saya orang negeri sembilan.

23 Feb

saya orang negeri sembilan. lahir di seremban. hehe. maka?😀

dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya pasal negeri sembilan kat saya. mana lah saya nk tau. setiap kali belajar kajian tempatan ke, or apa2 lah yg berkaitan dgn negeri sembilan, cikgu mesti akan point kat saya.

huk~ masa kecik2 tu mana lah nk tau sgt pasal negeri sendiri. yg saya tau, every month, ayah akn bawak kami balik kampung jumpa atuk n wan. lepas tu, kalau jumpa atuk n pakcik makcik sedara, diorang mesti cakap, “haa..orang terengganu dah balik. makang ikang?” tu je lah dialog diorang. haha~ sampai saya pun xtau nk reply ape dah.😛

cikgu2 tanya pasal luak, undang, kenapa panggil negeri sembilan tu sembilan, tak sepuluh, etc. haiyo~😀 [alhamdulillah, sekarang dh tau!]😀

saya ingat lagi, cikgu Fauzi (guru penolong kanan ko kurikulum).. “awok balik nogori tu selalu ah lalu bukit putus tu?”… saya pun reply, “dok eh. dok lalu pung.” yg pastinya, mmg saya ingat lah bukit putus tu, sbb macam setiap cikgu pun akn tanya bnda yg sama. femes lah jugak ‘bukit putus’ yg bengkang bengkok tu!😀

masa tu drjah 1. saya tgh bljr english. cikgu ajar gmbr ‘turtle’. then teacher Kamariah tanya. “siapa tahu kat terengganu ni penyu banyak kat mana?”.. semua orang diam. pastu saya tetiba jawab, “rantau abang”. teacher Kamariah pun mcm excited, ” tengok! orang luar pun tau..kamu yang duduk kat terengganu ni tak tau ke?” masa tu, saya mmg berbunga2 lah jugak dlm hati. haha~😛 padahal masa tu mmg kitorg baru balik holiday. n ayah bwak kitorg ke sana. sebab tu saya tau. plus, mak n ayah yg mmg suke bercerita masa dlm kereta. terima kasih Allah. terima kasih mak n ayah~! :-*

ini saya ambil drp berita harian online. saya excited sket! sbb saya belajar tntg pentadbiran negeri adat perpatih itu drp artikel ini. maka, saya ingin berkongsi.😉 tambahan, Seri Menanti ini adalah kampung ayah saya! -kampung Parit Istana, kot nama nya. yg ada pintu gerbang tu-


TUNKU Ali Redhauddin (kiri), Tuanku Muhriz, Tengku Aishah Rohani dan Tunku Zain Al’ Abidin Tuanku Muhriz selepas upacara Istiadat Pengurniaan Gelaran Pusaka Tunku Besar Seri Menanti di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

KUALA PILAH: Tunku Ali Redhauddin, 32, putera sulung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti yang kesembilan pada satu istiadat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti dekat sini, semalam.

Istiadat Pengurniaan Gelaran Pusaka Tunku Besar Seri Menanti semalam juga dianggap bersejarah kerana dalam tempoh 120 tahun, ini adalah kali ketiga ia diadakan.

Dua pemegang sebelum ini ialah Tuanku Muhriz dan Tunku Burhanuddin Tuanku Antah yang masing-masing menyandangnya selama 47 tahun dan 73 tahun.

Istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti itu, berlangsung ringkas tetapi mengikut adat istiadat diraja Negeri Sembilan.

Pengurniaan gelaran dilakukan dengan penyerahan Watikah Pelantikan dan sebilah keris oleh Tuanku Muhriz kepada Tunku Ali Redhauddin.

Tunku Besar Seri Menanti kemudian melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Ini diikuti Istiadat Menabalkan Tunku Besar Seri Menanti dengan Orang Besar Istana pula menghadap Tunku Ali Redhauddin.

Turut menyaksikan istiadat itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) lain dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor serta kerabat diraja Negeri Sembilan.

Pengurniaan gelaran ini bermakna Tunku Ali Redhauddin memegang gelaran yang disandang ayahandanya sebelum Tuanku Muhriz diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember lalu.

Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran paling kanan di kalangan Putera Yang Empat. Tiga gelaran lain ialah Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar yang disandang Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar dan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.

Antara tugas Putera Yang Empat ialah menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana serta sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar.

Selain itu mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Tunku Besar Seri Menanti adalah Ahli Dewan Keadilan dan Undang yang dianggotai oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin dan Datuk Shahbandar Sungai Ujong.

Tunku Ali Redhauddin yang diputerakan pada tahun 1977 di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Marlborough di Wiltshire, United Kingdom pada 1990.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Sejarah, Sains Sosial dan Politik daripada Universiti Cambridge pada 1998, Tunku Ali Redhauddin memulakan kerjaya di sebuah firma perundingan korporat dan strategi antarabangsa, McKinsey & Company London. Beliau kemudian berkhidmat di McKinsey Kuala Lumpur pada 1999.

Pada 2004, Tunku Ali Redhauddin menyertai Khazanah Nasional Berhad dan kini menyandang jawatan Pengarah Pelaburan.

———————————————————————————-

huk~ terasa gile dgn poster kat bawah ni.😐 baik!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahualam.🙂

8 Responses to “saya orang negeri sembilan.”

  1. fairuz February 23, 2009 at 9:05 pm #

    orang n9 apa tak makan pedass~

  2. miminapis February 23, 2009 at 10:20 pm #

    haha. ape plak.
    sape kata, “sesiapa sahaja yg memegang status org n9, kena makan pedas” ?😛

    p/s – jgn seksa diri makan makanan pedas!😛

  3. qilaqif February 24, 2009 at 12:00 am #

    emm..sj nak share.
    sy org perak..tp half tu, neg 9..belah ayah..
    wpon half, tp rasa mcm sy memg org neg 9..
    bga2..

  4. ayesha February 24, 2009 at 12:03 am #

    salam.
    heheh..
    “haa..orang terengganu dah balik. makang ikang?”
    hee.kdg2 ble dh hldys lama,time bkk sek,kwn2 msti tny soklan tu kt sy. yg cm jd satu ‘kewajipn’ nye, msti lebihkn bunyi ‘g’ kat blkg tu. ‘mkang ikang’. hehe.biasala tu.dlu kt trggnu di mane ye?sy di kuale trg..

    emm..trase plak ngn poster kt ats tu.ishh.insaf pulak…ya allah,jauhila sikap mls dlm diri ni..amin..

  5. syazrahyusoff February 24, 2009 at 12:14 am #

    salam,mimi..
    mood swing jap lps bce entry ni..
    igt tyme comot2 dlu kat skdm2..haha:)

  6. a.l.o.n.g. February 24, 2009 at 1:03 am #

    sodar pun ekau tu org nogori..ni tak, maso kocik2, suko bonar kecek ganu..sampai den pun naik nyampah dongar ekau kecek ganu..hahaha! apsal dulu ko pekat ckp ganu ha?? polik den.hehe.. weh, hensem giler tuanku zain tu kan..ko ade rasa tak yg die tu bakal jadi abg ipar ko??hahahahaha

  7. a.l.o.n.g. February 24, 2009 at 6:53 am #

    mimi…ku suda jatuh cinta pandang pertama dgn tunku zain tu…apakah ubat nya?? huhuhuhu..bru pndang pertama da camni, agaknye klu jumpa dpan2, mau pengsan! haahaahaha

  8. amierwan July 3, 2009 at 1:49 am #

    saya pung orang negeri sembilang jgk =) (loghat ganu)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: