cebisan yg mengganggu

18 Jul

masih ada cebisan jahiliyah dlm diri, yg mengganggu gugat tugasan saya. “Ya Allah ku mohon pertolongan dan bantuan drp-Mu. utk meneruskan sisa2 perjuangan…”

lantas dihadirkanNya idea utk mendapatkan, (barangkali) sumber inspirasi.

pada mulanya saya berniat utk menulis pada hari Ahad ni. iaitu selepas selesai suatu tugasan. tapi, mungkin juga disebabkan dengan penulisan ini, barangkali ia bakal mengilhamkan saya dengan seribu satu idea? wallahualam. Allah sebaik2 Pemberi Rezeki dan Pertolongan.๐Ÿ™‚

——————————————————

tatkala virus selsema dan batuk2 menyerang diri, saya teringat tntang ini. “..sihat sebelum sakit..”. maka, ketika itu lah setiap aktiviti yang kurang berfaedah yang telah saya lakukan sepnjang minggu ini, menerjah fikiran. astaghfirullahal’azim. saya mahukan kehidupan yang dikelilingi dgn ‘peringatan’! lantas teringat pada akhawat2 (kakak2, saudar2 perempuan) di melbourne.

oh, xpe! kita bina bi’ah solehah di wellington pula. insyaAllah, biiznillah.๐Ÿ™‚

———————————————————————

saya terfikir, apa akan jadi bila nyawa ini ditarik olehNya dlm keadaan yang tidak diredhaiNya? di mana, pada masa tersebut, apa yg kita lakukan, tidak diniatkan kerana Allah SWT. maka?

teringat saya tntang hadis 4. penerangan tntg hadis ini yang telah dibawa oleh kak yanti semasa usrah online kami.๐Ÿ™‚ [rindu pula pada kak yanti yang kini sedang bercuti di malaysia. ber’WOW’, katanya.๐Ÿ™‚ ]

“…..Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga”

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.

apa yang anda (Saya!) faham?

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik di sepanjang hayat – tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.

teringat pula tntg suatu kisah ini. berulang2 kali saya dengar. [apabila dh berulang2 kali saya dengar, maka, perlulah utk saya berkongsi.]๐Ÿ™‚

ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. lalu dia bertanya kpd seorang yang kuat beribadah, “adakah harapan utk aku masuk ke syurga?” kemudian, orgย  tersebut mnjawab. “tidak.” maka genaplah 100 orang yang telah dibunuh oleh lelaki tersebut. kemudian, lelaki ni berjalan n bertemu dgn seorang yg alim. “adakah harapan utk aku masuk ke syurga?” lalu org alim itu berkata ada, dan menyuruhnya pergi ke suatu tempat utk bertaubat. semasa dlm perjalanan, lelaki tersebut ditakdirkan Allah SWT, meninggal dunia, tanpa sempat tiba ke tempat tersebut. dgn izin Allah, lelaki tersebut, dapat masuk ke syurgaNya.

*org yg kuat beribadah, tidak semestinya alim. alim bererti berilmu pengetahuan.๐Ÿ™‚

sebab lelaki itu masuk syurga?

1. rahmat Allah๐Ÿ™‚

2. apabila dihitung, jarak tempat dimana lelaki itu meninggal dengan tempat yg hendak dituju itu, lagi dekat, berbanding dgn negeri yg ditinggalkannya itu. maka, Allah izinkannya utk berada di syurgaNya.

subhanallah.๐Ÿ™‚ rahmat Allah mengatasi segala2nya! Allah Maha Pemurah dan Penyayang!

maka? apa yg kita perlu buat?

awasi setiap pergerakan dan tingkah laku kita! Allah is observing and watching you!

miminapis, sila ingat! [ihsan! ihsan! ihsan!]

————————————————————————-

tatkala menelefon emak utk menyatakan status kesihatan diri. hampir juga menitis air mata. subhanallah๐Ÿ™‚

mimi : mak, kite selsema dengan batuk2.

mak : haaa..dah tu buat apa?

[cakap2.. then..]

mak : tadi mak tengok Al-Kuliyyah. ada seorang ustaz ni cakap, solat dapat hilangkan penyakit. termasuklah tu batuk2 dan selsema. dia kata, banyak solat dapat improvekan kesihatan manusia. solat tu kena khusyuk. faham apa maksud dia. solaat betul2! ada seorang lelaki ni dia sakit kanser. dia selalu amalkan solat tahajud, sekarang dia dh makin elok. buatlah solat2 sunat.

subhanallah. subhanallah. subhanallah.

apa yg mahu katakan ialah, saya sangat tersentuh. betul! memang sebelum ini saya mengetahui tentang fakta tersebut. saya ada beberapa kali terbaca mengenainya.

saya tersentuh kerana kata2 itu dikeluarkan oleh emak saya! sebagai nasihat. sebagia pedoman kepada anaknya ini. alhamdulillah.๐Ÿ™‚ mungkin juga kerana kata2 yang dikeluarkan oleh seorang ibu itu tulus ikhlas dari hatinya, menyebabkan anaknya ini tersentuh hingga mahu mencucurkan air mata.

[aduh lah, emosi pula kamu di malam2 ini.]๐Ÿ˜›

lantas utk membiarkan emak terus berkata2 dan bernasihat tntg itu, saya hanya berkata, “oo yeke?” seperti baru tahu tentang itu. gembira mendengar kata2 (rangsangan!) drp emak.๐Ÿ™‚

kata2, yang pada perkiraan saya ialah kekuatan!

————————————————————–

saya memohon kepadaNya utk diberi dorongan, sokongan dalam usaha ini. lantas ditakdirkanNya, menelefon emak sebagai salah satu solusi, kerana Dia tahu disitu ada kekuatan!

mintalah kepadaNya. kerana Dia mendengar. (Maha Mendengar)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahualam. correct me if I am wrong๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: