ayah kata baca lepas Asar n Maghrib..

28 Dec

kami dijemput oleh kak wani utk ke rumah kak aisyah selepas asar ini. untuk mmbacakan doa akhir tahun, bersolat Maghrib berjemaah, mmbacakan doa akhir tahun dan sedikit pengisian.

saya teringat ayah. sehari sebelum masuknya awal tahun Hijrah, ayah akan mem’fotostat’kan doa akhir tahun dan doa awal tahun untuk kami sekeluarga. ayah akan bagi setiap seorang drp kami adik-beradik.

“baca doa akhir tahun lepas Asar nnti. doa awal tahun tu pulak baca lepas Maghrib nanti. baca 3 kali, baca elok-elok dan fahamkan maksdunya..”

boleh dikatakan, every year ayah akan fotostatkan utk kami, sbb every year doa tu akan hilang. hehe. teruk nye lah. tapi last year, alhamdulillah, saya dan along masih simpan doa tu. maka, ayah xpayah nk fotostat kan lagi.πŸ™‚ mesti ayah berbangga dgn kita kan, along? sbb kita x hilangkan doa tu dah. heheπŸ˜€

huk~ sebak plak. kat sini, takde siapa pun yg nk ingatkan. alhamdulillah, kak wani bagi pesanan kat kami. sungguh saya ini tidak alert.😦

tapi, saya lupa utk bawa doa tu ke sini, before fly dulu. mmg xteringat langsung. yup~! boleh je carik kat internet pun, tapi, kalau bnda tu ayah yg bagi, lagi lah bersemangat kita nak baca. sentimental la plak.πŸ˜€ [nak tepon ayah la malam ni~!! insyaAllah.πŸ˜‰ ]

tadi, saya cari kat internet doa awal tahun dan akhir tahun. alhamdulillah, berjumpa jugak. saya salin kan dlm buku. dlm keadaan yg tergesa-gesa jugak.😐 lepas baca Al-Ma’thurat, saya bacakan doa tu. nak kongsi2 dgn housemates, diorg pun dah ada doa tu, alhamdulillah.

ni saya copy paste doa akhir dan awal tahun. (sumber: http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html)

DOA AKHIR TAHUN

akhir-tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN

awal-tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

wallahualam. correct me if I am wrongπŸ™‚

One Response to “ayah kata baca lepas Asar n Maghrib..”

  1. fairuz December 28, 2008 at 10:46 am #

    Thanks:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: