apa dan mengapa?

23 Feb

apa yg kita lakukan, dan mengapa kita lakukan…

saya suka ayat ini~! ayat ini saya ambil drp movie yg kak wani tayangkan.😀

hari ni, kami ada prjumpaan mingguan lagi. dgn kak wani n all. kami menonton movie ‘the legend of bagat singh’. rata2, movie ini mengisahkan tntg perjuangan pemuda2 india yg mahukan kemerdekaan negara mereka.

kalau nk di implankan dlm diri kita, ayat tu, sbnrnya akan meyakinkan kita lagi dgn apa yg kita buat. (kan?) sbb kita tau apa yg kita buat n sebab apa kita buat. contoh yg simple la.

apa yg kita buat? -belajar..

mengapa kita buat? -sbb nk jadi orang yg berilmu. semakin bertambah ilmu di dada, semakin tunduk n patuh kita kepada Pencipta.

bila kita trfikir kan soalan2 ini, kadang2 sbnrnya itu akan mnjadikan kita lebih brsemangat, kan? (ke, tak?) sbnrnya, saya nk cakap, bila kita tahu apa yg kita buat n mengapa, insyaAllah kita akan jadi lebih bersemangat!! terutama sekali bila kita mmg sebenar2 me‘niat’kan nya kerana Allah SWT~!😉

semua yg kita lakukan kerana Allah, kita akan temui hikmahnya. tak kira if apa yg kita plan kan tu tak jadi ke apa ke kan.sbb kita tau, kita dh berusaha sebaik mungkin, dan kita manusia yg hanya mampu merancang n kepada Allah tmpat kita bertawakkal n kembalikan segala keputusan. kalau hati kita betul2 ikhlas keranaNya, kita takkan jadi lemah. sbb kita akan ingat janji2Nya utk hamba2Nya yg mmg tersusun rapi dlm kitab suci Al-Quran, subhanallah!!🙂

-post ini utk diri saya je sebenarnya. sbb mahu kembali mengingatkan diri. mahu kembali menyedarkan diri yg lalai ini. huk~😐 –

cuba nk implankan dlm diri.

-ber’ukhuwah’ kerana Allah SWT. jadi, if ada antara sahabat2 yg buat salah@tak cantik perangainya, kita AKAN tegur! sbb kita tahu peranan kita sebagai hambaNya ialah amar makruf nahi mungkar, kan. sungguh! sbnrnya saya mmg amat2 memerlukan LEBIH KEKUATAN utk ini.

sbgai cth: saya teringin utk menegur, sbb saya takut kami akn trlmbt hadir ke sesuatu perjumpaan. mmg berat! sbb saya takut mereka terasa apa bila saya tegur. saya gagahkan juga utk menegur, smbil dlm hati ‘Ya Allah, ku lakukan ini utkMu ya Allah.’ sbb dlm islam pun kita diajar utk menepati masa, kan?🙂

A = ‘korang, tak siap lagi eh? if korang lambat sangat nnti, kite nak gerak dulu eh. hehe’

B = hehe. belom siap lagi. kenapa nk gerak awal2?

A = sbb..sbb dalam islam kita dituntut utk menepati waktu. hehe.

B = hehe.

to be frank, mmg saya rasa bersalah. sbb saya mcam dh memerli mereka. tapi, saya fikir, saya dh buat! n alhamdulillah, Allah yg telah menentukan saya utk berkata demikian. maka, saya hapuskan perasaan2 yg saya kira; hanyalah mainan syaitan. (sbb kita kan dh berusaha utk amar makruf, tapi, kena ada perasaan -ve yg lain? bukankah yg-telah-berjanji-utk-mhasut-anak-Adam telah bersumpah utk mahu menyesatkan anak2 Adam?)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

alhamdulillah, selepas perbualan itu, semuanya okey je.[org yg ditegur dpt je menerima teguran. yg ditegur n menegur, mampu je utk berkomunikasi, selepas sesi tegur-menegur itu.] kami berjaya bergerak pada masa yg telah kami rancang. alhamdulillah! see, Allah tak bebankan hamba2 Nya kan? (subhanallah~) -si penegur! silalah istiqamah n berpegang pada teguran kamu itu, ya?! ~baik! insyaAllah~😉 –

dlm movie tu jugak, semasa di pengakhiran nya, bagat singh itu dihukum gantung. then, seorang pakcik tua ni datang kat die, pakcik tu ckp, “sebutlah dgn nama tuhan mu.” -agaknya pkcik tu suruh die mengucap ke ape ke kan. hehe. wallahualam- tapi, bagat singh tu ckp die xprcaya pada tuhan n die hanya percaya pada semnagat utk mmbebaskan negara die.(die  atheis la tu kot kan. wallahualam.) masa tu, saya teringat ini,

“Dan perlihatkan segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan” surah Al-Furqan : 23.

maka? erm, saya simpulkan sbgai perjuangan nya di muka bumi ini, mmglah sesuatu yg hebat. sbb derita demi derita yg die tanggung, tapi semuanya die brjaya atasi (dgn izin Allah~). tapi, disebabkan dia tidak mahu mengakui tntg kewujudan Sang Pencipta Alam ini, apa yg dia lakukan itu adalah sia2. -jadi, kita ini seharusnya! n semestinya! bersyukur sbb masih berada dlm lingkungan hamba2Nya dikurniakanNya iman. alhamdulillah~! semoga bertmbah ke’iman’an itu dr hari ke hari. top up2 lah amalan n iman dlm diri kamu ye, miminapis! –🙂

-mereka kata movie itu sedih. tapi saya kata? ‘tak lah sedih sgt pun’ hehe. oke lah. oke lah. sedih la jugak~! sbb hero nya mati. biasalah tu kan, cerita hindustan. (oh, tapi ini kisahnya benar. tntg bagat singh ini. cuma dilakonkan semula watak2 nya). tapi, mungkin sbb saya tak nmpk perjuangan mereka itu utk islam (sbb mereka mmprjuangkan negara n kemerdekaan mereka sahaja), jadi saya tak lah nk rsa nk menitis air mata. mcm kawan2 saya kata, “..nak nangis..”.

tapi, alhamdulillah, sbb Allah telah menentukan kami utk menonton video tu petang tadi. bak kata kak wani, “sbgai nk boost semangat kita utk islam.” semangat2 belia yg semestinya kuat! kita ambik pengajaran yg baik je lah drp movie tu kan.🙂

kita perlukan rahmat, redha n keberkatan drp Allah SWT dlm setiap apa yg kita lakukan! -mohonlah kekuatan n semangat drpNya!-🙂

——————————————————————————————–

esok, bermulalah perjuangan kami di dalam laboratory! hehe. cuak jugak. sbb 1st time ber‘lab’ dgn mat saleh. haha~ poyo je kan, mat saleh je pun. bukannya sape2 pun. ntah2 kita lagi hebat, kan? [hehe. aminnn~~!]

Mok jwak sik? Carik kat ctowk

miminapis, ingat!! LILLAHI TA’ALA. maka, kamu akan terus berusaha kan? -insyaAllah! baik!-😉

p/s – cik siti fairuz n cik ain haris dh sampai bumi Allah new zealand ini. alhamdulillah n kia ora! (‘selamat datang’ dlm bahasa Maori). 😛

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

One Response to “apa dan mengapa?”

  1. fairuz February 23, 2009 at 7:30 pm #

    Kia Ora for ussss:D

    Sila datang, sila datang tauuuuuu;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: