promosi lagi. :)

27 Jul

terasa sperti mahu berbakti.🙂 jadi saya memilih untuk berbakti untuk yang dekat dengan saya. [ecewahh~😉 ]

———————————————————————–

alhamdulillah, hari ini, saya masih berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa sunat di bulan Syaaban. praise be to Allah! alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.🙂 semoga kita bertemu lagi, bulan Ramadhan! insyaAllah.🙂

mari hitung, berapa hari lagi untuk kita bertemu Ramadhan. not too early, rasanya.🙂 apa aktiviti Ramadhan anda? jom ber’mukhayyam’~!😉 pihak penganjur: seed of Islam.

POSTER_BADR%20copy[1]comel jiddan poster ini!😉 [one of the reason, kenapa miminapis berkenan utk meletakannya di dalam blog ini~]😛

kepada benih-benih Islam, terutamanya di new zealand, marilah! marilah! marilah! mantapkan iman, sahihkan ibadah, kukuhkan ukhuwah! <– saya quotekan daripada tema gathering di Melbourne, anjuran ISMA-Australia, yang saya hadiri dahulu. [berkenan plak dengan tema trsebut. hehe. saya bukan ciplak ye. saya quotekan balik je.]

sahabat-sahabat di Malaysia, kalau nk join pun boleh je. [highlightkan kepada: seserians, esp vivacious0405!] cik kak dari Ireland yang sedang pulang bercuti dan sekarang sedang menetap di Singapore, meh la!🙂 dan juga, cik kak yang dari Egypt, dan sedang pulang bercuti2 di pantai Timur, mari lah! hehe, dan dan je saya spot budak2 yang ada scholarship. haha~😛

mari manfaatkan Ramadhan! mari berdoa semoga kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun 1430 Hijrah ini. aminn~

*dilarang utk membuat sebarang spekulasi terhadap setiap patah perkataan yang telah ditaip diatas. terima kasih🙂

—————————————————————————————–

ini pula tentang ESQ, anjuran bersama iluvislam.com. tentunya khas untuk mereka yang berada di Malaysia.🙂

secara jujurnya, saya sendiri belum berkesempatan untuk menghadiri program ini. tetapi, berdasarkan kepada testimonial2, saya agak teruja la jugak.😀 kata hati: macam menarik je~!😉 insyaAllah, pelaburan untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, tiada apa yang merugikan, kan?😉

esq_potrait

basically, apakah itu ESQ (Emotional Spiritual Quotient)?

ESQ Training mrupakan sebuah seminar sumber daya manusia yang berteraskan Ihsan,Iman dan Islam..Training ini trdapat pelbagai kategori antaranya kanak-kanak,remaja,pelajar IPT dan dewasa..Training ini dijalankan 2 bulan skali bg satu2 kategori…Alhamdulillah ESQ Training kini telah tersebar di seluruh Malaysia.Antara negeri yang terlibat adalah Kelantan,Penang,Johor,Terengganu,N.Sembilan,Sarawak,KL…Training ini biasanya diadakan di hotel2..mengenai bayarannya pula,mmg agak tinggi jumlahnya..tetapi percayalah,ia amat berbaloi…sekian T.Kasih
(Alumni ESQ Teens KL Angkatan2)-

Mahal atau tidak yang penting adalah pengisiannya. Mana yang rasa berkemampuan digalakkan untuk pergi. Pengisiannya berbentuk kerohanian yang menyedarkan insan yang ingin mengenali diri dan Penciptanya.
Dan lebih dari itu kepada yang bertanya mengapa ia dianggap mahal – ia adalah kerana kos peralatan, audio systemnya yang canggih untuk memberi lebih impak. Bagi saya yuran ini pun sudah dianggap murah. Jika anda buat sedikit ‘survey’ dalam program motivasi yang dianjurkan oleh syarikat atau konsultan – lebih kurang sahaja harga yang dikenakan. –
AkarDiBumi

img_3438

saya sertakan juga beberapa testimonial tentang ESQ Training ini.🙂

Perjuangan saya dalam iLuvislam.com bermula dengan sebuah kesedaran tentang manis dan tenangnya hidup apabila cinta Allah wujud di dalam hati. Kesedaran itu bukan untuk dinikmati seorang diri, tetapi ia adalah untuk dikongsi bersama.
Penyertaan saya dalam Training ESQ di Jakarta pada Ogos 2006 menguatkan lagi semangat saya untuk “memberi” kepada ummah. Hal ini kerana, saya amat terkesan dengan salah satu penceritaan semasa training berkenaan; yang mengisahkan tentang bagaimana para saintis zaman dahulu diseksa dan dibunuh apabila memperkenalkan teori baru yang bertentangan dengan pegangan masyarakat ketika itu. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w. berdakwah kepada masyarakat dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran yang baru kini dapat dibuktikan secara saintifik. Pastinya tentangan daripada masyarakat Mekah adalah amat dahsyat. Namun demi ummat Baginda, Baginda tetap tabah, terus berusaha, melahirkan kader-kader yang hebat dan akhirnya berjaya membentuk tamadun yang amat dikagumi dunia.

Dalam pengurusan sumber manusia (human resources) iLuvislam.com, saya amat menekankan akan visi jangka pendek, visi jangka sederhana dan visi jangka panjang organisasi kami. Saya juga kerap berkongsi misi iLuvislam.com dengan mereka. Alhamdulillah, melalui “shared vision and mission” yang saya pelajari semasa Training ESQ, krew-krew saya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang walaupun kebanyakan daripada mereka tidak pernah bersua muka dan hanya berurusan secara online!
Bagi sesiapa yang ingin memulakan usaha untuk mencintai Allah dan ingin terus kekal mencintai Allah, Training ESQ adalah training yang terbaik untuk anda. InsyaAllah dengan mencintai Allah, kita akan menjadi seorang yang cemerlang!
Mohd Nurul Imran Koyube
Universiti Islam Antarabangsa Gombak
Presiden iLuvislam.com

” ESQ Training ternyata punya kelainan yang tersendiri. Sungguh sukar untuk diceritakan pengalaman yang dialami melainkan kalau anda sendiri pernah merasai. Pendekatan yang digunakan ESQ Training adalah satu pendekatan baru yang saya kira amat sesuai dengan masa sekarang.
Bisnes, kajian saintifik dan kepimpinan adalah tiga elemen yang cuba disampaikan menerusi kursus yang diadakan. Tampak semacam biasa, namun yang luar biasanya adalah ketiga-tiga elemen tersebut disampaikan dengan meletakkan Islam sebagai teras. Ini adalah satu usaha yang sangat murni dan wajar dihargai. Tahniah team ESQ.
Saya merasakan semua orang mesti mengikuti kursus ini. Ia adalah satu kursus yang mengubah paradigma dan persepsi. Satu kursus yang sesuai untuk semua. Satu kursus yang akan meningkatkan lagi kecintaan kita terhadap Islam. InsyaAllah. “

Wan Yusof Norilham Ezani Wan Jeffery
University College Dublin
Timbalan Presiden iLuvislam.com

Menyertai ESQ Training merupakan salah satu pengalaman indah saya. Belum pernah saya menyertai training seumpamanya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana berkesempatan untuk menyertai training ini, dimana sepanjang tempoh training, saya berasa sangat tenang sehingga tidak terasa masa berlalu.
Subahanallah, selepas training yang saya ikuti, makin bertambah dan bertambah rasa cinta saya kepada Allah dan Rasulullah, khususnya Islam.
Cadangan saya, setiap makhluk yang bernama manusia di muka bumi ini, harus marasai kemanisan training ini.

Nor Sa’idah Tajudin
USM Pulau Pinang

Subhanallah, training ini memang sangat bagus. Tidak kira orang itu imannya kuat atau lemah. Kadang kala kita berasa ragu adakah Allah itu betul Tuhan kita. Astaghfirullah.. Moga Allah ampunkan dosa saya selama ini. Tak patut saya meragui kehadiran-Nya selama ini.
Selama ini saya memang tercari- cari cahaya yang hakiki. Cinta yang teragung yang tak penah luput. Dialah Allah yang Maha Penyayang. Semoga semua tangisan pada hari itu bukan tangisan olok-olok tapi tangisan taubat yang amat mengharap keampunan dariNya. Terasa kalimat Lailahaillallah meyeliputi hati ini. Moga ia akan terus memagari hati ini dari segala macam anasir jahat.
Bagai bayi yang baru lahir, saya berazam ingin renovate hati ini. Banyak sungguh titik-titik hitam. Bukti Allah itu ada banyak di Al-Quran tapi saya yang tidak mengkajinya. Betapa sungguh jahil diri ini kerana tidak mencari. Insya Allah saya akan mengikuti training ESQ ini lagi jika berkesempatan supaya dapat terus mendidik diri yang sering lupa dan leka. Janji ku pada-MU abdikan seluruh jiwaku sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku.

Ummul Masakin
Universiti Malaya

One Response to “promosi lagi. :)”

  1. nadiah August 15, 2009 at 4:05 am #

    gulp, jauhnya… huhu… though t’ingin juga nk jejakkn kaki ke nz, tp…. 17hb ni akn b’angkt ke hiroshima.. *cough*… ada summer school kat sana…

    esq plak, da plan ngn k fatimah nk p, tp bkn kt bangi.. jauh.. yela sgt… insyaAllah p yg bln 9 punye..

    tp thanx krn ingt kt kta *blushing*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: