kamu tahu? Allah itu Ar-Rahman. :)

2 Dec

setinggi2 kesyukuran di panjat kan kepada Yang Maha Pemurah. hari ini, sekali lagi, Allah SWT telah menunjukkan sifat Ar-RahmanNya, kpd miminapis.🙂

pagi tadi, pada jam 6pagi, miminapis ada buat usrah on9 dgn kak yanti. (pkul 6pagi tu awal eh? hehe. agak ah. tapi sbnrnya kat sini, pkul 5.45pagi pun matahari dh keluar.😉 ) kenapa buat pukul6 pagi? sbb. beza waktu new zealand dgn ireland ialah 13jam. maka, bila di new zealand ini jam 0600, di ireland jam 1700.🙂 kire okey lah tu kan.🙂

sebelum ni, kami mmg dh bincang nk buat tajuk ape. then, kak yanti bagi homework. kak yanti suruh baca ulangkaji hadith pertama imam nawawi. masa tu, “haa.. sudah! dh la xbwak buku hadith 40. ari tu ingat nk amek je kat bilik ayah, before dtg sini. tapi xteringat.” maka, carian pada encik Google, sangat bermakna.🙂 miminapis pun download lah. alhamdulillah. before ni mmg lah pernah bincang hadith 1 tu. masa tazkirah yg di berikan oleh saudara Zulhakim di surau KMS. salin mmg lah salin dlm buku catatan, tapi, xlah mndalam pun perbincangan. dgn buku catatan tu, miminapis buat rujukan sket disini.🙂

alhamdulillah, pagi tadi kak yanti dh bincang n kupaskan. hadith tu ada kaitan dgn Ummu Qais. kak yanti kata, Ummu Qais ni, niat hijrahnya adalah kerana Allah SWT dan RasulNya. maka, insyaAllah dgn niat nya tu, Allah SWT janjikan ganjaran pahala buatnya. then, ada seorang lelaki ni yg turut sama berhijrah. tapi niatnya lain. niatnya adalah krana mahukan Ummu Qais. maka? (hehe~) okeh, ni adalah terjemahan bagi hadith 1 tu.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

see. mknanya skrang, jelaslah niat tu memainkan peranan dlm sesuatu perkara yg dilakukan oleh anak Adam.🙂 kata kak yanti lagi, niat lah sebenarnya yg mmbezakan antara org Islam dgn bukan. krana, bukankah hidup dan mati kita adalah krn Allah? insyaAllah.🙂 dan, hanya org2 Islam sahaja yg percaya kpd Allah kan. (itu kan ade dlm Rukun Islam kita.😉 ) macam skrg kan, saya yg sdg menulis post ini, sbnrnya saya sndiri perlu meniatkan penulisan ini adalah kerana Allah SWT. wallahualam.🙂 untuk mmbantu agama Allah. supaya kalau ada sahabat2  yg tak pernah nk tahu pasal hadith 1 ni, akhirnya tahu jugak tntg nya.🙂 (hehe. saya ni pun, skrang baru nk tahu lebih lanjut tntg hadith 1, pada hal org2 lain dh tahu lama dh.😛 hehe. so what? bukankah menuntut ilmu shingga liang lahad? insyaAllah.🙂

kemudian, setelah hmpir sejam lebih (plus minus, gangguan2 microphone yg agak tidak clear..😛 ) kami pun akhirkan dgn surah asy-syarh. surah 94. subhanallah. alhamdulillah. allahu akbar.🙂 saya sgt excited~! tahu kenapa?

oh. semalam, hampir seharian saya berada dlm keadaan yg xtentu arah. masalah2 yg timbul tanpa saya sedari. dlm kekelam kabutan itu, saya teringatkan sebaris ayat dripada Al-Quran, “inna ma’al usri yusra..” surah asy-syarh, ayat 6. “sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan.” disbbkan masalah2 itu, saya hmpir menangis, sbb xde org nk diceritakan tntg masalah itu. mak ayah family dh la xde kt sini. isk~! then, saya teringtkan ayat ini, “ala bizikrillahi tat mai’nnul qulub”. surah ar-ra’d, ayat 28. “ingatlah, hanya dgn mengingati Allah hati mnjadi tenteram.”🙂 lanjutan drp ini, barulah saya teringatkan ayat 6, surah asy-syarh itu.🙂 sesungguhnya mmg telah dijanjikan Allah ketenteraman itu apabila hambaNya mengingatiNya, bukan? subhanallah.🙂 terima kasih ya Allah.🙂 langsung saya tuliskan potongan ayat itu pada sehelai kertas, dan tampalkannya di board yg ada.🙂 supaya mnjadi panduan kpd saya kelak. insyaAllah.🙂

oh, oke, smbung yg tadi. bila kak yanti ulas lebih lanjut tntg surah tu, alhamdulillah, saya berasa sgt gembira, dgn nikmat yg telah dilimpahkan olehNya, pada pagi ini. surah tersebut benar2 mmberitahu tntg pertolongan Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. 🙂 lihatlah sendiri pada ayat tersebut, Allah mengulangi ayat yg sama sehingga 2 kali. ayat 5 dan 6. maka? subhanallah.🙂 tiada keraguan pada ayat-ayatNya, dan janji Allah adalah suatu yg pasti!! terkadang saya juga lupa bahawa ada Satu Kuasa Yang Maha Besar yg sentiasa mengawasi hamba-hambaNya. astaghfirullahalazim.😦

itulah salah satu bukti sifat Ar-RahmanNya. alhamdulillah. syukran ya Allah.🙂

lagi, kak yanti jugak ada tanya,

kak yanti = mimi, ada pernah dgr tak lagu yg org buat tntg hadith 1 tu?

mimi       = hehe, xpernah lah pulak kak.

kak yanti = mimi try lah search kat you tube. taip, “hadith 1” insyaAllah ada. pastu kalo boleh, hafal lah ye lagu tu.

mimi        = baik~!😉 insyaAllah, kak.

okeh, pastu miminapis try lah search kat you tube. tapi xjumpa la plak.😦 jam plak dh nk pkul12 tghari. nk siapkan homework chemistry. jadi, first thing first~! insyaAllah, moga istiqamah. :)  masa, duk buat keje chemistry, miminapis pun pasang lagu. lagu tu along yg bagi before ni. along kata best. before ni saya dgr je. tapi xpernah nk ambik kesah. ntah lah kenapa. teruk kan? sorry, long~!😛 masa, tgah duk kira2 volume, pressure, temperature tu, suddenly, ” innama a’malu binniyat…” subhanallah. terkejut lah jugak. “eh, tu bukan hadith 1 tu ke? “ terus pegi kat laptop. tgok tajuknya, Hijrah. nyanyian, Nash ft Alex Koh ft Dayangku Intan. (hehe. kosentrasi mmbuat chemistry tetiba terpotong. xpe, bukannye buat bnda salah pun kan, wallahualam.) “alhamdulillah, tak payah susah2 nk carik kat youtube. kat laptop sndiri dh ade rupenye.” lihat, betapa Pemurahnya Tuhan saya.🙂 subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.🙂

lepas je siap keje2 chemistry, terus saya play kan byk kali lagu tu. insyaAllah biiznillah, saya mampu menghafalnya. aminn~!🙂

img_3369_1

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

3 Responses to “kamu tahu? Allah itu Ar-Rahman. :)”

  1. fairuz December 2, 2008 at 7:45 am #

    kita pon tau n hafal sket2 lagu tu. yeay!

  2. yanti December 2, 2008 at 10:42 pm #

    subhannallah..luv sister..:)

  3. a.l.o.n.g December 4, 2008 at 11:21 am #

    ~disebalik ke’hak’an yg kau cari, masih lagi byk ke’batil’an yg dimiliki~ tu la, jgn pndang ak sebelah mata, walaupun ak cmni tp ….(lu pikirlah sendiri) hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: