InsyaAllah. dgn izinNya

12 Oct

Sebagai permulaan, izinkan saya utk membawakan ayat2 dari kitab suci Al-Quran.


“Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi.” –Surah Al-Kahfi, ayat 23.

“kecuali (dengan mengatakan), “InsyaAllah.” Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.” –Surah Al-Kahfi, ayat 24.

Daripada ayat diatas, terbukti bahawa sesungguhnya, Allah SWT menyuruh hamba-hambaNya, menggunakan perkataan ‘InsyaAllah’ akan sesuatu yg tidak pasti.πŸ™‚

Sesuatu yg tidak pasti. Pada pendapat penulis, di dalam dunia ini, tiada apa yg pasti, kecuali mati dan kedatangan Hari Kiamat. Kerana kedua-duanya telah ditulis elok didalam kitab suci Al-Quran. Jadi apakah perkaitannya ‘sesuatu yg tidak pasti’ dgn ‘InsyaAllah’?
::Setiap percakapan kita hendaklah di dahului atau disudahi dengan perkataan ‘InsyaAllah.’::

Semasa saya menghadiri satu kem di Anjung Rahmat, Gombak. Ada seorang penceramah ini telah dijemput, untuk mmberikan sedikit tazkirah kepada para peserta. Saya sangat menyukai laras bahasa yg digunakan oleh beliau. Setiap ayat yg dikeluarkan oleh beliau pasti akan disudahi dgn perkataan ‘InsyaAllah.’

Dulu, sebelum saya menemui 2 potong ayat Al-Quran ini, saya selalu pelik dgn orang2 yang menggunakan perkataan ‘InsyaAllah’. Bagi saya itu adalah fenomena biasa bagi mereka yang tak tahu tentang kewujudan 2 potong ayat Al-Quran. Disebabkan ‘tidak tahu’ itulah, mengapa umat Islam perlu melihat maksud ayat2 Al-Quran tersebut, bukan hanya membaca tanpa mengetahui maksudnya. (pada waktu ini, saya juga sedang belajar)πŸ˜€

Saya mahu membawakan 2 situasi harian.

Situasi 1
Ayah = Mimi, macam mana? Dapat tak fly?
Mimi = InsyaAllah, dapat.
Ayah = Kenapa InsyaAllah plak? dapat ke tak dapat sebenarnya?
Mimi = Dapat. (dalam hati..InsyaAllah)

Situasi 2
Afiqah = Angah, angah pegi new zealand bulan november kan?
Mimi = InsyaAllah, bulan november.
Afiqah = Eh, pegi ke tak ngah?
Mimi = Kenapa?
Afiqah = Dah tu angah kata ‘insyaAllah’.
Mimi = Pegi lahh! (dalam hati..InsyaAllah)

2 situasi ni sbnrnya yg menguatkan saya untuk menulis tentang hal ini.

Pada dasarnya, memang lah kita dah tahu bahawa pihak MARA akn menaja kita untuk menyambungkan pelajaran ke luar negara. Okey, maknanya disitu, peruntukan kewangan untuk kita memang dh ada dan ditaja oleh MARA.(InsyaAllah)
Tapi, adakah cukup dgn penajaan sahaja kita dah boleh katakan kita ni konfem akan belajar di new zealand? (wah wah.. konfiden nya. seperti lupa akan adanya satu kuasa Yang Maha Besar, yang telah menetapkan qada’ dan qadar hambaNya. tetapi, sebenarnya konfiden itu perlu juga, cuma jangan di lupa pada kuasa Yang Satu itu! jadi, tidak perlulah wujud perasaan riak atau bangga di dalam diri.)

Sepanjang tempoh sebelum kita fly tu, sebenarnya banyak perkara boleh berlaku. (saya sendiri tidak mahu menyebut kerana tidak mahu perkara2 yang tidak diingini menimpa diri saya dan rakan2 seperjuangan. [janganlah engkau bebankan kami dgn apa yg tidak tertanggung oleh kami ya Allah, aminn~!])

Sebelum saya mengetahui tentang 2ayat Al-Quran tersebut, saya menggunakan perkataan InsyaAllah, apabila:
-saya tidak dapat meng’konfem’kan sesuatu perkara. (cth dlm menghadiri majlis. dalam hati ketika itu 80% tak nak datang, 20% nak datang. kiranya percentage utk TIDAK itu lebih tinggi) meaning nya disini, perkataan ‘InsyaAllah’ itu sebagai penyedap kepada ucapan, supaya orang tidak tersinggung jika kita tak dapat hadir ke majlis nya. [lebih kurang la ye~]

Teringat saya suatu ketika semasa di kolej persediaan. Masa tu saya pulang bermalam ke rumah, sedangkan kawan saya yg seorang ini, tidak.πŸ™‚

fairuz = mimi, awak bawaklah makanan untuk kitorang masa nak balik ke kolej nnti ye?
mimi = hehe. InsyaAllah. (dalam hati masa tu macam main-main jugaklah.πŸ˜› )
fairuz = awak kalau dh ckp ‘InsyaAllah’, maknanya 99% awk patut buat tau.
mimi = baik!

jadi sepanjang pulang bermalam kat rumah weekend tu, saya asyik nk membeli je makanan utk sahabat ni. hehe~ alhamdulillah, berjaya jugak membelinya.πŸ™‚ -chips ahoy!-

p/s –>terima kasih fairuz, utk ilmu tersebut~!πŸ˜‰

Seperti yg telah saya katakan pada awal tadi, kiranya, dalam dunia ni, tak ada apa pun yg PASTI! semuanya bergantung kepada ketentuanNya. Kita sebagai manusia biasa ni, tahu ke semua perancangan Allah SWT? Sudah tentu tidak. Maka, sebab itulah timbulnya pepatah, “Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Kita manusia, boleh merancang dgn begitu elok, namun Allah juga yg menentukan. Jadi,biasakanlah diri dgn menggunakan perkataan ‘InsyaAllah’, disamping itu berusaha ke arah apa yg kita impikan itu.. usaha juga penting =)

Manusia perlu bersedia untuk setiap kemungkinan yg akan berlaku. Cuma apa yg mahu saya katakan disini, “jangan sampai kita berburuk sangka dgn Allah SWT.” astaghfirullahalazim. ampunilah dosa kami jika ada terdetik perasaan itu di hati kami ya Allah. aminn~!
Kita sebagai hambaNya yang lemah harus sentiasa berdoa agar apa yg kita hajati akn dipenuhi olehNya.

Ini ada sedikit selingan, kakak saya pernah berkata,

“Apa kata kita ni matang sikit dalam berdoa. Kalau selama ni kita asyik berdoa, ‘Ya Allah, berikanlah aku lulus cemerlang dalam examku..”. Tapi kita tukar kepada, ‘Ya Allah, jika apa yg ku hajati ini baik untuk diriku dan agamaku, maka Kau izinkanlah aku untuk lulus cemerlang di dalam examku..’. Sebab kalau kita nk lulus cemerlang, anytime Allah boleh bagi, tapi if dh lulus cemerlang then kita jadi berlagak n etc, baik tak payah, kan?”.

Terima kasih along di atas pengajaran tu.πŸ˜‰

Tapi, saya nk tukar sikit, boleh?

“Ya Allah, jika apa yg kami hajati ini baik untuk diri kami dan agama kami, maka, Kau izinkanlah setiap daripada kami untuk lulus dengan cemerlang di dalam exam kami…”

-bukankah umat Islam bersaudara? di dalam doa tersebut, sebenarnya kita turut mendoakan sahabat kita yang lain.-

wallahualam. correct me if I am wrongπŸ™‚

7 Responses to “InsyaAllah. dgn izinNya”

  1. natasha October 12, 2008 at 11:14 pm #

    hehe.
    hanya mahu mengaminkan doa di akhirnya.
    aamiiin.

  2. miminapis October 13, 2008 at 3:17 am #

    aminn~!
    semoga terus berdoa untuk memohon daripadaNya.
    =)

  3. anis October 13, 2008 at 12:20 pm #

    Alhamdulillah..sgt memberi manfaat entry mu iniπŸ™‚
    bleh sy rep emel anda di cni je?πŸ™‚
    saya pun tak pandai smp menulis blog spt naqibat sy,blog saya pun lg x ilmiah dr anda.tp at least ada sedikit usaha yang lama kelamaan kita doakan akan bercambah menjadi gunung,mungkin?πŸ™‚
    truskan usaha anda,kagum!

  4. miminapis October 13, 2008 at 3:17 pm #

    hee~ baik lah. segan plak. [haha~]πŸ˜›
    okey2, serius~!😐

    ya, insyaAllah moga segala apa yg kita pernah usahakan akn terus dilakukan.
    moga istiqamah berada dlm diri.
    πŸ™‚
    wallahualam.πŸ™‚

  5. fairuz October 17, 2008 at 5:09 pm #

    mimi, remember those days. miss u, insyaAllah;)

  6. A.L.O.N.G October 29, 2008 at 4:26 pm #

    Aloha~
    keh! keh! at least I feel that I can give sumthing 2 u remember..hehehe..yer,same2 adikku..

    besela, segiler2 ak & segedik2 ak & semanja2 ak, ak jua tau peranan seorg kakak pada adiknye cume xnk tunjuk lebih2, nanti ko byk depend on me..

    ayat selamat diri!! wakakakak!!

  7. rzilah February 17, 2009 at 12:47 am #

    askum mimi..thanks tuk ilmu yg dikongsi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: