org nk peti ais.

9 Jan

orang mintak peti ais. bukan 1, tapi banyak.

kita agak, kita  nk bagi tak? kesian tau. sangat kesian.

saya ada peti ais, tapi saya tahu bukan peti ais seperti peti ais saya yg mereka nak.

tapi mereka itu saudara saya.

mereka sgt2 memerlukan peti ais.

bukan satu kot diorg perlukan, tapi banyak~!

tapi, saya tahu, peti ais yg diorg nak lagi besar.

sbb peti ais diorg utk simpan orang.

terbaca tajuk ini, “Hospital Gaza merayu pada dunia untuk membekalkan rumah mayatnya dgn unit-unit peti ais.”

saya jadi sebak. saya jadi sayu.

betapa ramainya saudara2 saya yg terbunuh di dunia sebelah sana.

kalau ikutkan hari ini, bilangan yg syahid di bumi Palestin sana, mencecah 765 orang!!!

plus, 3000 lebih yg cedera.

[xfaham betul la orang2 Israel ni macam mana. diorg takde perasaan kesian LANGSUNG eh?]

saudara2 ku,

saya hanya mampu berdoa, bersolat hajat dan menghulurkan bantuan sebanyak yg boleh.

saya tidak mampu utk bagi peti ais; walaupun 1!

bacakan ini pula,

“Dr Hussein Ashur, pengarah kompleks perubatan Shifa, berkata tiada lagi ruang dalam unit dan mayat-mayat terpaksa dibiarkan bertaburan atas lantai di dalam bilik itu”..

apa yg kamu rasa?

mayat2 dibiarkan bertaburan atas lantai~!!

astaghfirullahal ‘azim. mereka saudara2 kita kan?

saudara yg kita xpernah jumpa. saudara yg kita xpernah nk bercakap.

tapi mereka tetap saudara kita!! saudara seagama kita.

“when you called yourself a Muslim, brother to another Muslim. don’t u let him down! don’t u bring him down! don’t u dare to look down upon him.. his blood, property and honor a secret… takwa is ini here! in here! in here! (the Prophet Muhammad SAW, pointed his chest 3 times..) in your heart…” -ini adalah lagu ‘Brotherhood’ drp Xifu & The Algebra.-

apa agaknya perasaan kita,

bila kita tengok saudara2 kita (saudara2, sepupu2 kita) mayatnya dibiarkan bertaburan di atas lantai?

nauzubillahiminzalik. nauzubillahiminzalik. nauzubillahiminzalik.

Ya Allah,

Engkau bebaskanlah, selamatkanlah dan amankanlah bumi Palestin,

utk saudara2 seagama ku yg berada di bumi itu,

Aku mohon kepadaMu agar Engkau tabahkanlah hati mereka,

Kuatkanlah semangat mereka untuk menghadapi hari2 muka di bumiMu ini ya Allah,

jika Engkau takdirkan mereka untuk gugur di medan perang,

Engkau gugurkanlah mereka sebagai orang yg syahid,

Yang telah Engkau janjikan syurga buat mereka.

aminn ya rabbal alamin.

ini ayat2 yg saya ambil dr sini.

“Israel kelihatan tidak mahu memberhentikan serangan kejam mereka terhadap Gaza selepas 13 hari serangan bertubi-tubi. Tumpuan utama serangan terbaru adalah Hospital as Shifa. Dah la kemudahan tidak mencukupi, bantuan luar disekat dan rumah mayat penuh, tetapi Zionis laknatullah tetap ingin menyerang hospital. Apakah pejuang HAMAS menyorok di Hospital? Katanya mahu menumpaskan HAMAS, tetapi mengapa turut membedil rakyat biasa?”

–betul! betul! saya sangat setuju dgn 2 ayat diatas. kalau betul kata nk tumpaskan HAMAS, kenapa nk serang hospital? tipu! tipu! tipu! dulu, arwah atuk kata, kalau menipu tak masuk syurga~! ayookk..

hosamsersawiage6-92006sumber : http://palestinkini.info/

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

2 Responses to “org nk peti ais.”

  1. Ezati January 9, 2009 at 2:59 pm #

    hmm.. xtau nak kata ape..mga Allah kuatkan semangat saudara kita kat sana,, Allahuakbar!!!

  2. zikrilhakiim January 10, 2009 at 12:32 pm #

    mimi,entry nih btol2 insapkn kta..well done!keep it up

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: