gerak lagi~

17 Feb

Ahamdulillah, syukur~!😉 hari ni, kami berjaya meng‘orientasi’kan mereka sekali lagi.😀

tunggu kak cipot n nadia dr New Town. kak cipot yg baru lepas abes lecture kat hospital, terus ke wellington central.🙂

kami bergerak ke bank. sbb masing2 nk masukkan travellers cheque yg diberi oleh penaja masing2. (wahh~! kaya mereka2 ni. boleh pau! haha~😛 ) kemudian, pergi ke vodafone center lagi. hari ni, kami ada kawan baru. dr Japan. ape ntah nama nya. hua hua hua. lupe~! maaf2!😀

kawan kami yg dr Japan ni, die ada probs sket dgn henpon nya. sbb xboleh nk guna simkad vodafone. dh kena block~! bile pegi kedai, org tu ckp, henpon die tu xboleh nk guna kat country except Japan. sbb die ada high security! high technology sungguh org2 jepun ni.😀 maka, die kena beli henpon lain kalo nk guna nombor new zealand. huk~ 8bulan je, insyaAllah, die kat welly ni. sbb exchange student~!😉

lepas pegi bank. bawak diorg ke courtney place. ke salah satu kedai kebab yg halal di wellington city ini. alhamdulillah, kenyang perut. then, memula rncg nya mahu bersolat je kat belakang tangga@pokok@kwsan lapang yg ada kat Te Papa. tapi, xjadi, sbb ada yg xpakai stokin n hanya pakai selipar. maka, kena balik sbntr utk solat zohor.🙂

kemudian, brgerak ke Te Papa. sebuah museum yg tak macam museum pun. oh, museum la jgak sbnrnya. dlm tu ada squi yg besar. yg telah diawet.

kami pun masuk ke ‘earthquake house’. kami hanya berharap, if earthquake nk berlaku pun, after kami pulang ke Malaysia. aminn~!🙂 -terasa mcm selfish plak.- wallahualam. Allah juga yg Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian.

dh petang. n petang ini, dijangka kan ada lagi pelajar2 MARA, yg akn smpai. maka, kak cipot pun mngundurkan diri utk ke airport brsama akak2 yg lain. saya mennti mereka di accommodation sahaja. disebabkan beberapa masalah teknikal, maka, tak dapat nk bertemu dgn mereka yg baru tiba hari ini.

insyaAllah, semoga kelak kami dipertemukan oleh Allah. esok, lusa, maybe? wallahualam.😀 -macam best la plak menmbh komuniti Muslim di bandar welly ni.😀 –

comel gile kartun di bawah ini kan?😉 -alhamdulillah, tak gile!-

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

——————————————————————————————-

minggu ini, saya banyak berjalan. n saya seperti bertemu dgn kepelikan org2 welly ini. ataupun adakah ianya satu kebiasaan, cuma saya je yg tak tau?😀

**kami berjalan dlm grup of 3@4 di tepi jalan, kemudian, 1 kereta dtg drp blkg. org nya mnjerit n buat suara tarzan kpd kami. kami pelik~! tapi, kami jalan sahaja. kerana kami yakin (wallahualam. Allah yg lebih Mengetahui) kami tidak mengganggu mereka.🙂

**kami berjalan dlm grup juga. kemudian, 1 kereta yg memuatkan 2org lelaki, perlahan kan kereta mereka. waktu tu saya mmg tak pandang langsung ke arah mereka, tapi kwan saya pandang. salah seorang lelaki itu berkata, “do u want to be like this?” kemudian, gelak yg sangat besar! kawan saya marah. saya tnya kenapa. dia ckp, org lelaki tu tunjuk gmbar yg xsenonoh. (alhamdulillah, saya xtengok~! tapi kesian kwn saya sbb dh tertengok).

**tadi saya berjalan seorang diri utk ke town. sbb kawan2 yg lain tunggu kat town. saya plak balik ke rumah sebentar utk solat. tetiba ada kereta, yg dipandu oleh seorang emak. n anak2 yg agak ramai la jugak. (or maybe tu hanya lah baby sitter nye~! wallahualam.) kemudian, budak2 itu mnjerit ke arah luar tingkap, sebaik sahaja kereta mereka melintasi saya. saya pelik. nasib baik (Alhamdulillah!) masa tu saya sumbat telinga dgn earphone, maka xlah dgr apa yg budak2 tu ckp. (lantak engkau lah!) then, jalan sket, bertembung dgn 2org akak senior dr Malaysia. gembira sket~!😉 –okeh miminapis~! jadi positive sikit lagi.. “oh, mungkin kebetulan, masa kereta diorg nk lalu depan saya tu, budak2 tu terasa nk mnjerit..”😉

**kami duduk di bus stop. dari jauh kedengaran 2org pemuda berborak2. dgn nada yg agak kuat. bila je lalu depan kami, mereka gelak. (oh, mungkin gelak sbb isu yg mereka bincangkan kot~! wallahualam) kami pun agak takut2 jugak. tapi maintain cool lah kan. haha~ tetiba one of them ckp, “hellooo!”..”oh, hellooo!! muslimss!”.. oh, mereka mnghormati kami sbgai seorang muslim, kot~!🙂

——–Allah sedang berbicara kepada kami tentang erti sabar-lagipun golongan yg sebegini ialah golongan yg minoriti. kebanyakan kiwi yg kami temui ialah peramah dan tidak jemu mmbntu kami. sbb mereka tahu kami ini orang luar~!😉 ——-

Al-Ankabut : 2…“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

One Response to “gerak lagi~”

  1. atie.. October 16, 2009 at 11:22 pm #

    kak mimi..
    menakutkan la..
    truknye kne kacau..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: