kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan. :)

19 Dec

kepada kamu-yg-tidak-mahu-saya-namakan,

saya tidak tahu dimana harus saya mulakan penulisan ini.

cumanya sekarang, point yg saya mahu sampaikan ialah saya cuba utk berlapang dada dgn kamu. InsyaAllah.

tentang segala yg berlaku antara kamu, saya dan rakan2 yg lain.πŸ™‚

semua orang pun mahu menjadi baik kan?

disenangi dan dikasihi oleh orang sekeliling, terutamanya rakan2 seperjuangan.

bukan kah kamu juga?πŸ™‚


kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan,

saya tidak mahu berkata-kata tentang siapa yg salah, dan siapa yang benar,

kerana manusia penuh dgn emosi.

terutama kita2 ini; golongan Hawa, mudah benar utk bertindak mengikut nafsu.

kesalahan yg kecik pun kdg2 mahu dicanang2 kepada semua orang.

kadang2 org yg tak berkaitan pun mahu diceritakan. (exaggerate kot ni. tapi xmustahil ada je yg begini~)

astaghfirullahalazim, semoga kita semua terhindar drp sifat itu.

kamu tahu?

“what you give, you get back.”

jika kamu tidak memberi, kamu tidak akan mendapat apa2.

satu kebaikan yg kita berikan, sepuluh kebaikan akan dibalas oleh Allah. insyaAllah.πŸ™‚

jika kamu katakan, kamu tidak mahu ini, sedangkan sahabat2 yg lain, mahu. maka, saya kira tidak perlu utk kita terlalu berkira. kerana saya yakin, apa yg dibeli oleh sahabat2 itu, bukannya sesuatu yg mendatangkan pembaziran. ianya utk kemudahan dan kebaikan bersama.πŸ™‚ insyaAllah.

kita sekarang ini berada dalam satu komuniti kan?

kita kan berada di negara orang. jauh daripada pengawasan mak dan ayah.

sekarang, apa yg perlu ialah kebergantungan kita kepada Yang Maha Pencipta kan?

dalam mndaptkan apa yg kita mahu, cukup kah sekadar ber‘tawakkal’ kepadaNya tanpa berusaha?

sedangkan kita sebenarnya perlu utk mencari jalan.

contohnya, saya ini tidak reti utk memasak, maka, adakah saya hanya perlu berkata “xpelah. aku serah je pada Allah. nnti aku pandailah masak..”

bukankah sepatutnya saya perlu belajar bersama2 dgn rakan2 yang pandai masak?

apabila mereka ke dapur, sertailah mereka.

pandang, belajar dan ikut apa yg mereka buat.

insyaAllah, biiznillah (dgn izin Allah), lama-kelamaan saya akan pandai memasak.πŸ™‚

Allah bersama-sama orang yg gigih berusaha. Dia tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya yang berusaha. Jika apa yg kita usahakan itu baik utk diri kita, keluarga kita dan Islam, insyaAllah, Allah akan dekatkan apa yg kita hajati.πŸ™‚

Niatkan belajar memasak krn Allah; agar kelak, kita dapat memasak. membantu rakan2 jika mereka sibuk. bukankah itu sudah dikira seperti tolong menolong? Tolong menolong sesama Muslim, mampu merapatkan ukhuwah antara kita. kamu percaya? saya percaya~!πŸ˜‰

Niatkan untuk bergaul dgn rakan-rakan, kerana Allah. agar apabila kita terlalu gembira, ada yg mengingatkan. agar apabila ada yg melakukan kesalahan, ada yg mengingatkan. bukankah tegur menegur ke arah kebaikan itu amat digalakkan? bukan untuk menunjuk2 kelebihan diri; tetapi krn mahu mengingatkan diri sendiri dan rakan2.πŸ™‚

kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan,

saya simpati dengan kamu. sungguh~! sejak dari awal lagi. krn kamu pernah meluahkan perasaan kamu kepada saya.

tentang orang itu yg bertindak sebegitu kepada kamu.

tentang orang ini yg bertindak sebegini kepada kamu.

saya simpati. saya berada di tengah2 tatkala itu.

kerana kamu dan orang itu, kedua2 nya bercerita kepada saya.

maafkan kerana kelemahan saya, saya tidak mampu utk berikan nasihat dan pandangan yg bernas.

tapi, saya berterima kasih kepada kalian, kerana pengaduan kalian kepada saya, banyak memberikan saya pengajaran tentang manusia.

manusia yg berbeza pandangan. berbeza emosi. berbeza cara pemikiran.

‘rambut sama hitam, tapi hati lain-lain’.

itu semua membuatkan saya untuk berhati-hati untuk bergaul.

berhati-hati bila berkata-kata agar tiada yg tercalar hatinya.

berhati-hati dlm perbuatan, agar tiada yg terguris hatinya.

saya cuba sedaya upaya, tetapi maafkan juga jika sekiranya saya gagal.

kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan,

semalam. tentang perkara itu. kamu tentu ingatkan? insyaAllah.

saya berasa amat bersalah. krn menjawab sebegitu. percayalah, saya sedaya upaya untuk berlapang dada dgn kamu dan semua. kerana saya kan mahu jadi baik. insyaAllah.πŸ™‚ [walaupun xlah baik sgt pun kan.πŸ˜› ]

tapi, bagi saya, tidak akan berhasil jugak, jika hanya satu pihak sahaja yg cuba berlapang dada. sedangkan satu pihak lagi, tidak. kerana saya juga manusia biasa; yang setiap saatnya, tidak akan terlepas utk digoda oleh syaitan.

sesungguhnya, Allah bersama orang yg bersabar. benar~!:)

mungkin, kalau di rumah, kita ini jenis yg sudah biasa untuk mengarah2, wallahualam.

maka, tidak sesuai kot untuk diimplankan pada saat ini. kerana kita sama-sama saling memerlukan.

tiada yg menjadi ketua, yg hanya suka mengarah.

tiada yg menjadi anak buah, yg hanya akan menurut arahan.

semuanya mesti bekerjasama. semuanya mesti bertolak ansur.

maka, jika ternampak oleh kita, rakan2 sedang memasak; maka marilah sama2 menolong.

jika ternmpk oleh kita, rakan2 sedang mengemas; maka marilah turut sama mengemas.

jika tidak tahu apa yg perlu dibuat, maka bertanyalah.

insyaAllah tidak akan ada sesiapa pun yg akan marah.πŸ™‚


kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan,

jika kamu perasan, banyak kali juga saya bagi hint kepada kamu apabila kamu mengadu kepada saya tentg sesuatu.

dengan harapan; saya dan kamu dpt sama-sama mengubah apa yg kelihatan jelek di pandangan org.

namun, mungkin kamu tidak dpt hint itu. maafkan saya krn saya tidak berterus terang dlm menasihati.

kerana, saya sedaya upaya berlapik. agar kamu tidak berasa hati.

mungkin ‘keberlapikan’ itu telah menjadi penghalangΒ  untuk kamu menerima kan?

maka, sebab itu lah, malam semalam, saya seperti telah sound direct.

kamu ingat saya suka bertindak demikian? sungguh, jika saya berada dlm situasi kamu, saya akan berkecil hati.

dan, mungkin juga saya akan kata dlm hati, “ahhh..aku nk balik Malaysia malam ni jugak!!”

cuma saya mahu kamu tahu yang satu ini.

saya xtahu, jika apa yg saya lakukan ini salah dan membawa kemurkaanNya. astaghfirullahalazim.

saya katakan dlm hati saya, “Aku lakukan ini keranaMu ya Allah. agar kami sama2 mndapat keredhaan dan keberkatanMu ya Allah. Kau permudahkan bagi kawan ku ini utk mndptkan apa yg mahu aku sampaikan. kerana aku xmampu untuk berterus terang dgn nya. aku takut ada yg terasa hati. Kau permudahkanlah urusan kami ini ya Allah.”

kerana saya mahu rasakan ukhuwah yg indah antara kita semua. ukhuwah yg terbina kerana Allah. kerana ukhuwah yg dibina kerana Allah sgt indah. insyaAllah. sedangkan sekarang ini saya juga sedang meniti dan mendalami ayat ‘ukhuwah itu indah kerana Allah.”

mungkin benar kata kak yanti. “rukun usrah perlu kita dalami, agar ukhuwah yg dibina kerana Allah boleh dirasai.” -akak, xrugi saya berusrah dgn akak,πŸ˜‰ syukran ya ukhti –

mahu kita mulakan semula rukun usrah? ta’aruf, tafanhum dan takaful.πŸ™‚

agar, bila masing2 sudah saling memahami hati sesama sendiri, tidak akan ada hati yg bersangka buruk sesama sendiri.

tidak akan ada hati yg berkecil hati dgn tindakan seseorang sahabat.

berlapang dada dgn rakan2. saya cuba utk mengamalkan ini. walaupun kadang kala saya terbabas.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dgn sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.” surah Al-Baqarah; ayat 153.

saya terkesan dgn kata-kataNya yg ini. semasa berdoa, saya selitkan, “..Kau perbaikilah keadaan hubungan antara kami ya Allah..” dan saya berusaha untuk bersabar; walau terkadang saya gagal.

maka, dgn itu, saya menulis tentang ini. mungkin ini adalh salah satu method yg Allah telah ilhamkan kepada saya untuk disampaikan kepada kamu, sahabat~!πŸ™‚




dengan menulis ini, sebenarnya saya banyak belajar. sungguh~! sukar hidup tanpa ibu bapa di sisi.

jika dulu, saya sering bercerita kpd emak saya, sekiranya saya tidak berpuas hati dgn kwn2. dengan itu, emak saya nasihatkan.

disebabkan itu, setiap kali menelefon mak, mak saya akan cakap, “elok-elok. jangan gaduh2 dgn orang..” hehe. sayangggg mak sangat2.~!!!!πŸ˜‰

tapi sekarang, setelah berada jauh dr tanah tumpah darah, mahu menelefon emak, memang boleh je~!

saya tidak pernah kisah utk menelefon mak utk bercerita itu ini. segala apa yg berlaku disini. walau selama mana pun. dan memang kiwicall dan super buzz (kad telefon) itu, saya khaskan utk menelefon mak, ayah dan keluarga sahaja.

kerana saya fikir Allah Maha Adil. Dia tidak akan sia-sia kan NZD30, yg saya spend utk telefon ayah dan mak itu. alhamdulillah, selepas saya ceritakan semuanya yg berlaku, saya lega. lihat~! Allah itu Maha Adil kan?

subhanallah, Maha Suci Allah. Alhamdulillah, pujian bagi Allah. Allahuakbar, Allah Maha Besar!

tetapi, saya fikir, saya perlu untuk berdiri di atas kaki saya sendiri.

menyelesaikan masalah saya sendiri dgn meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT.

sahabat-sahabat,

saya menulis ini bukan utk menunjuk saya ini baik, bagus atau apa. krn, mmg saya tidak~! tapi, saya berusaha ke arah itu. insyaAllah.πŸ™‚

saya menulis ini untuk mnyedarka diri saya juga.

saya juga berharap dgn penulisan ini saya (khususnya!) dan rakan2 boleh berubah.

boleh melakukan suatu perubahan demi mendapat hidup yg diberkati dan dirahmatiNya. bukankah keredhaanNya yang kita cari?

towards Mardhatillah. insyaAllah, jika kita berusaha ke arah itu, Allah tidak akan sia-sia kan usaha kita.

tidak guna berkata-kata di belakang kan? maka, saya ambil alternatif ini utk menulis.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu yg menggunjing sebahagian yg lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepad Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.” surah Al-Hujurat; ayat 12.

saya takutkan ayatNya yang ini. dan saya percaya, tiada siapa pun yg mahu membuat sesuatu yg mendatangkan kemurkaan Allah kan? sungguh balasan Allah di akhirat kelak adalah adil bagi setiap perbuatan hamba-hambaNya di dunia ini.


kepada kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan,

saya memohon maaf jika saya ada membuat kamu terkecil hati. jika saya ada membuat kamu terasa seperti disisihkan.

sungguh, niat saya yg sebenarnya ialah untuk kita sama2 jadikan itu sebagai pengajaran. agar2 kita sama2 berfikir, peri pentingnya hidup dalam bersatu padu.

saya memaafkan segala kesalahan sahabat-sahabat kepada saya. (perempuan je lah kot. lelaki, susah sket kot. hehe~ tapi ade ke? ) <—tengok~! dh jadi jahat balik. insyaAllah nnti saya maafkan utk lelaki. kalau ade lah.πŸ˜› . haha~

saya link kan ini, untuk bacaan bersama. insyaAllah, agar diberikan Allah rahmatNya kepada kita semua. aminn~!πŸ™‚

wallahualam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

3 Responses to “kamu-yang-tidak-mahu-saya-namakan. :)”

  1. FazMIra Epidendrium December 19, 2008 at 10:14 am #

    “Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.”πŸ™‚

  2. akak x-manchester December 19, 2008 at 11:08 am #

    assalamu’alaykum Mimi.. walaupun entri ni langsung tak ditujukan pada akak, tapi kalenjar lakrimal kat mata akak tetap nak rembeskan cecair bila baca entri ni..isk. benarlah keikhlasan tu mmg sgt susah kita nak nampak pd diri, tapi to a certain extent kita boleh rasa dalam hati.. akak doakan agar apa jua masalah antara Mimi dan sahabat Mimi tersebut segera selesai, dan semoga kalian sama2 mendapat kebaikan dan rahmat drpNya.

  3. fairuz December 23, 2008 at 2:40 am #

    cabaran pertama awk di sana dalam ukhwah Fillah mungkin? itu lah asam garam kehidupan. kalau semuanya smooth, hidup tak de lah bermakna. mungkin ini satu cara Allah nak merapatkan hubungan diantara awk dan dia. try fikir +ve. kesalahan hanya pada 1 pihak takkan mendatangkan situasi yang tak senang. cuba check apa salah awk. maafkanlah kerana org yg memberi maaf itu lebih baik dr yg menerima. dgn hati yg penuh ikhlas. sekadar nasihat. kita pon yg mintak maaf hari tu kan.. awk sombong;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: