new zealand yang aman.

4 Jun

buka berita harian online, dgn niat mahu mencari bahan utk tugasan mingguan. (niat “lillahi Ta’ala” okey, miminapis!🙂 ).

kemudian ternmpk tajuk “New Zealand paling aman”. wah menarik!😉

sumber: Berita Harian online

WELLINGTON: New Zealand dinamakan sebagai negara paling aman di dunia dalam tinjauan global 2009 yang baru disiarkan, lapor akhbar Telegraph.

Negara Pasifik Selatan dengan empat juta penduduk dan 40 juta biri-biri itu menyingkir Iceland daripada mengatasi senarai itu kepada tangga keempat selepas demonstrasi ganas menyusul kejatuhan sistem perbankan di Reykjavik.

Tinjauan Global Peace Index, laporan yang disediakan untuk Institut bagi Ekonomi dan Keamanan beribu pejabat di Australia bekerjasama dengan Unit Perisikan Ekonomi, menyenaraikan 144 negara dalam liga keamanan.

Bagi negara Asia Tenggara Singapura dan Malaysia tersenarai antara 30 negara paling aman, masing-masing di tangga 23 dan 26, mengalahkan negara maju seperti United Kingdom (35) dan Amerika Syarikat (83).

Dua puluh tiga kriteria dihimpunkan termasuk kestabilan politik, risiko keganasan, kadar pembunuhan, kemungkinan demonstrasi ganas, penghormatan hak asasi manusia, konflik dalaman, import senjata dan pembabitan dalam perang luar negara.

Rakyat New Zealand juga dapat berpuas hati kerana Australia, jiran di seberang Laut Tasman, cuma berada di tangga ke-19.

Negara seperti Denmark dan Norway turut berada pada tempat hampir dengan pendahulu. Sementara Britain pula, di tangga ke-35, tinggi sedikit berbanding tahun lalu tetapi satu tangga di bawah Bostwana dan selangkah di atas Itali.

Amerika Syarikat berada di tangga ke-83, dicemari dengan dua perang di luar negara, kadar tinggi banduan dan kemudahan mendapatkan senjata. Kedudukan, bagaimanapun naik enam tangga kerana tiada serangan pengganas beberapa tahun selepas kejadian 11 September 2001.

Laporan itu berkata, kemelesetan ekonomi global dan ketidakstabilan politik di seluruh dunia memberi kesan kepada keamanan pada tahun 2008. – Agensi

40 juta kambing biri2? banyak nye.😀

along : ok, nnti kami pindah ke sana. haha

mimi : meh cepat!

along : tapi, banyak bona kambing eh. 40 juta. busuk! haha.

ek eleh~😛

mengikut source (FIANZ – The Federation of Islamic Associations of New Zealand), kat new zealand ada 30 thousands muslim people. kalau 30 ribu je muslim kat new zealand ni, kiranya hanya 0.8%  jela muslim kat new zealand ni eh? kat malaysia, 60.4% muslim. tapi, dapat no.30 je dalam ranking. alhamdulillah, top100 jugak lah.🙂 erm, tapi, sebenarnya negara yg mempunyai ramai penduduk Islam lah yg patut lagi aman kan?

penduduk Islam yg ramai xbermakna ramai yg mengamalkan Islam dalam kehidupan hariannya. [macam mana nk amalkan Islam, kalau kita tak berusaha nk mendalami Islam, kan? Islam bukan hanya pada tudung.bukan hanya pada baju yg labuh. bukan hanya pada kata2 yg berapi dgn menggunakan ayat2 Quran. tetapi, Islam adalah pada amalan2 yg telah diterapkan di dalam diri. Allah kata dalam surah Al-Baqarah, ayat 208, “…masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan..” BUKAN, kita ambik mana yg kita suka JE!] -ingat tu, miminapis!-🙂

kat sini, town, esp Lambton Quay kat bawah tu, malam2 mana ada nk bukak. malam je tutup. mereka ikut Islam! sbb Allah kata byk kali dlm Quran, “malam utk rehat, siang utk kerja.”

surah Al-Furqan, ayat 47, “Dan Dialah yang menyediakan malam untukmu(Sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirehat, dan Dia menjadikan siang untk bangkit berusaha.”

lagi, dalam surah An-Naba’, ayat 9, 10 n 11 “dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirehat, dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan.”

see, mereka ikut Islam. awal2 pagi Selasa, lori sampah dah kutip sampah seawal 6pagi dan mereka konsisten! so, kalau nk buang sampah, xde maknanya nk g buang lepas subuh, sbb mmg xsempat~! better g buang a day before. kalau kat rumah saya kat bahau dulu, kadang2 lori sampah datang pagi, kadang2 petang. (alhamdulillah, datang jugak kan?😉 terima kasih pakcik2.)

lagi, kalau kita nk jalan lalu pintu, orang yg jalan depan kita tu akan pegangkan pntu tu sampai kita lalu! subhanallah. kagum jiddan~! (sebab saya sendiri, tak pernah buat macam tu!) mereka prihatin dan hormat orang lain. mmg tak semua, tapi majoriti! subhanallah.🙂 masa first2 dulu, saya jadi segan. haha~ ntah pa pe.😛

mmg la ada je yg tak senang di pandang dan tak elok diikut. tapi, xyah la cite, kan. kita ambik yg baik cukup lah.🙂

bas yg akan menyenget bila ada orang nk naik. org2 akan beratur dgn elok utk naik (tanpa perlu ada pengawas yg kena aturkan barisan! haha~). pejalan2 kaki akan diutamakan, pendek kata, kalau nk lintas jalan (dgn syarat, mesti ada zebra cross!), lintas je la (xyah tengok kiri kanan. haha~ xde la smpai cmtu. tengok la jugak~) tapi, mmg automatically, kereta akan berhenti tanpa segan silu.😀


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ada org ckp, “kat sini nk jalan sorang2 pun xpe. kat malaysia, xberani! tambah2 kat area bukit bintang..” oo, eh? saya xtau la. saya kalau jalan sorang2 pun, area bahau je. bahau yg permai! haha~ kalau kat bukit bintang (area times square, low yat n etc, saya akan g jalan2 dgn family. terutamanya ayah~! -hehe!- baiklah, nk jadi anak yg baik sket, skrang~! insyaAllah.. )

tapi, kalau bukan dgn family, saya prefer jalan sorang2. sbb nk kejar masa.

dulu, masa kat seseri, cik maria selalu cakap, “budak SBP kena jalan laju! jangan lenggang kangkung!” so, siapa jalan lambat, mesti akan dapat gelaran. tapi, sbnrnya jalan laju tu sunnah Rasulullah SAW pun kan.. jadi, ikutlah sunnah nya.

bukan ke ‘tanggungjawab yg ada melebihi masa yang ada’ ?.. jadi?🙂

kat sini pun sama. alhamdulillah, Allah melindungi saya di dalam setiap perjalanan saya yg berseorang diri tu. “bismillahi tawakkal tu ‘alAllah. la haulawala quwwata illa billah..”

kat papan2 tanda area town pun ada je bagi peringatan, “stick with the girls” .. saya nk cakap, “stick with Allah!” insyaAllah, selamat.🙂

p/s: insyaAllah, malam ni, around pukul7 mlm, iaitu after isyak, kami ber9, akan ke rumah anis.🙂 ari ni besday nya. kami dah pakat nk buat surprise utk dia. tadi, after kelas chemistry, kami yg ber5 (yg xde kelas dah utk ari ni~) ke town, utk beli kek n hadiah.🙂 dah siap remind dah sorang2, “pakai baju tebal2 kalau tak tahan sejuk!” sebab rumah anis jauh sket drp rumah kami. kami xde kete lagi, maka kenalah berjalan kaki ke sana. nana siap beli bubble baru lagi! haha.. dan dan~😛

selamat hari lahir anis.🙂

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

10 Responses to “new zealand yang aman.”

  1. rose nina June 4, 2009 at 7:21 pm #

    hihi..new zealand..here i come..
    insyaallah~

    • miminapis June 4, 2009 at 11:47 pm #

      alaa.. tapi awak tak datang sini.😦

      haih~ takde la nampak nya junior mara di welly akhir tahun ni.

  2. hana June 4, 2009 at 11:19 pm #

    mimi, kita mintak kebenaran ambil tajuk kamu ye. nak jugak promote tempat sendiri. ahaks😀

    • miminapis June 4, 2009 at 11:48 pm #

      hua hua hua.
      sile~😛

  3. abdussolehin June 7, 2009 at 3:34 pm #

    Rakyat New Zealand juga dapat berpuas hati kerana Australia, jiran di seberang Laut Tasman, cuma berada di tangga ke-19.

    eheh..ayat berita harian x bleh blah.haha..maybe la kot.x penah sampai nz lg😛 tp betul tu.bleh contohi yang baik2.sangat kagum dengan mentality mereka.yang positif la.

    • miminapis June 9, 2009 at 8:38 am #

      yup, kita amek yg baik n tinggalkan yang buruk~

  4. atiqah humaira June 8, 2009 at 12:57 pm #

    SALAM MIMI DEAR…
    tqa nie….
    mimi,rindu nye kat mimi…]
    huhuh…

    bile nak dpt jumpe nie..’bila nak mai ziarah tqa di bumi AUCKLAND…
    HUHUH

    • miminapis June 9, 2009 at 8:39 am #

      hehe. insyaAllah, ada rezeki sampailah kite ke sana.😉

  5. Iynas June 8, 2009 at 6:20 pm #

    Mimi~

    Alhamdulillah jumpa blog mimi..suka baca blog mimi😀

    • miminapis June 9, 2009 at 8:40 am #

      bertambah seorang lagi wellingt0nian yg melawat blog ini.
      huhu~
      😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: