kakak non-Muslim.

14 Aug

minggu ini berlangsung nya Islam Awareness Week peringkat NZ.

macam2 aktiviti. isnin, ada talk dari seorang speaker ni, tapi saya xingat nama nya. tentang al-mizan (keseimbangn) dalam Islam.

hari ke-2, ada movie screening. movie The Message, walaupun dah beberapa kali menonton, tapi saya still datang jugak ke movie screening tersebut.

hari ke-3, ladies night. hanya perempuan yg terlibat. alhamdulillah, berbanding hari2 yang lain, bagi saya, pada malam tersebut, ramai yg hadir. tentunya, kebanyakkan yg hadir ialah pelajar2 Malaysia. dah macam aktiviti2 budak malaysia dah~ tapi, still, program trsebut dijalankan dlm english, kerana ada muslimah dari somalia, iraq, dan juga, non-Muslim! subhanallah. semoga Allah memberi hidayah kepada beliau. malam ladies night ini, ada talk dari seorang Dr. tapi saya xingat namanya. (aduh! ini kelemahan~!) saya suka talk daripada beliau. sangat bersemangat!🙂

beliau ceritakan bagaimana memula beliau memakai tudung. ialah pada tahun pertama beliau di universiti! ketika itu hujan turun. dengan hidayah Allah, beliau bertekad utk TERUS pakai tudung! beliau telefon kawan beliau utk pinjam hijab, sebab masa trsebut, beliau tiada langsung hijab. kawan beliau datang pada masa itu juga utk memberi tudung trsebut.

kata beliau, sekali kita dh dapat sign daripada Allah, jangan berlengah2 lagi! terus grab! jangan bertangguh. orang aakn kata macam2 (itu pasti!), tapi, yg penting kita tahu kita buat apa, dan untuk Siapa!

usai talk drp beliau, saya mengajak seorang sahabat utk  mengambil gambar dgn Dr. trsebut. saya aekori beliau ke luar hall. rupa-rupanya, seorang non-Mulsim ini, turut melakukan bnda yang sama. tapi niat dan tujuan kami berbeza!

tujuan saya = utk mengambil gambar dgn Dr. beliau dan mengucapkan terima kasih. tetapi;

tujuan non-Muslim trsebut : utk bertanya tntg ISlam! SUBHANALLAH~!

saya jadi malu pada diri. kerana tidak mengmbil peluang yg ada utk bertanya.

non-Muslim trsebut bertanya kpd Dr. bagaimana mahu dptkan kekuatan seperti yg Dr. trsebut telah sampaikan. saya mahu utk terus mndengar prbincangan mereka. tapi, saya diajak oleh sahabat utk turut serta dalam game yg sedang berjalan di dalam dewan. saya terasa agak sedikit rugi!

saya sempat mndengar yg kakak non-Muslim ini berkata, bahawa dia selalu meng’observe’ kami di universiti. jadi? mainkanlah peranan sebagai seorang Muslim! bak kata kak ernie, dgn pakai tudung pun sbnrnya kita dah berdakwah! apabila di approach, berkata lah! terangkan lah!🙂

hari ke-4, ada open day prayer room. macam2 aktiviti dijalankan di prayer room itu. oh, saya jumpa lagi si kakak non-Muslim itu! dia sangat2 bersemangat! dia mencuba baju-baju kurung yang telah disediakan. kami memberi dia mencuba baju kurung. kemudian, dia meminta utk memakai tudung!🙂 sangat bersemangat kakak tersebut~!

dia cakap, dia selesa berada salam keadaan tersebut. saya jadi bangga! bukan bangga yang bermegah2, tapi berbangga kerana baju kurung pakaian tradisi orang Melayu itu adalah salah satu pakaian yang selesa! semoga ke’selesa’an ini akan memberi ke’selesa’an kepada kita di akhirat juga! amiin~

malam semalam juga ada talk dari seorang Dr. tapi kali ini Dr. lelaki pula. (juga, saya xingat nama nya! haha~ maaf~!) malam tersebut, subhanallah! ramai jiddan orang yang hadir. dlm hati saya, “..mesti ustaz ni seorang yang hebat! sehingga orang rindu utk mndngr kata-katanya..”. daripada menghadap kepada audience lelaki dan perempuan, beliau telah menukar kedudukannya kepada menghadap kepada lelaki sahaja! pada mulanya, saya pelik, dan berkata pada diri, “mungkin ustazni nak jga pandangan!”. kemudian, sepanjang talk beliau, beliau keluarkan isi2 tntg mulianya seorang wanita di dalam islam. dan beliau kata, disebabkan kemuliaan yang ada pada muslimah itu lah beliau tidak memandang kepada audience perempuan. sebagai tanda menghormati kami!

sekarang, saya di computer lab di library. dari dlaam ini, saya ternampak kakak non-Muslim itu lagi. disebabkan itu, saya menulis entry ini. saya mengharapkan hidayah Allah kepada kami. bukan sahaja kepada kakak non-Muslim itu, tetapi juga kepada miminapis dan sahabat2~! aminnn~

———————————-

saya ada banyak keje yg perlu di selesaikan. tambahan dengan test yang bakal menjelang. yang saya rasa, saya xbersedia utk nya. tapi, saya hadir utk program2 ini, wlaaupun pulangnya malam.

kerana saya tahu, program2 ini, bukan selalu ada di wellington ini. kita kata pada diri; rindu pada tarbiyah, tapi bila ada program tarbiyah, tidak mahu hadir? pelik tu! oh, iye lah. saya lupa. ada assignment! ada notes yg nak dibaca! lagipun, hujung minggu kan ada usrah. CUKUP lah tu kot. xpelah. insyaAllah, hidayah Allah dimana-mana, kalau Dia nak bagi, dpaatlah!

tapi ingat, kita juga perlu MENCARI!

cik siti fairuz kata, ” jangan kedekut dengan Allah, nanti Allah pun xkedekut dengan kita!” terima kasih, cik~!😛

p/s: malam ni ada talent time. saya mahu survey berapa ramai yang hadir utk malam talent time ini. saya mahu survey, tapi, xmahu pergi ke sana! saya mahu bandingkan dengan mereka yang hadir ke program2 sepnjang islam awareness week ini. tapi, bak kata kak wani dan ahli2 rumahnya, “..perkara tu mendatangkan amal tak?..”. saya tak rasa saya akan melakukan ‘amal’ disana. oh, miminapis rasa seperti mahu guna kan alasan2 ini kembali. ada assignment! ada notes yg nak dibaca! lagipula, weekend ini ada usrah, saya tak mahu ‘campur2’! saya mahu Islam yang sebenar!

“ya ayyuhallazi na amanud khulu fissilmi kaafah…” maaf, saya tak bawa tafsir Quran ketika ini. jadi, saya lupa ini ayat ke berapa. tapi dalam surah Al-Baqarah. mungkin ayat 205 atau 208. “wahai orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan…”

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

2 Responses to “kakak non-Muslim.”

  1. mas August 15, 2009 at 1:20 am #

    ye miminapis…saya tahu kakak itu…saya juge tahu tntg itu..saya ad bnde yg mahu diceritakn pd kamu..tp bkn di sini..

  2. CAHAYA KELEMBUTANKU October 1, 2009 at 6:31 pm #

    sape akak tu weh? ade gmbar die?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: