beg bagasi luggage

11 Nov

ape khabar agaknya pegawai2 di pejabat MARA sekarang.

dokumen2 kami telah lengkap ke?😐

harap, flight tidak delay. kalo delay sehari, insyaAllah boleh terima lagi. iaitu drp 15novmber ke 16november (nauzubillahi minzaalik~). kelas start pada 17november’08. insyaAllah. maka janganlah di delay ye? takut nanti nak pegi kelas kelam kabut.🙂 aminn~

beg besar tu tak berisi lagi smpai now ni. tak reti nak bawak apa. tak reti nak pack ape. kalo ikutkan kata mak, lagi senang, “kalau pegi sana berlenggang je boleh tak? tak payah nk risau luggage lebih 20kg. suruh je ayah bank in kan duit.” hoho~ maka, saya hanya berdiam diri n anggap macam tak logik. sbb ade ke B$N @ B@nk of c0mmerce kat sane? hurm, ke boleh je nak keluar duit mana2 pun, asalkan kita ade duit kat bank? [hehe~😛 ] okeylah. mengarutlah kan. [saya pun xreti nak uruskan duit2 ni. selama ni ayah & mak je yg bagi n uruskan.]🙂

tetiba teringat masa 1st time masuk asrama dulu. SESERI (seri puteri science school~). [oh, rindu lah.🙂 ] masa tu, mmg sgt sgt excited nak duduk asrama. xtau kenapa. 2minggu sebelum dftar, saya sudah mengemas barang2. then, everything semua baru~! alhamdulillah. terasa jgak poyo time tu, sbb beli baju sekolah baru, then nak kemas2 letak dlm beg. mak kata, “buanglah plastik tu, letak baju je.” mimi kata, “tak nak. nak plastik jugak.” [tolonglah, sgt lah mengada time tu.😛 ]. kasut hitam dah stand by belakang pintu bilik tido. sgt sgt excited lah konon kan~ time tu xrisau sgt, sbb ada kwan yg dpt kat SESERI gak. alyaa zainal abidin.🙂 then, masa orientasi tu, mmg sgt2 tak tertahan. yelah, kalau dulu, balik je sekolah pagi, mandi, makan n tido kejap. tapi bila kat asrama, pegi sekolah pagi, balik, makan, pastu xleh nk mandi tengah hari sbb takut xsempat nk pegi prep petang. [kalo ayat2 dulu, “tak leh blah..” 😀 ] ~terima kasih di atas pengalaman itu Ya Allah.🙂 ~

skrang, hendak ke negara kiwi itu. bersedia dah ke? insyaAllah. bak kata Kak Kimah Manchester, “ESQ”. kat sana, tak boleh dah nak balik rumah tiap2 minggu. mak ayah pun xmampu kot nak datang jenguk tiap2 minggu. huk~. ahli keluarga, sepupu sepapat pun xde. yang ada saudara seagama. insyaAllah moga mereka mampu membantu. tapi, diorg boleh tahan ke? dah la saya ini type yg mengada2 sket. (tapi kadang2 byk~). mak n ayah + along (kadang2) je yg boleh tahan. tapi, saya ini mengada bertempat okey. kalau orang2 yg tak dikenali, maka saya akan mnjadi serius. [oh, maknanya kat sana nnti, saya kena jadi serius je ke? wallahualam.] ini hanyalah retoris~!🙂

maka, saya kena matang~!! MATANG + BERDIKARI + BIJAK + PANDAI URUS DIRI + JANGAN SELALU NAK HARAPKAN ORANG (sbb along xde dah~ haha.) tadi lepas solat terfikir kejap pasal bnda ni. jadi, mmg masa ni lah kita akan rasa bahawa hanya ada satu Kuasa je mampu membantu kita dimana2 jua kita berada. subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.🙂 mungkin apabila berada di sana kelak (insyaAllah) saya akn lebih memahami tentang ini.🙂 insyaAllah

beg. bila kamu nak berisi? saya tak tahu nak sumbat apa. jadi takut nak menyumbat barang ke dlm beg tu, sbb takut terlebih 20kg.(hehe~😛 ) tapi, tengok gaya, beg tu sendiri pun dh berat.

alhamdulillah, sangat bersyukur kerana barang2 yang nak sekarang, semua sudah ada.🙂 bile la nk kemas beg tu. encik kompas, encik laptop, encik baju yang tidak nipis dan Tuan Tafsir serta Tuan Al-Ma’thurat, duduk luar dulu ye.🙂 insyaAllah nnti saya kemas.🙂

satu je lagi bnda yg tak buat. mintak resepi2 drp mak~! resepi2 masakan yg saya suke makan sahaja. sukatan utk seorang makan. haha~ saya tidak selfish. sbb makanan utk seorang itu boleh dimakan utk 2org. makanan utk berdua itu boleh dimakan utk 3org.🙂

wallahualam. do guide me. pray for me and for the ummah. insyaAllah.🙂

5 Responses to “beg bagasi luggage”

  1. kay2 November 11, 2008 at 8:23 am #

    okay2….
    mula2 tarik nafas…..

    hmm..masukkan barang ikut apa yg nak dilatak kat almari, atas meja, atas katil, dlm fridge…hehehe…leh pkai ke ni??…

    p/s…mimi mengada???…memang….huhuhu…

    jgn lupe bawa Al-Quran, Al-mathurat….;)

    saye tidak sure lagi dpt menghantar kamu ke idak coz hari minggu….agipun…sure busy ngan family tym tu…hehe….

    peace sister….(^^)v

  2. a.l.o.n.g November 11, 2008 at 9:07 am #

    x yah kemas,berlenggang je g sane & bawak kad kredit.everything u juz buy there.bapak ko kan kaye>>ayat perli<<..

    BE INDEPENDENT! satu lagi jgn nk ikut kepala sendiri je, ingat juga org sekeliling tu..jgn lepas pergantungan dgn Allah..

  3. miminapis November 11, 2008 at 9:52 am #

    kay2= time kaseh. nanti kite start mengemas. [huk~ semua org nak menghalau?😦 haha~ gedik la plak.] oo, xpe2. awk kirim hadiah je eh.😛

    a.l.o.n.g = ye lah~!😐

  4. Ezati November 11, 2008 at 7:26 pm #

    erm.. kemas sikit2..buat list.. jangan lupe bawak kompas ye…

  5. miminapis November 11, 2008 at 10:04 pm #

    baik~! terima kaseh izati. kita mmg bersemangat membeli kompas tu.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: