kita hanya menyampaikan. sedangkan hanya Allah SWT yang mampu memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia mahu.

saya hanya berharap agar ayat-ayat daripada-Nya ini dapat menjadikan saya lebih ‘kuat’, bukannya ego ataupun menunjuk. sungguh saya mohon dijauhkan drp perasaan tersebut.

semoga hidayah dan rahmat Allah sentiasa bersama kita. amiinn.

2 Responses to “kisah Nuh.”

  1. Firdaus August 19, 2009 at 11:28 am #

    good one!

  2. Firdaus August 19, 2009 at 11:32 am #

    baru perasan YB Zulkifli Nordin pun belajar di Victoria University http://zul4kulim.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: