tak panas.

12 Mar

sekarang autumn, tapi dah sejuk sampai xtahan. tahap tekup kaki kat heater. tahap hembus-hembus angin dari mulut ke tangan. haha~ betul! pagi tadi pegi sekolah pukul 9pagi, terkejar2 naik bukit. sbb nk chup tempat duduk kat depan. tak nak duduk belakang, sebab xnampak~ [lagipun, ayah xbagi duduk belakang waktu belajar, ayah kata nanti main2. hehe. baik ayah!]😀

panjat tangga tu sampai semput. serius, rasa nak nangis. sbb sejuk + penat. tapi, demi ilmuNya dan peluang untuk belajar pengalaman ‘hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri’, saya tabah juga! [cewaahh.~😛 ]

habis je kelas, terus balik rumah. terus pasang encik heater. encik heater yg setia disisi [except pegi kelas la, kan~]😛

kadang2 terfikir jugak, “last month duit elektrik je dah NZD276. (kalau convert mlysia rm552 la lebih kurang. haha. xberagak, kan?). last month ialah summer. still jugak guna heater, walaupun xkerap. skrang autumn, even siang pun pakai heater. bape ratus la plak bil elektrik bulan ni? winter lagi nnti..”

tak kesah la. dah sejuk, pasang la heater, xkan nak membeku plak kan?😛 insyaAllah duit yg encik MARA bagi cukup.

cuma satu harapan : NAK BALIK MALAYSIA AKHIR TAHUN NI. PANDAI2 BAJET DUIT YE MIMINAPIS~!😉 [insyaAllah]🙂

cara mudah nk balik malaysia…tapi xelok untuk di amalkan, ye~! [ni kira last effort la..]

:: ayah, tolong support kite balik malaysia, boleh?😀 ::

petang ini kelas biotech. yeah~! i like!😉

new zealand : Allah mahu kamu mengembara di bumiNya untuk lihat kebesaran dan ciptaanNya. tatkala berjalan-jalan, dengan keadaan yang berbukit2, memang terasa penat. tangga dari rumah ke town je dah 200 lebih anak tangga. kalo nk turun, lari pun boleh, kalo nak naik? huk~ memang mncabar keimanan. masa mula2 dulu, mmg saya byk mengeluh. or kadang2 sanggup je tunggu bas walaupun lama, drp daki anak tangga tu~!

saya temukan ayat ini. surah Al-Kahf : ayat 7

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya.”

saya terus tersedar. keadaan berbukit2 di wellington ni semuanya ciptaan Allah kan? Dia ciptakan bukit2, gunung2, n etc sbgai perhiasan kepada encik bumi yang dh lama wujud ni. saya ini telah ditetapkan olehNya untuk jejak di bumi wellington ini dan bertemukan anak2 tangga yang sangat byk! adakah perlu untuk saya mengeluh? itu kan ujian drpNya. kalau hari2 duk mengeluh, bagus ke? lagipun Allah dh nyatakan dlm ayat di atas, “…siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya..” maka, nak tak jadi yg terbaik? mesti mahu kan? maka? hehe.😀 [oh, terima kasih di atas peringatan ini ya Allah.😉 ]

sejuk : Allah sedang mengajar kamu untuk menghargai iklim khatulistiwa di malaysia.

kelas biology, chemistry, biotech : Allah mahu tambah pahala kamu dgn sentiasa menyebut ‘subhanallah..Maha Suci Allah’, disamping melatih kamu dengan sikap ehsan.

terima kasih Allah.🙂

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

4 Responses to “tak panas.”

  1. zikrilhakiim March 12, 2009 at 1:17 pm #

    btol2,way to go mimi!!chaiyok2

  2. anis March 12, 2009 at 4:03 pm #

    dah nk balik hujg taun ni?hee~
    sharihana balik x?

  3. fairuz March 12, 2009 at 4:56 pm #

    Mimi, mmg sejuk sangat2 kann? Alhamdulillah kita dapat merasa ni semua kan? e’em.berjalan melihat mentafsir.kita sekarang blja Bio jd sgt byk mengucap Subhanallah lepas tau betapa hebat ciptaan Allah.SUBHANALLAH indeed!

  4. miminapis March 15, 2009 at 7:05 am #

    zikrilhakim : hehe. baik~! insyaAllah, doakan.. aminn~!😉

    anis : hehe. insyaAllah, kalau Allah izinkan, maka baliklah saya.🙂 hana? xtau lah. die cm balik jugak je. (p/s=same sekolah eh dulu? senior awak ada kat sini jugak~😀 )

    fairuz : tu lah~ menarik kan subjek2 ini~😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: