bimbang.kejutanBUDAYA.?

17 Aug

melihat gambar2 membuatkan saya jadi bimbang. mahu ditulis di sini, bimbang terkena pada batang hidung sendiri. nau’dzubillahi minzalik.

nak kata culture shock? culture shock tu boleh dikatakan semasa saya di KMS lagi, saya dah culture shock. setiap minggu balik rumah, setiap kali tu jugak saya akan bercerita pada mak. kadang2 pada ayah.

mak kata, “..dulu sekolah perempuan mmg la xde macam tu. nak2 SBP, budak2 pandai. mesti lah terjaga sikit..” [tapi, saya xpndai sangat pun. cuma mungkin lah, kalau kata SBP tu, org imagine kan budak2 nya pandai. padahal ramai lagi budak2 pandai di luar sana.🙂 ]

tadi, telefon mak, saya cerita lagi. saya ‘lapor diri’ kepada mak sepanjang minggu ini. islam awareness week, yang berjaya ‘mengembalikan’ 3 jiwa Muslim kepada jalan-Nya yang lurus! (Subhanallah!). tentang mosque open day.

tentang itu dan ini (bagi saya amat menyedihkan).

mak kata, ” ermm.. kawan2 lain macam mana? doa banyak2. biar elok2 kat sana. kawan dgn kawan2 tu elok2. ye la, diorang la yang paling dekat kat sana. family dah jauh. kena jaga diri betul2… baik2 dengan kawan tu..”

yup!

saya tak lah berharap mak dapat bagi saya dalil2 ataupun ayat2 Al-Quran sebagai penyejuk hati. cuma, apabila saya bercerita dan mak mendengar dan beri nasihat, saya seperti ada kekuatan baru. kekuatan yang diberi oleh Allah SWT juga.

bukan saya yang culture shock. tapi, mereka2 tu lah kot yang culture shock.

nampak itu sket mahu dicuba. nampak ini sket mahu dicuba. ntah betul, ntah tidak apa yang dicuba itu.

sudah diambil kira ke pandangan Yang Maha Pencipta?

sudah diambil kira ke hati mak dan ayah yang membesar dan menjaga jika mereka tahu apa yang kita buat pabila berjauhan drp mereka?

cuba bayangkan ketika seronok di atas pentas atau pun hall itu, tetiba ditarik nyawa kita oleh-Nya, sempat ke nak bertaubat?

astaghfirullahal ‘azim. saya cuma berharap dan berdoa, jika Allah mentakdirkan mati, biarlah saya mati dalam keadaan yang diredhai dan diberkati-Nya. amiinn~

oh, ego nya kita!

sedangkan hidup pun menumpang di bumi-Nya.

jika sesaat hidup ini tak dipandu oleh-Nya, jangan harap boleh hidup senang di dunia-Nya ini.

jika mahu menuruni tangga, tiba2 ditakdirkan-Nya rebah tersungkur, maka, rebah lah kita!

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akn menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.” Al-An’am: 116.

sebab tu, kita jangan ikut orang SEMATA-MATA! tapi ikut ajaran Allah SWT.

bak kata kak meme, “..ikut neraca Allah..”

tolonglah jangan gembira sangat dgn permainan dunia. jika kamu gembira sangat, saya jadi bimbang!

bimbang saya akan terikut (nau’dzubillahi minzalik!). bimbang dan takut dengan azab-Nya di akhirat kelak!

———————————–

malam Jumaat lepas, kumpulan usrah kami ada buat karipap utk jualan di mosque open day. dalam masa yang sama, malam tersebut, saya mahu ke masjid di kilbirnie utk mndgr talk drp sheikh anwar yg brtajuk “Who is Allah?”.

habis kelas, saya dan mira sabirah bergegas ke rumah kak iynas. kami bantu utk ptong2 kentang dan kumara. kemudian, bergegas ke bus stop di willis street utk ke kilbirnie.

alhamdulillah, walaupun lambat tiba, tapi saya bersyukur krn sempat berada di sana.

lagipula, saya awal2 lagi sudah meminta pertolongan seorang sahabat untuk rekod kan talk trsebut menggunakan handycam saya. jazakillahi khairan kathira!

bukan nak kata diri baik sangat. krn saya tak lah baik, cuma mahu menjadi baik!

dlm prjalanan pulang dri masjid, teringat pada sahabat2 di hall. ‘malam bakat’?

bagaimana? bertambah ke amal dalam diri pada malam tersebut? wallahu’alam.

ingatkah kita pada Allah SWT pada waktu itu? sedangkan Allah tak pernah lupakan kita.

macam mana tahu? sebab kalau Allah lupa kita, xmungkin kita dapat bernafas. tak mungkin jantung kita dapat berdegup.

ada yang di hall, bergembira; menyanyi, menari, bertabarruj..

ada yang di masjid, mendengar talk..

ada yang di rumah, buat karipap dan nasi lemak..

semua itu atas bantuan Allah SWT.

—————————————————————–

pulang dari masjid, kami ke rumah kak iynas kembali utk menyudahkan proses pembuatan karipap. alhamdulillah, kedatangan kak wani, kak meme dan kak jenny, membantu kami!

pukul 11 malam lebih, pergi mencari tepung dan butter krn kehabisan bekalan.

pukul 2 pagi, barulah masing2 pulang ke rumah.

malam itu, saya rasa Allah berikan saya pengajaran yang banyak!

semuanya mengingatkan saya tentang kasih sayang-Nya. mengingatkan saya tentang mati.

kak iynas tunjukkan kepada kami gambar. gambar kemalangan. agak teruk. alhamdulillah, kesemua penumpangnya selamat. itu kuasa Allah, tahu!

saya bertanya, ” parents diorang kata apa? ”

saya jadi insaf. saya mahu LEBIH berhati2. berhati2 dalam pergerakan. dalam setiap perbuatan.

mereka pergi bercuti bersama2. lelaki dan perempuan. saya tak tahu sama ada mereka adalah mahram atau tidak. (tapi, saya tak rasa mereka adalah mahram. wallahu’alam.)

lebih ramai lelaki drp perempuan. perempuannya hanya 2 orang. selebihnya lelaki. kemudian, kemalangan. MPV nya terbalik dan agak teruk.

saya terfikir, bahawa Allah masih sayangkan mereka. Allah masih mahu mereka (kami!) berada di atas bumi-Nya utk beribadah dan beramal kepada-Nya.

saya terfikir, jika suatu yang buruk berlaku bagaimana? jika parents di malaysia tahu, bagaimana? lelaki dan perempuan yang bukan mahram pergi bercuti bersama? ramai lelaki drp perempuannya.

cuma saya terfikir, kalau benda2 itu berlaku pada saya, (NAU’DZUBILLAHI MINZALIK. JAUHKAN AKU DRP PERKARA2 INI, YA ALLAH.) tentu parents saya akan malu. saya tak mahu itu terjadi, sebab saya sayangkan mak dan ayah sangat2!

saya tak tahu mak dan ayah orang lain macam mana. mak dan ayah saya; terutama ayah, amat pantang jika ada nombor lelaki di dalam henset kami.[ayah mengambil tindakan ‘mencegah daripada awal’ kepada anak2 nya! sayaang ayah!🙂 ]

[mungkin, saya xpatut fikir yang bukan2. tapi, saya suka berfikir demikian utk MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI, tak lebih daripada itu. bukan mahu mendoakan yg buruk2 kepada orang lain.]

——————————————————

baiklah! mari bersiap sedia untuk Ramadhan Al-Mubarak!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

8 Responses to “bimbang.kejutanBUDAYA.?”

  1. anis August 17, 2009 at 3:57 am #

    salam.
    bimbang juga mimi,
    dgn pegangan diri dan sahabat2 di jauh di sana.
    kita doakn bersama,ameen🙂

  2. 1234 August 17, 2009 at 11:36 pm #

    To MIMINAPIS,

    I was just wondering and i think you should really ask yourself.did u write/comment with the intention to recruit people to do good, or you simply wanna show off your amazing ability to use hadith and verses, and your knowledge of islam?because if you REALLY want to recruit people to do good, you should know better that it takes a different friendlier approach.

    As a muslim yourself, i believe you do know that it is really not your place to judge people.I don’t mean to offend you, but you’ve offended many of my friends and I believe, if you let yourself to get to know us better, you’d be surprised to know that we are not as bad as what you think we are.

    A noble man once said, do not judge a book by its cover.Maybe you should really sit down and ponder, why is it that saying is so popular.Maybe because it is true perhaps?

    Last but not least, people are raised differently.For you to question whether or not their parents are ashamed by their behavior is laughable.I don’t want to elaborate on that, but I do hope you could loosen up, and try to see the goodness in a person rather than the opposite.I agree with the previous commenter, maybe your intention is right, but you channelled it the wrong way and it offended a lot of people.

    thank you.

  3. Radiant August 18, 2009 at 2:12 pm #

    Salam-alaykum.

    Buat saudari, semoga sehat sejahtera dilindungi ALLAH swt.

    Pendapat saya, tidak salah saudari mengutarakan pandangan tentang kemalangan yang berlaku. Tetapi adalah lebih baik saudari menulis dengan penuh berhati-hati kerana ini melibatkan saudara seislam kita. Ya, memang ada salahnya mereka pergi bersama yang bukan mahram tetapi tidak perlulah menghighlight sebegitu sekali. Tambahan pula blog saudari menjadi tatapan umum dan kemalangan tersebut sudah heboh satu Wellington. Fikirkan tentang aib mereka dan perasaan mereka. Tentu masyarakat Wellington yang membaca dapat mengagak siapa mereka yang terlibat.

    Tidak salah untuk saling-mengingati antara kita sesama Islam. tetapi bukankah kita disuruh menjaga aib orang lain? Ada betulnya tentang apa yang saudari perkatakan. Tetapi semoga lebih berhati-hati di masa akan datang.

    Semoga kehadiran bulan puasa ini mendatangkan keinsafan dalam diri kita. Saya doakan yang terbaik buat saudari dan sahabat sekalian.🙂

  4. Iynas August 18, 2009 at 10:55 pm #

    Mimi, jzkk utk surah Nuh. Teruskan tabah! Mimi lagi kuat dari kita. Sayang Mimi :-*

  5. mizz shaina August 19, 2009 at 12:41 am #

    takpe mimi, im with you. ingat prinsip kita, ‘asalkan Allah suke’, takpe manusia benci. apape pun akak still sayang awk!!

  6. ruzaini adam August 19, 2009 at 3:19 pm #

    salam Mimi,

    Semoga sentiasa tabah dan sabar, terima kasih atas peringatan. Allah sentiasa bersama🙂 *hugs*

  7. cahayadian August 21, 2009 at 4:41 am #

    Salamualaik ya ukhti habibati =)
    Yang telah berlalu itu jadikan sebagai pengajaran: yang keruh dibuang dan yang jernih itu kita ambil. Bukan mudah dalam memberi teguran secara terang-terangan dan yang secara hikmah itulah yang terbaik…

    Ana sangat suka dengan: “Adakah kita sentiasa mengingat Allah sedangkan Allah tidak pernah sesaat pun melupakan kita… ”

    Semoga terus tsabat dalam penulisan, menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil… inshaAllah…

    -Salam sayang dari Singapura😉 –

  8. ayeen September 2, 2009 at 11:12 pm #

    mimi…be strong!! ye..sejak kebelakangan ni ayin pn asyik terfikir..if ayin bwat sumting n mati kat c2 berbaloi kah? i mean ayin hrp mase ayin mati adlh dlm jln Allah juge..malu nak pegi jumpe Allah jika perkare terakhir yg kite bwat adelah perkara yg dimurkai-Nya..ape kite nak jwb dpn Allah klu x..harap dikurniakan syahid..uhibbuki fillah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: