winter break I

12 Jul

alhamdulillah. pulang sudah.πŸ™‚ [lambat meng’update’. sorry kak atfiena.πŸ˜‰ ]

sepanjang ke melbourne (transit di auckland), saya n kak aisyah memakai topeng, sebagai langkah keselamatan. walaupun masa di airport auckland tu, ada je orang yang pandang kami semacam (dan pelbagai reaction yg kami terima, spt diajuk kononnya kami ni menghidap swine flu~) tapi, kami xkisah~! safety first! korang nk ckp apa, cakap la. yg saya tahu, apa yg saya buat tu tak dosa.

masa transit di auckland tu, sempat juga telefon mak n ayah. mak pun cakap, “…biarlah diorang, jangan layan..”

P030709_04.45

kami tiba di melbourne lebih kurang pukul 4.30pagi waktu new zealand. pukul 2.30pagi waktu melbourne. pukul12.30malam waktu malaysia.πŸ˜‰ kak akmar n kak syida yang menjemput kami. jazakillahi khairan kathira, akak2~!πŸ˜‰

menginap di arden, iaitu di rumah kak nadia (final year engineering), kak syikin (final year engineering), kak azrina (final year biotech), kak aini (final year dentistry), kak murni (final year medicine), kak mar (pHD biotech). akak2 ni semua baik2~!πŸ˜‰ suke!

pagi first day. kakak2 ni bwk kami ke victoria market. saya terus membeli barangan cenderahati utk ayah, mak n adik beradik~!πŸ˜€

hari kedua, kami bergerak ke portsea camp menaiki bas yg telah disewa oleh pihak penganjur. perjalanannya mngambil masa lebih kurang sejam setengah. unexpected meeting~! sbb saya berjumpa dgn sahabat saya semasa di KMS dulu. syu.πŸ™‚ ada la jugak saya terperasan beberapa org pelajar Alevel yg lain. tapi xtau nama. huah~ [xpe, xpenting!]

saya suka di melbourne.πŸ™‚ komuniti Islam mereka ramai kalau nk dicomparekan dgn wellington. tapi, biasa la tu kot, xramai sponsor nak hantar pelajar ke wellington lagi kot.πŸ˜€ ramai akak2 n sahabat2 yang bertudung labuh serta berbaju labuh. saya suka~!πŸ˜‰

sekarang kan waktu cuti, maka mereka ramai yg sibuk dgn kerja2 dakwah. [hehe~ suka hati je buat assumption.] tapi, memang pun. kat melbourne kiranya waktu cuti winter ni padat dengan aktiviti2. dirumah kakak2 yg saya tumpang tu, ada satu almari besar yg banyak dengan buku2 agama. subhanallahπŸ™‚ dah lama saya tak jumpa almari yg penuh dengan buku2 agama macam tu. kali terakhir ialah di master bedroom bilik mak n ayah, tapi tu pun xsebanyak yg akak2 ni ada. [hehe~] disamping tu adalah jugak terselit buku2 medicine, chemical engineering n etc.πŸ™‚

saya bercerita-cerita dgn kak syikin. tntg pentarbiyahan di melbourne, tntg itu dan ini.πŸ˜‰ bukan semua sisters di melbourne yang saya jumpa masa tu, pakai tudung labuh semasa mereka di malaysia. kebanyakannya semua berubah semasa berada di negara orang. subhanallah.

itulah pentingnya berada dlm bi’ah solehah, kan? duduk dlm bi’ah solehah xsemestinya kita xbercmpur dgn orang lain. kiranya duduk dlm bi’ah tersebut, dlm masa yg sama, bertebaran lah juga utk bercampur dgn kawan2 yg lain. ‘amar makruf, nahi mungkar.’

ada ustaz tu cakap, “…penting utk berada dlm bi’ah solehah supaya kita saling diingat dan mengingatkan. kalau kita lupa, kawan kita akan tegur n vice versa…”

semasa saya berborak2 dgn kak syikin, (masa tu kami dlm perjalanan ke !slamic c0unc!l victoria, utk dgr talk drp u$+@z abdul h@l!m..πŸ™‚ ) saya ada memuji kak syikin, then kak syikin cakap, “…akak sendiri takut. dlm masa sekarang ada kawan2, nnti bila dh ada kat malaysia? sedngkan sebenarnya kita kena istiqamah ‘buat kerja’ ni…” kak syikin pun ada cerita usaha yang dibuat utk ‘membina’ adik2nya. [nak tiru kak syikin lah~! insyaAllah.πŸ™‚ ]

saya pun ada cerita sesuatu pada kak syikin, then kak syikin balas, “….yg penting tudung kita tu tutup bahagian celah lengan kita tu..” oho! saya pun sebenarnya baru je tahu. memang la selama ni saya tahu, bertudung kena menutup dada, tapi saya xtahu pulak kena tutup juga bahagian celah lengan tu.πŸ˜€ [tapi, kalau difikirkan logik, kalau tudung tu dah menutup bhgian dada, automatic bahagian celah lengan tu akan tertutup jugak,kan?] terus saya tengok balik tudung saya. hehe, alhamdulillah, menepati kriteria tersebut.πŸ˜‰

masa di melbourne, saya selalu cakap kat kak jenny n kak aisyah, “akak, saya nk pakai tudung labuh la. hehe.”

pastu saya kata kat kak syikin, “akak, saya nk pakai tudung labuh sket. hehe.” kak syikin balas, “ha’ah, pakai la..” saya ada sehelai tudung bidang 60, tapi saya jarang pakai, sebab bagi saya macam besar sangat. -_-” so, saya bertanya lah jugak pada kak syikin, mana tau kot2 kat melbourne ada sisters@ kedai2 yg jual tudung bidang 50.πŸ˜€ tapi, xde.

balik je dari melbourne, saya terus cerita kat mak tntg keadaan di melbourne. kakak2 yg baik2. lepas tu saya pun cakap, “..mak, kite nk pakai tudung labuh sket. hehe.” tapi saya tak ingat mak jawab apa. yg pastinya mak xmarah pun. haha, xde maknanya kot kalau mak nk marah pun.πŸ˜‰

saya pun cakap kat hana, ” hana, kita nk pakai tudung labuh sket..” hana pun terus bagi saya tudung labuh dia. subhanallah. seriusly, terkejut okey~! saya tak berniat pun nak mintak apa2, walaupun saya tahu hana ada byk tudung2 berbidang 50. tapi tu lah kan, perancangan Allah Maha Hebat!πŸ™‚

walaupun mungkin ada yang kata agak xpraktikal pakai tudung labuh kat sini, sbb most of the time kalau nk keluar rumah kena pakai baju sejuk, jacket n etc, tapi, saya tak kira! nak pakai jugak~! [ya Allah, istiqamah kanlah aku dlm beribadah kepadaMu. amin!]

saya learn a lot kat sana, maka, semua orang! sila pergi ke melbourne! haha~ xde lah. sila minta petunjuk drp Allah SWT.πŸ˜‰

—————————————————————-

kak yanti pernah cakap kat saya dulu, ada hadis (kan?) yang kata, kalau kita nk kenal seseorang, bermusafirlah, makanlah dan tidurlah dengan mereka. masa tu insyaAllah kita akan kenal mereka. betul~!πŸ˜‰

saya tak lah kata saya dh cukup kenal dengan kak aisyah n kak jenny sangat2. hehe. tapi at least tau lah jugak.πŸ˜›

saya belajar sangat sangat utk berlapang dada.

dlm salah satu talk yang saya hadiri di melbourne tu, ustaz ni ada cakap, “…kata2 as-syahid Hassan Al-Bana, “..sekecil2 ukhuwah ialah berlapang dada dan sebesar2 ukhuwah ialah melebihkan orang lain..”..”

baiklah, ustaz! saya cuba~!πŸ˜€

———————————————————————

haaa.. apa lagi? insyaAllah nnti bila saya dh digest byk2, saya bagitau.πŸ™‚ tapi, saya rasa yg lain2 tu semua org pun dh tau kot. cume kena saling diingatkan je. kan? [baiklah~! saya xpatut kata macam ni. kadang2 kalau kita cakap org tu tau, tapi sbnrnya org tu xtau pun. maka, kita jugak yg bersalah sbb xmenyampaikan. kan? ]

p/s: di melbourne, ramai lah jugak kakak2 yg dh kawen. akak2 ni sumenya baik2. pastu bila fikir balik, “a’ah kan, mmg patutlah akak2 ni kawen, sbb mereka mmg layak! matang, (insyaAllah) faham Islam yg sebenar n etc. 2 individu muslim yang bersatu insyaAllah dapat membina keluarga muslim. aminnn~” …oke, baiklah! ini bukan general, saya je yg suka2 nk kata macam tu. -_-”

———————————————————————————–

di kem jalinan musim dingin (JMD), tema kami:

M.I.S.I.K.U~

Mantapkan Ilmu, Sahihkan Ibadah, Kukuhkan Ukhuwwah!Β πŸ˜‰

mostly ustaz tu menerangkan tntg individu muslim. peranan kita trhdap diri, keluarga, masyarakat n negara.

yang penting? kita faham Islam yang sebenar2 nya. dari situ, kita akan tahu apa yg perlu kita buat. by that time, baru kita akan realise “kewajipan yang ada melebihi masa yang ada”~! [itu pun sebenarnya memerlukan kita utk jadi kuat! sape yg akan bagi kita jadi kuat? ALLAH! kan? …. bijak!]πŸ˜‰

—————————————————————————-

utk next post, insyaAllah saya akan masukkan video penutup JMD kami. menarik, oke~!πŸ˜‰

7

5

10

14

p/s: maaf lah. gambar2 ni sama je dgn yg ada di facebook saya. agak kemalasan utk memilih gmbr yg lain.πŸ˜›

wallahualam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

One Response to “winter break I”

  1. nadiah August 16, 2009 at 4:41 am #

    sronoknye dia bcuti..πŸ˜„..

    yg x tahan,bile beli tudung 50 salesperson tu kata “adik blaja kat uia eh?” (o_0;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: