waitangi day vs khalifah

7 Feb

semalam waitangi day. seluruh new zealand bercuti.

kiwis bercuti dan bergembira, berkumpul beramai2, berpakaian cantik2 (dan sebenarnya agak seksi), menymbutnya.

kami di rumah kak wani, berbincang mengenai kerajaan. kerajaan2 islam terdahulu. dgn sistem khalifah. bermulanya dgn kerajaan khulafa’ ar-rasyidin, kerajaan umaiyyah, kerajaan abbasiyyah, sehingga lah terhapusnya sistem khalifah pada zaman turki uthmaniyah oleh pakcik mustafa kamal artartuk itu.

pada minggu lepas, saya berusaha utk mengetahui kerajaan islam di andalusia.(alhamdulillah, sbb Allah bagi bnda utk saya tahu!) pada zaman itu dimana ramai tokoh-tokoh islam muncul. subhanallah, zaman kegemilangan islam yg saya tidak sempat utk alaminya. (sebab saya tak lahir lagi masa tu~). melalui pembacaan saya mengenai zaman trsebut; dgn pembinaan istana AL-HAMBRA yg cukup sistematik, saya dapt merasai kegemilangan umat islam pada waktu itu.๐Ÿ™‚ [wallahualam.]

sistem khalifah adalah sistem pemerintahan yg benar2 mengikut apa yg telah diajarkan oleh islam. pemimpin negara yg akan bersungguh2 melindungi rakyatnya. 1 contoh yg telah diberikan oleh kak wani; “masa tu ada seorang perempuan islam ni. dia diganggu oleh sekumpulan orang lelaki (semasa permpuan ni berada di luar negaranya); kainnya telah diselak oleh lelaki trsebut. berita tu sampai kpd pemerintah islam (negara perempuan tu) pada waktu tu. terus, pemerintah tu hantar surat kpd negara tu, bagi AMARAN. if bnda tu berlaku lagi, mereka akn isytihar kan perang.”

see! pucuk pimpinan yg beginilah sebenarnya yg diperlukan oleh kita. pemimpin yg bertungkus lumus, berusaha utk mnjaga kebajikan rakyatnya!! bukannya pemimpin yg gilakan kuasa, gilakan duit, tamakkan jawatan, dan beli segala2 nya dgn duit. [dpt tak mksud yg saya nk smpaikan? saya tidak meng’highlight’kan perkataan ‘perang’ itu. TETAPI SAYA MAHU TUNJUKKAN BAGAIMANA PEMIMPIN ITU MELINDUNGI RAKYAT NYA~! BERSUNGGUH2 KAN?๐Ÿ˜‰ ]

saya teringat masa saya B+N dulu. smpai sekarang sy mnjadi benci. benci dgn org2 yg (saya xfaham cara peng’approach’an mereka) kpd generasi muda skrang. bagi saya, cintakan agama adalah lebih penting. sbb islam itu lengkap, dan dah diajarkan segala2nya. cumanya, kite ni je.. nk ikut ke tak? nk kaji balik sejarah islam ke tak? nak kaji apa yg para rasul dh buat ke tak?..

tahu tak? if nilai2 agama kita terapkan di dalam diri, pengamalan rakyat2 dgn islam yg sebenar2 islam (saya ulang: sebenar2 islam!), negara kita akan aman? malah, insyaAllah akan lebih dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Pencipta. contohnya, dulu la kann. semasa islam bertapak di sepanyol. sikap penguasa islam yg baik n rendah hati, telah mnyebabkan ramai org2 sepanyol memeluk islam. subhanallah. Maha Suci Allah. MEREKA BERSUNGGUH2 MEMPRAKTIKKAN ISLAM, BACA AL-QURAN, BERTINGKAH LAKU BERDASARKAN AL-QURAN! MEREKA HIDUP AMAN N TENTERAM UTK 6 ABAD LAMANYA!! mereka ikut islam. sebenar2 islam. bukan sekular~! (wallahualam. Allah juga yang lebih Mengetahui)

mereka kata negara A itu negara islam. betul ke? kalau tengok2 balik, berapa peratus je pengamalan islam yg diterapkan di dalam negara A? sedangkan hukum2 islam pun kita tak laksanakan. tidak salah menjaga sensitivity kaum lain (sedangkan ini juga diterapkan semasa zaman pemerintahan islam yg dulu, kan?). tapi, janganlah smpai hukum Allah pn kita xnak ikut.

sedar sket boleh tak? kita ni, nak apa2 pun, Allah bagi kan? ada ke setiap saat, (setiap saat!) kita berdoa kat Allah, “ya Allah, utk saat yg selepas ini, Engkau berilah aku utk bernafas dn hidup di bumiMu ini, Engkau bagilah rambut aku tumbuh elok2, kulit aku licin, spek aku tak patah, laptop ni elok bekerja tanpa stuck2..” ada ke yg berdoa mcm tu? alhamdulillah, sebab ada yg berdoa mcm tu. :)ย  tapi kita ni buat ke? berdoa ke mcm tu? kita kadang2, (saya ulang, kadang2) berdoa utk kepentingan kita je kat dunia ni.ย  itu pun, dlm kita sedar tak sedar, ALLAH BAGI JUGAK, kan? -diri, sedarlah! sedarlah miminapis! jgn jadi org yg tak sedar diuntung!-๐Ÿ™‚ [nak kena lecture dgn ayah lagi? hehe~xnak dah! terima kasih ayah!]

maka, apa balasan kita kpd Allah? kita sebenar2nya (sebenar-benar nya!) ke meng‘AGUNG’kan Allah? kita sebenar2nya (sebenar-benar nya!) IKUT APA YG ALLAH ckp ke? -jawab lah sendiri wahai hati, miminapis-

sedar tak sedar juga, kadang2 kita ambil islam kalau kite tgok bnda tu sesuai dgn kehendak kita. nau zubillahi minzalik. kalau kita rasa kita nk ikut, kita ikut. kalau kita rasa tak nak, kita abaikan. cmtu eh?

A : kenapa tak buat qisas n hudud semua?

B : ye lah, kita kan negara multi racial. nnti orang2 kaum lain kata apa plak. curik sket, potong tangan. dah abes tgn, kaki plak. lagi?

kita ni meremeh2 kan hukum Allah ke? kita hanya berfikir apa yg ada dlm pemikiran kita. pemikiran kita terbatas. kita selalu kata ALLAH MAHA MENGETAHUI kan? MAHA MENGETAHUI. jadi? kenapa kita xikut kata2Nya?(sbb tu pentingnya, bila kita berkata2, kita sematkan dlm hati n faham kan betu2!) Dia katakan sesuatu itu sebab Dia MENGETAHUI apa yg terbaik utk hamba2Nya. jadi, kenapa plak kita ni; hambaNya; tetiba je bagi macam2 alasan utk tidak melaksanakan hukumNya? bagus sgt ke kita ni? title sepanjang mana pun depan nama kita tu, (Dr., Ir, n etc) saya kira, nnti kat akhirat sana, insyaAllah Allah xkesah pun.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

yup! mmg dgn title yg sepanjang2 kat depan nama kita tu, mnndakan kita ni berilmu. ye lah kan, penat kita berhempas pulas, belajar bagai nak rak, smpai nk main pun dapat. tapi, kita selarikan tak ilmu2 itu dgn kekuasaan Allah. dgn ilmu2 yg kita dapat tu, kita LEBIH MENGAGUNGKAN Allah tak? dgn ilmu2 kita tu LEBIH BANYAK SUJUD KITA KPD ALLAH? mimi!! fikir balik. fikir balik!-

Piagam Madinah. piagam ini menjaga hak semua rakyat Madinah masa tu kan? kat situ pun dulu multi racial jgak. alhamdulillah, dgn izin Allah, Madinah mnjadi negara Islam yg pertama. bermula dgn before tu, 300org je yg memeluk islam (masa kat mekah). then, bila hijrah ke madinah, drp 300org, mnjadi 124,000org. subhanallah!! agak2 diorg ikut apa eh? pemimpin masa tu ikut islam tak? see~! ini adalah bukti bahawa, mmg tak rugi kalau sesebuah negara tu ikut islam dgn sebenar2 islam! [kite kata, SEJARAH MENGAJAR KITA KAN? ni sejarah dah ajar, tapi kenapa xikut?]๐Ÿ˜

“Wahai orang-orang yg beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yg nyata bagimu.” Al-Baqarah; 208.

soalan cepu emas: ‘kita masuk ke dalam islam secara keseluruhan tak?-jawablah miminapis~!-

ISLAM IS THE WAY OF LIFE. ISLAM IS THE WAY OF LIFE. ISLAM IS THE WAY OF OUR LIFE!!๐Ÿ™‚

no to secularism. yg mmbezakan agama n kehidupan. kenapa nak beza2 kan? islam kan lengkap. kalau dh namanya pun lengkap, kenapa kite kena masukkan bnda2 lain dan campur adukkan dlm islam? kite blend je semua2 eh?. kalau jadi ice blended honey dew, oke jugak. ini, bile dh blend, xjadi apa pun. wallahualam.

dulu, masa zaman Abbasiyyah, islam ialah ustaziyatul islam. yg bermaksud ustaz alam. mknanya, islam adalah tempatย  rujukan. [kan kalau ‘ustaz’ kite selalu pegi jumpa die tanya itu ini kan? haa..sama lah tu.] apa2 pun org rujuk islam. wahhhh~! terasa bangga tak dlm hati. to be frank, saya sangat berbunga2 dlm hati. ye la, sbb orang masa tu nmpk, islam ni sbgai tmpt rujukan. dah kalau islam tu tmpt rujukan, maknanya, pengamalan orang2 islam tu, betul lah kan? bukan sekejap, tapi 580tahun!! [kalau tak, takkan lah org lain nk rujuk. betul tak? haaa…]

nmpk tak bezanya islam sekarang dgn islam hari ni? hari ni, org lain duk tindas2 orang2 islam. kalau kat malaysia, maybe tak terasa sgt kot. (Wallahualam) sbb malaysia tu, bak kata kak wan diana, ‘comfort zone’. lihatlahย  apa yg berlaku kat turki (tahun 2002 eh? lupe dh), org perempuan islam tak boleh pakai tudung? ape hal, kan?

oh, baru2 ni. kawan sebatch saya yg baru je beberapa minggu sampai ke auckland. mereka dh kena kejar dgn mat saleh mana ntah. alhamdulillah, dgn kuasa Allah, masa diorg duk lari2 drp lelaki tu, kereta xde. so, diorg senang la nk lari n lintas jalan. dan2 je, masa laki tu nk lintas, kereta tetiba banyak! subhanallah. subhanallah. subhanallah. Allah sayang akan hamba2Nya kan? pastu, dri jauh tu la kawn2 saya dgr lelaki tu duk maki hamun islam(sbb kawan2 saya tu kan pakai tudung. maka mamat tu tau lah yg diorg ni islam.) keluarlah perkataan2 yg kalau kita sndiri dgr, kite pun rasa macam nk bagi ‘body glove’ n buat ‘side kick’ je kat die. sedih tau bila org duk caci maki islam. do all of us have this sort of sense?

cuba bayangkan kalau kita2 sekarang berada di zaman khalifah. saya ambil cth kwn2 saya yg dikejar oleh mat saleh ni la ye. kalau betul2 pemimpin negara asal kwn2 saya tu mnjaga kebajikan rakyat nya, mesti tindakan akn dibuat kan? tapi skrg?…yg mengejar terus bebas, yg dikejar mnjadi takut utk bergerak.

kwn saya pernah ckp, “….jadi takut nk bergerak kat sini sbb kita bertudung.” saya terkejut sbnrnya, langsung saya yakin kan dia,(insyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan kami di bumiNya ini.) “…., kite xpayah rasa takut sangat. tapi kena berhati2 lah. Allah n RasulNya dh kata, dgn bertudung, menutup aurat semua, insyaAllah, kita xkan diganggu. itu kata2 Allah. kita pegang je lah. n letak kepercayaan n keyakinan yg sebenar2nya kepada Allah. jgn sekali2 kita ragu. kita amalkan cara hidup islam yg betul2. walaupun kita sekarang berada di negara yg bukan majoriti nya islam. insyaAllah kita selamat. cuma kita kena lebih berhati2, nak2 senior pun kata, orang2 kat sini, islamophobia.”

ungkin ada yg akan kata, “kat turki n etc tu, ada je org pakai tudung, tapi diorg xselamat pun. kena tindas je. kat malaysia pun, ada je yg perempuan yg kehormatan nya dicabul tapi pakai tudung..”

…maka, “sekarang ni kita tnya balik diri kita. kita ni betul2 tak yakin dgn kata2 Allah dan RasulNya? kita bertudung n tutup aurat sebab apa? sbb kita fikir kita cantik bila pakai tudung? (alhamdulillah, sbb Allah bagi kecantikan pada kita) sbb kita ikut mak kita pakai tudung? (alhamdulillah sbb kita ada mak yg tunjukkan teladan yg baik kat kita, kan?๐Ÿ˜‰ ) kalau kita betul2 yakin! betul2 percaya! dgn menutup aurat, kita akan selamat n dilindungi, kenapa dgn perkara2 yg berlaku di sekeliling kita boleh menyebabkan kita tertanya2 dgn apa yg kita amalkan selama ni? kita pun kena ingat ni, “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dgn mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? ” surah Al-Ankabut;2. Bila perkara2 mcm tu berlaku, itu maknanya Allah nk uji kita. sejauh mana kita percaya dgn amalan kita yg kita kata adalah ibadah kita kepada Allah??!” -Ya Allah Engkau teguhkanlah hati-hati kami ini di jalanMu ya Allah-

“Yang memutarbalikkan hati, TEGUHKANLAH HATI-HATI KAMI DIATAS AGAMA-MU…” -doa Rasulullah SAW dan diamalkan oleh Saidina Umar.

kalau kami2 yg berada jauh berbatu nautika dr malaysia ni tau apa yg berlaku di negara yg terchenta skrg, insyaAllah, mereka yg berada ditanah darah tumpah pun tau apa yg berlaku kan? apa komen anda?

“malas ah nk ckp pasal p0l!+!k ni. p0l!+!k ni kotor.” –erm, dlm islam pun ada jugak politik tau. jgn xtau! p0l!+!k tak kotor, org je yg mengotorinya~–

ini saya ambil drp blog seorang fasi.

10. Ada orang kata politik ni kotor. Tapi politik dikotori tangan kotor orang yang kotor. Politik tak kotor. Politician paling hebat di dunia ialah Nabi Muhammad.

bila dunia ada dalam hati, apa pun kita xfikir dh kan? yg kita tau, diri kita, diri kita, diri kita! pangkat kita, pangkat kita, pangkat kita! duit kita, duit kita, duit kita! smpaikan hak org pun kite nk ambik, sampaikan kepercayaan orang kpd kita pun kita ‘hapuskan‘, sampaikan keselamatan n keamanan negara pun kita xendah, kan? astaghfirullahal ‘azim.

“….Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yg memperdaya. Kamu pasti akan diuji dgn hartamu dan dirimu…” Al-Imran;185, 186.

di atas ini ialah ayat2 Allah.

dan ia tidak bermaksud kita boleh terus mengabaikan hal2 dunia. disebabkan itu jugaklah, bila kita ada harta@pangkat (yg sebenarnya pun diberikan oleh Allah~!) kita patut ingat Allah! syukur kepada Allah! supaya kita xlupa dan leka. supaya kita xkan terus hanyut dan terpedaya dgn nikmat2 di dunia ini. nikmat adalah sesuatu yg perlu disyukuri, bukan dibanggai atau pun ditunjuk2. sebab itu lah pentingnya (kepentingan!) kita untk mndalami islam dgn sebenar2nya. sebab, setiap apapun dh diajar oleh Allah dan RasulNya. (even nk berkerajaan pun islam dah mengajar umatnya. umat nya, oooo, umat nya…dh ikut ke?)

cthnya, bila kita dpt nikmat n rezeki, kita sujud syukur kpdNya.

“Mereka itulah orang yg telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan ari org yg Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israel (Yakub) dan dari org yg telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat2 Yang Maha Pengasih kpd mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis.” Surah Maryam; 58

subhanallah. mereka ialah orang2 yg telah diberikan rezeki oleh Allah. (kita lah tu kan?) dari keturunan para nabi dari keturunan Adam (kita lah tu kan?) apabila dibcakan ayat2Nya, mereka tunduk, sujud dan menangis (kita ke? insyaAllah..sama2 kita letakkan Allah dan islam di dalam HATI KITA!!)๐Ÿ™‚

———————————————————————————————————–

saya bersyukur kepada Allah SWT. pagi ini,(sementara menunggu kawan2 lain bangun utk subuh berjemaah), saya tergerak hati utk mmbuka blog kak intan nadia. malam semalam, saya buka iluvislam.com dan baca tentang ‘kekalutan politik di perak. tak cukup dgn tu, saya YM dgn along, ckp pasal bnda ni jugak.

semalam, saya berniat utk menulis tentang ini. tentang pergolakan yg berlaku di negara sendiri (walaupun saya tidaklah mengulas dgn lanjut, sbb semua org pun mcam tau je kan~) somehow perasaan takut datang. entry yg ditulis oleh kak intan nadia n fasi yg ini, sedikit sebanyak memberi pengajaran kpd saya.

dulu, saya pernah menangis di B+N, sbb saya sedih dgn kata2 yg dikeluarkan oleh mereka yg bertanggungjawab utk memimpin kumpulan saya. (Saya kira mereka brckp dgn tidak meletakkan agama ditempat yg pertama. wallahualam). n saya kata, “saya benci berada di kem B+N ini!” tapi disebabkan masa tu saya jadi penghulunita, saya tabahkan hati, saya kuatkan semangat, dgn harapan, bila dpt fly, saya akn berusaha utk mmbwa islam.(kuat lah miminapis! kuatlah!) utk bagitau kawan2 tentang apa yg saya tahu (dan betulkan kalau saya silap). maka, entry ini selesai ditulis.๐Ÿ™‚

terima kasih kpd kerajaan (encik MARA) yg telah menghantar saya di sini, utk menuntut ilmuNya yg Maha Luas ini. dalam masa yg sama mndpatkan sinar hidayahNya, serta tarbiyah yg diberikan olehNya. jasa mu hanya dapat dibalas oleh Allah, dan doakan lah kami, duta-duta kecil ini selamat dlm menuntut ilmu2 Nya. kami juga insyaAllah akn mndoakan keselamatan dan keamanan Malaysia. supaya terus berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT. agar yg ‘berusaha untuk islam’ akan kekal bersama dalam pucuk pimpinan dan sebaliknya. insyaAllah. (mcm buat salam perantauan la plak.. hehe๐Ÿ˜› )

kepada siti fairuz sallehudin, “kite akn selalu ingat kata awak n ain haris, masa malam kita kat pondok tu. masa kat kem B+N. terima kaseh..๐Ÿ˜‰ “ (cepat datang bumi kiwi ni eh~ kite tau awak xsabar2 nk jumpa kite. haha~)

kepada along, kak intan nadia, fasi yg ini, iluvislam.com, kak wani terima kasih utk semua info2. terima kasih juga sbb sedikit sebanyak menyedarkan saya, yg kadang2 ni, malas nk tahu pasal bnda2 mcm ni. (hehe. malu je~ nur syamimi mohamad napis, sile jadi rajin! -baik~!-)

wallahualam. correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

-nur syamimi mohamad napis-

5 Responses to “waitangi day vs khalifah”

  1. kaamyl February 7, 2009 at 9:44 pm #

    salam mimi~

    sesungguhnya mimi sgt bertuah sbb ada kakak2 sr kat sana yg boleh guide mimi. perbincangan pasal kerajaan2 islam dulu.. mesti sangat menarik! kamel pun rindu sangat usrah n tarbiyyah. hmm..

    maka, thanks for sharing dekat sini! =)

  2. fairuz February 8, 2009 at 9:06 pm #

    Yalah. kita tak sabar atau awak yang tak sabar.. erm.. nak dapat baju? haha.
    lawak pulak bila teringat kisah org tu menangis malam2 di bawah sianaran purnama, u knw who;)

  3. attfina February 10, 2009 at 5:22 pm #

    penulisan yg bgs.yg xtahu mjd tahu.smoga idea2 penulisan mimi makin byk utk menulis di masa2 akan dtg.thanks:)

  4. ust sofi February 11, 2009 at 7:58 pm #

    tahniah,ust berbangga dengan penulisan kamu. Teruskan menggali ilmu Allah.Pegang Islam walau dimana kita berada PASTI kita kan selamat.Itu Janji Allah dan RasulNya

  5. miminapis February 11, 2009 at 8:21 pm #

    kaamyl : tu lah.. alhamdulillah๐Ÿ™‚ kite ni dah la selalu je lupa n lalai. Allah mempertemukan kami utk saling ingat-mengingati, insyaAllah.๐Ÿ˜‰
    p/s – men’jeles’i kaamyl yg sedang seronok dgn encik snow. hehe.

    fairuz : hehe. cepat..cepat~! nk baju.๐Ÿ˜€ doakan kite dpt bertemu ye!

    kak attfina : saya pun, drp lupa jadi ingat balik. alhamdulillah, segala puji bagi Allah.๐Ÿ˜‰ [sama2.๐Ÿ˜€ ]

    ust sofi : [terkejut~!] terima kasih ustaz. ustaz pun byk ajar kami masa kat kolej dulu. [walaupun kami (saya la kot sbnrnya..~ ) sering diganggu oleh ‘anasir2-yang-tidak-kelihatan-dek-mata’,time period agama dulu. hehe~ malu sudah..]๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: