jumaat di Kilbirnie

30 Jan

kami ke Kilbirnie lagi. ke pak n save. utk mmbeli brangan dapur.πŸ™‚

turun dri bus, mahu ke pak n save, saya terjumpa seorang orang. berjubah hitam, berkopiah putih, mahu melintas jalan, bertentangan arah dgn kami. dlm hati saya, “mesti org ni baru balik dri masjid…solat Jumaat.” tgok jam, dah pkul 3.00petang. kami semua sudah terlebih dahulu solat di rumah. alhamdulillah.πŸ™‚ dari jauh, kelihatan kubah masjid kilbirnie yg berwarna putih itu.πŸ™‚ saya jadi gembira.sbb dh lama xjumpa kubah masjid kot.πŸ˜€

kemudian, kami ke asian food specialist dulu. masa nk bayar, ada sorang budak kecil (lebih kurang 4tahun kot~!) menjerit. “mummy!”. dlm hati, “eh budak ni, bising2 plak..” [herk~ jahat nye la kamu ini miminapis.] rupa2nya budak itu ialah anak kepada seorang aunty ni. dan aunty itu ialah orang Malaysia n bertudung. alhamdulillah, saya gembira lagi~!πŸ˜‰

kemudian, kami bergerak ke pak n save. kat dalam tu, jumpa lagi, beberapa orang perempuan Muslim yg memakai tudung. saya pun gembira lagi~!πŸ™‚

nak keluar dr pak n save, jumpa lagi seorang aunty ni. pakai jubah hitam n tudung hitam. cantik~! subhanallahπŸ™‚

kesimpulannya, saya gembira hari ini. pada hari Jumaat ini, di Kilbirnie. saya jumpa agak ramai yg berpakaian menutup aurat. [oh, sebenarnya taklah ramai pun. lebih kurang 6orang je kot. tapi kalau nk di compare kan dgn hari2 biasa, kami hanya berlegar2 di wellington city. yg kebanyakan orang nya tidak menutup aurat; maka, better lah hari ini. sebab jumpa lebih drp seorang yg menutup aurat (selain drp kami2 ini~).πŸ™‚ ]

tambah2 sekarang musim summer, maka, ramai lah yg sunbedding.😦 [melihat aurat orang ialah dosa kecil kan? dosa kecil bila dah kumpul2, jadi besar! ] <–ini ayat kak wani~! hehe.πŸ™‚

masa dlm bus, perjalanan pulang. kami ter’lihat’ ‘drama Melayu’. Allah Maha Mengetahui.😐

kemudian, naiklah seorang ibu bersama anaknya di dalam pushchair. (orang Maori, kot~) bus itu pun merendahkan ketinggiannya, utk memudahkan si ibu menolak pushchair. besar je pun anaknya. dlm 3tahun kot. tapi kesian lah tgok muka budak tu, macam penat sangat je. si ibu berusaha menolak pushchair si anak (berat kot~) dlm keadaan laluan tgh2 dlm bus tu yg muat2 je pushchair budak tu. pastu, barang di kiri n kanan. pengorbanan seorang ibu kan? saya jadi sayu n kagum dgn si ibu. si ibu, sambil menolak pushchair tu, menyebut2, “eiyyaahh..eiyyahh..” “ho..ho..” “a little bit more..”..(macam kata2 perangsang kpd diri sendiri lah kot.)

masa nk turun tu, bus itu pun mnyengetkan badannya lagi. agak susah utk turun walaupun bus tu dah senget sket. bagi saya si anak tu agak berat lah jugak, sbb die dah besar kan. smpai senget2 tayar pushchair tu si ibu menolak. saya berniat mahu menolong, kemudian, si ibu berjaya mengawal keadaan. (sambil memberikan kata2 semangat kpd diri nya~)

huk~ saya terharu dgn pengorbanan seorang ibu. bersusah payah utk anak. sebenarnya, saya ckp je dlm hati, “eh budak ni, jalan je la. kesian emak nya nk menolak. dgn barang2 kiri kanan lagi. ” tapi, bila tgok muka budak tu macam penat sgt, maka, saya pun kesian dgn budak tu jugak.πŸ˜€

masa dh turun si ibu dan anak itu, saya terfikir, “kenapa emak nya nk bawak sgt anak nya tu? beli barang je kot. apa kata tinggal je anak kat rumah. suruh ayah nya jaga. “ pastu saya terfikir balik, ” eh, naluri seorang ibu, hanya ibu dan Penciptanya je yg mengetahui. seorang ibu mesti sayang kan anaknya kan? tak kan nk main tinggal je. sama lah dulu, saya dpt Uni of Auckland dan Victoria Uni of Welly ni. kemudian, kalau ikutkan mak, mak suruh pilih Auckland. sbb? sbb fly lmbat sket. ayah plak, suruh pilih Welly. sbb? sbb fly awal. ayah kata, fly awal, balik awal. mak plak kata, fly la lambat sket, boleh duduk Malaysia lama sket.πŸ˜€ “

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sebab itulah, ‘syurga dibawah kaki ibu’. ibu yg lahir kan anak. maka, seorang ibu amat sayangkan anaknya, kan? subhanallah. langsung saya hapuskan kata2 saya yg ini. “kenapa emak nya nk bawak sgt anak nya tu? beli barang je kot. apa kata tinggal je anak kat rumah. suruh ayah nya jaga. “. sbb? sbb saya tiada lagi naluri keibuan itu (kot! hehe.). maka, lebih baik saya jgn berkata2 tntg sesuatu yg saya tak rasainya lagi. tunggu dh ada seorang, baru ckp! [haha~]

teringat tentang semalam, saya berYM dgn along.

along : mimi, ko dgr tak cerita yg pensy@r@h g@j! rm4,400 tak mampu tanggung mak ayah?

mimi : herk~ oo eh? xtau pa pe pun.

along : ko memang, ape je la yg ko tau. kat seremb@n.

mimi : oo eh? mintak2 kita ber6 dijauhkan drp semua tu kan. nau’zubillahi minzalik.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

saya rindu nak salam n cium mak n ayah~! huk.😦

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kpd kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dlm keadaan lemah yg bertambah2, dan menyapihnya dalam usia 2 bulan. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tua-mu. Hanya kepada Aku kembalimu.” Surah Luqman, ayat 14.πŸ™‚

wallahualam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

One Response to “jumaat di Kilbirnie”

  1. nadiahuri February 11, 2009 at 8:31 am #

    “bas itu pun merendahkan ketinggiannya…”

    bagaimanakah? *garu2 kepala*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: