‘keluarga’ mingguan & hadis kotak?

18 Jan

kami ada perjumpaan mingguan macam biasa. kali ni buat kat rumah Kak Iynas, Kak Najwa n Kak Pa’ah.🙂 lepas baca Al-Ma’thurat, kak wani pun teruskan dgn pengisiannya.

kak wani : ..hari ni kita nk ckp pasal sesuatu yg pasti! rasa2 apa yg pasti! kat dunia ni?

ada org jawab : kematian.

‘KEMATIAN’ lah yg pasti, kan? kak wani pun tunjukkan 1 hadis. kak wani kata ‘hadis kotak’.(xtau la mmg nama hadis tu ‘hadis kotak’, @ kak wani yg namakan hadis tu ‘hadis kotak’. wallahualam.😀 )

(i) buat 1 garisan panjang.

(ii) pastu buat senggat-senggat kat garisan panjang tu.

(iii) senggat 1st, tulis ‘baby’, senggat 2nd, tulis ‘masuk sekolah’, senggat 3rd, tulis ‘UPSR’, next senggat ‘PMR’, next ‘SPM’, next ‘IB’, next ‘Vic’, next ‘grad’, next ‘keje’, next ‘kawin‘, next ‘g jalan2 dgn family‘, next ‘tua’.. (buat lah sebanyak mana senggat yg boleh..😀 )

(iv) then, kita rasa, antara senggat2 tu, kat area mana, nyawa kita akan ditarik? area mana berakhirnya kehidupan kita kat dunia?

img_3954_1

kirenya garisan pnjang tu adalah life span kita, perancangan kita. dlm masa kita merancang itu ini, sbnrnya kita boleh ke ‘confirm’ kan yg kite mmg pasti@dapat buat apa yg kita dh rancang tu? alhamdulillah, dlm perancangan kita tu, mana yg kita dh dpt capai, jangan lupa mengucapkan syukur kepadaNya. :)  kita boleh berusaha, tapi Allah adalah sebaik2 Perancang, kan?’ -oh, saya suka sebut ayat2 ini.🙂 –

ini saya ambil drp soft copy ‘Riyadhus Shalihin – Taman Orang-Orang Salih’. Rujukan: 575. page 280-281.

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Nabi s.a.w. menggariskan suatu garis berbentuk persegi empat dan menggariskan lagi suatu garis di tengah-tengahnya yang keluar dari kalangan persegi empat tadi, juga menggariskan lagi beberapa garis kecil-kecil yang menuju ke arah garis di tengah-tengah itu dan keluar dari arah tepinya yang tengah, lalu beliau s.a.w.
bersabda: “Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya meliputi diri manusia tadi,atau memang telah meliputinya. Garis yang keluar dari kalangan ini adalah angan-angannya, sedang garis garis kecil-kecil ini adalah barang-barang baru yang mendatanginya – yakni apa-apa yang dapat ia ambil dari keduniaan, berupa kebaikan atau keburukan. Jikalau ia terluput dari yang ini – yakni bencana yang satu, tentu ia terkena oleh yang ini – bencana yang lainnya – dan jikalau ia terluput dari yang ini – bencana yang satunya lagi, maka ia tentu akan terkena oleh yang ini – bencana yang lainnya pula.” (Riwayat Bukhari)

Ini adalah gmbrnya: untitled

sebenarnya, ini bukan untuk menakut2 kan kita. bukan untuk mengatakan bahawa, kita manusia ini tak layak utk merancang or etc. tapi, untuk menyedarkan kita, betapa perlunya kita utk berbuat amal kebajikan selagi kita hidup di atas dunia ini. saya pernah terbaca, “orang2 yg bijak ialah orang2 yg sentiasa mengingati mati”. bukan kah kita semua mengidamkan utk jadi ‘bijak’? maka, selalulah mengingati mati.🙂 -insyaAllah.sbb saya ini kadang2 lupa.😦 –

let say, kita tgh dgr azan, xkire lah drp azan software ke apa ke kan. sbgai hambaNya yg kerdil ini, saya pun kadang2 terlintas jugak dlm hati, ‘xpelah. kejap lagi..’. bila kita fikir balik, ‘confirm ke kejap lagi tu, kita akan hidup? ntah2 ini adalah sentuhan terakhir kita pada keyboard laptop ni. nak ke pergi ke alam 1 lagi, dlm keadaan x bersolat? nau’zubillahi minzalik.’ -Ya Allah, kuatkan lah keimanan kami kepadaMu. kuatkan lah keimanan kami kepadaMu. kuatkanlah keimanan kami kepadaMu. amin.- [saya pun suka bgi contoh yg solat ini. sbb saya sedang melatih diri sendiri sebenarnya. melatih diri utk berbuat baik, melatih diri utk selalu mengingati mati, melatih diri utk solat exactly after azan. oh, diri~! istiqamah lah. istiqamah lah.😀 ]

kak wani pun ada ckp, dlm neraka nnti, kebanyakan org yg memenuhi nya ialah mereka yg kerap kali menggunakan perkataan ‘nanti’. Insya Allah is better kan?🙂

“Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi.” Al-Kahf: 23.

“kecuali (dgn mengatakan), InsyaAllah..” Al-Kahf: 24.

dlm tafsir saya ni, ada footnote (footnote ke eh orang panggil? layan..😛 ) kat perkataan ‘Insya Allah’ tu.

[492. Menurut riwayat, ada beberapa org Quraisy bertanya kpd Nabi Muhammad SAW tentang roh, kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu baginda mnjawab, datanglah besok pagi  kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Dan baginda tidak mengucapkan insyaAllah (ertinya jika Allah menghendaki). Tapi rupanya sampai besok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka, turunlah ayat 23-24 di atas, sebagai pengajaran kpd Nabi; Allah mengingatkan pula bilamana Nabi lupa menyebut insyaAllah, haruslah bersegera menyebutnya kemudian.] -oh,xtau kenapa, tiba2 saya gembira sebab dpat menulis keseluruhan footnote ini, alhamdulillah.😉 –

kak wani kata, ini drp Saidina Ali, tentang kenapa perlunya kita bertaubat:-

*sbb kita kurang rasa takut kpd Allah.

*sbb kita kurang bertakwa.

*sbb kita tak pernah rasa cukup dgn nikmat yg Allah bagi.

“Yang membezakan antara 2orang yang berdosa ialah kesegeraan mereka dalam melakukan taubat.”

apa yg kita perlu buat? fikir~! fikir~! fikir~! ingat~! ingat~! ingat~! paling tidak pun, kita ingatlah kepada saudara2 seagama kita yg berada di bumi Palestin sekarang. bagai ‘nyawa dihujung tanduk.’

Istiqamah lah diri. Istiqamah lah diri. Istiqamah diri dlm beramal kepadaNya. amin ya Rabbal ‘Alamin.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahualam. correct me if I am wrong.

One Response to “‘keluarga’ mingguan & hadis kotak?”

  1. hairyporter July 29, 2009 at 7:51 pm #

    dalam kitab lain yang saya baca, lebih kurang begini rupanya kotak kehidupan tersebut: http://img34.imageshack.us/i/hadiskotak.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: