senyum lah~

13 Aug

untuk trimester ni kebanyakan subjek saya ambil berseorangan, tanpa bertemankan rakan sebatch yang lain. before fly dulu, semasa dlm prjalanan pulang dr pejabat MARA; semasa melalui Bukit Putus, ayah bertanya,

ayah : kenapa pilih Biology? kenapa tak nak chemistry?

miminapis : sebab kite suke belajar bio drp chem.😀

ayah : ke MARA yang suruh ambik bio?

miminapis : oh tak. kite yang pilih.

ayah : berapa orang kawan2 yang ambik bio lagi?

miminapis : setau kite, yang ke wellington, kite sorang je perempuan yang ambik bio. lelaki tak tau la.

ayah : boleh ke survive?

miminapis : hehe. ayah doakan kite!

(saya rasa saya adalah anak napis dan noraini yang paling banyak minta di doa kan. hehe~)

oh, jadi, sekarang, sem ini saya belajar utk survive! walaupun saya suka sangat main2😀

beberapa hari sebelum test biol 114 yang lepas, saya ke prayer room utk solat dhuha sebentar. jangkaannya tiada orang, rupa2 nya ada sahabat2 muslimah yang berasal dri Somalia turut berada di dalam.

dia mengajak saya utk sama2 mengulangkaji subjek biol 114, dan satu2 nya hari yang saya available ialah jumaat, iaitu pada besok hari nya.

dia : can we meet on this weekend?

mimi : i don’t think so, because i have work.

dia : oh, where are u working?

mimi : erm.. actually i need to write an article for a website.

dia : what website?

mimi : it’s an Islamic website.

dia : oh, so you are working for dakwah.

mimi : (tersenyap  kejap. tak tau nak balas apa. hanya tersenyum)

dia : is the website in Malay?

mimi : for the time being, yes. it’s in malay.

dia : you’re  dividing the Muslims!

kalau ikutkan saya masa tu, nak je cakap, “..what’s ur problem?..” tapi, saya xnak lah emo sangat. kata, nak jadi baik! insyaAllah.😉

saya sangat terkejut dengan kenyataannya. am I? disebabkan tak tahu nak membalas apa, maka, saya tinggalkan dia sebentar utk bersolat. sedangkan otak masih terngiang2 dengan ayatnya sebentar tadi. sedih pun ada jugak.

selesai solat, saya datang kepadanya, dan terangkan kepadanya tentang apa yg saya tau.

dia : oh okay. mimi, i’m just joking okay. hehe. don’t be too serious.🙂

walaupun dia berjenaka, tapi saya terasa. huah~ mungkin sbb ayat “..dividing the muslims..” tu kot, membuatkan saya tak senang hati dan tak boleh duduk diam.

sebab saya tahu, dividing the muslims itu dosa!

—————————————————————

beberapa hari yang lepas, saya berjumpa lagi sahabt ini. di surau juga. yang peliknya, kami memang jarang bertemu di lecture theatre. mungkin sebab saya jenis yang masuk je LT, terus duduk depan, malas nk pandang2 ke belakang kot. (okeh, maka salah sendiri!)

dia : mimi, it’s hard to see you smiling!

mimi : (herk~ ketika itu sudah agak petang dan agak penat. tambahan pula, masa tu saya ditegur di hadapan seseorang yang mmbuatkan saya jadi segan. jadi saya senyum je balik kat dia.)

dia : mimi, lets take picture together! and this time u must! smile.

baiklah~! saya ikut je. layan~

moral: jgn tegur orang sehingga memalukan orang itu.

—————————————————————————

saya xsuka ditegur oleh orang yang saya ni xsuka senyum. memang daripada dulu ada je orang yg akan kata saya begitu. sampaikan arwah wan pun pernah tegur.

ain, deskmate saya masa di tunku kurshiah pernah cakap,

ain : eiy, mimi kau ni serius sangat lah. takut orang lain nak tegur.

mimi: oo eh. mana aku tau.

ain : ye lah. kau ni tegas dan serius. tapi tak lah garang pun.

———————————————

ada junior pernah YM saya. dan dia ialah junior saya di KMS. lelaki.

junior : akak kalau jumpa kitorg, xpandang pun kan? lagi lah plak nak senyum.

mimi : (berdalih~) oo ye? xperasan kot.

lagi… ada junior yg turut ke melbourne pada hari saya ke sana.. juga, lelaki.

junior : oo, kenapa tak cakap? kalau tak boleh jumpa.

mimi : tak de maknanya nak jumpa. tak de urusan penting!

terasa seperti ‘belagak’. tapi, saya tahu benda tu betul, jadi saya tak kesah~!

[dah kebetulan ni. selamat berterbangan di bumi Allah kepada junior2 saya! paling awl adalah minggu hadapan, akan ke US. actuarial science.]

————————————————————

saya selalu terfikir tntg bnda2 tu. saya ni susah sgt ke nk senyum? saya ni serius ke? saya ni garang ke?

bila saya fikir2 balik. disebabkan saya yang saya ini lah, saya jadi begini sehingga hari ini! saya yg macam mana? saya yang hari ini!😛

Allah SWT Maha Hebat dan Teratur Perancangannya. bila dgr cerita tngtg sahabat2 dahulu kala yg sudah begitu dan begini, saya dapat rasakan perlindungan Allah SWT kepada saya. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. saya hanya berdoa semoga Allah SWT izin kan saya istiqamah. amiinn~

bila difikir2, saya sangat2 berterima kasih kepada Allah SWT di atas segala perancangan-Nya. terima kasih kepada mak dan ayah yang telah menghantar saya ke tunku kurshiah instead of tunku muhammad. emak pernah ckp dulu, lepas dpt result PMR, kalau dapat sekolah campur, jangan pergi! alhamdulillah, Allah SWT letakkan nama saya di SESERI.

lagu dari ed coustic- menjadi diriku. saya jadikan ringtone pada telefon bimbit saya. pertama kali dengar lagu ini daripada blog seorang rakan. light0fhappiness

seingat saya, kalau saya jumpa orang, saya akan senyum. terutama sekali kalau nampak orang2 yang bertudung, disini. walaupun xkenal, tapi saya tahu mereka orang Islam. jadi, saya akan senyum.

saya tertanya jugak, kenapa kawan saya yang saya jumpa di surau tu kata yg saya ni ‘..hard to smile..’

rupa2nya, sebab banyak kali diorang buat lawak, tapi saya tak gelak. even kat LT pun, dia kata kalau lecturer buat lawak saya kurang gelak. haha~ adoiy la.. ketuk kang!.

gelak dan senyum itu berbeza la, kak.

bak kata diana di eire.. ” lecturer aku pun selalu buat lawak, tapi aku xdelah nak gelak sangat..”

bukannya tak faham lawaknya, cuma memang xterasa nak gelak! ataupun, mungkin bagi saya, benda tu tak lawak sangat!

———————————————————-

Ya Allah, aku mahu istiqamah di jalan-Mu. jalan-Mu yang lurus. sebenar2 lurus! bantu lah aku.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

One Response to “senyum lah~”

  1. CAHAYA KELEMBUTANKU August 17, 2009 at 6:47 am #

    mmg nye pun ko tu…MASAM je muke, muke berlagak pn ye gak…ceria r sket,jadi peramah cm aku ni ha..kan mudah didampingi setiap manusia..hahahaha…tp serius weh, ak paling benci ble ko buat perangai @ memberontak…rase nk rendam je ko dlm kolam…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: