adat perpatih ku..

8 Oct

wahh~!

saya teringin untuk mengetahui lebih lanjut tentang adat perpatih. [huk~ setelah 20tahun bergelar anak negeri sembilan, baru kini ku mahu mengetahui tentang adat perpatih ini. haihh~ tapi, xpe, sbb bukan anak jati pun. haha~πŸ˜› ]

ari tu along ade cakap, profesor kat U dia cakap, tanah kat negeri sembilan lah paling susah nk di komersial kan n susah nk maju. sebab ape? sebab kebanyakan orang2 negeri sembilan taknak bagi tanah diorg. erm, actually, memang tak boleh bagi pun. then, bila along cakap kat ayah, ayah tentang habis2 an. [haha~ ayah saya bagus~!!]πŸ™‚

ayah kata, kalo ikutkan , hanya orang perempuan sahaja yg boleh mewarisi tanah2 adat di negeri sembilan, org lelaki xboleh. dan, untk kuasa memerintah@mentadbir, kuasa tu diberikan kepada orang lelaki. ayah cakap lagi, itu maknanya, adat perpatih ni menjaga hak golongan perempuan. setahu miminapis la, kat negeri sembilan ni ada tanah adat. tanah adat ni xboleh pindah milik. kirenya kalau tanah tu family A punya, sampai bila2 pun tanah tu family A ni yg punya. tapi akan diturunkan dari generasi ke generasi. tapi anak perempuan je la yg dapat.πŸ™‚

ayah kata lagi, kirenya, orang laki ni kan Allah dh bagi kekuatan n kelebihan kepada mereka. n generally pun kita dh tau, orang laki is lebih kuat drp perempuan kan? kirenya dengan kudrat mereka tu, mereka gunakan untuk kehidupan mereka yg akan datang. cari harta n kehidupan sendiri dgn keringat mereka.Β  tapi utk anak2 perempuan plak, mereka dapat tanah adat, supaya nanti if kelak hidup mereka melarat, at least mereka ada tempat utk tinggal. kirenya atas tanah adat tu la mereka akn dirikan rumah mereka. kalo xmmpu sgt nk bina rumah, at least bina pondok, asalkan ada tempat berteduh. tu lah pentingnya tanah adat kpd golongan perempuan ni.πŸ™‚

jadi, sekarang baru miminapis tahu kenapa ayah dan pak busu xdapat tanah macam mak tam, mak long and mak lang.πŸ™‚ miminapis sangat kagum dgn ayah. keluarga ayah dulu xlah senang pun, n tanah2 adat semua dapat kat makcik2 saudara. ayah xdapat apa2 harta pun drp arwah atuk dulu [rasanya~πŸ™‚ ] tapi sekarang ayah mampu kumpul harta dia sendiri dgn titik peluhnya. [huk huk~ setiap kali dgr cerita ayah mesti rasa kagum+sebak.. then, ayah mesti kata, “jangan tinggal sembahyang, sebab tu adalah salah satu cara utk kite dekatkan diri dgn Allah. Allah dgr segala apa doa hambaNya.” terima kasih ayah~!]

emak. hehe~ emak saya sangat kaya dengan tanah adat. sebab arwah atuk dulu, boleh dikatakan berada dan banyak tanah. adik beradik mak plak hanya 3orang je perempuan. jadi mereka kaya dengan tanah adat.πŸ™‚ [nanti kami2 plak dapat. haha~ okey, okey! saya tidak materialistik~!πŸ˜› ] mak plak cukup marah kalo orang sebut2 tentang tanah adat dia. jadi, jangan cari pasal. hehe~πŸ™‚

mak kadang2 suka bawak kami ronda2 ke kampung Terusan. kampung ni pegang kuat lagi adat perpatih ni. kalau masuk kampung tu, nnti akn jumpa la signboard2 yg tertulis,

biar mati anak, jangan mati adat

alam nan beraja

luak nan berpenghulu

ada lagi la. banyak~!! tapi miminapis tak dapat nk ingat.😦

apa yg miminapis tahu, kebanyakan org2 negeri sembilan, kalau ada orang nk beli tanah2 mereka, jarang la yg akan jual. atas alasan, “itu tanah adat~!” mahu tahu? orang negeri sembilan kalau sebut je tentang adat, mereka sangat bersemangat. jadi jangan sesekali berdebat tentang adat mereka, terutama dgn orang2 veteran. kadang2 ada jugak yg miminapis rasa bnda tu xsehaluan dgn agama kita, tapi, diam2 je la. respect lah dengan makcik2 n pakcik2 tersebut! [owh, lemahnya saya dalam menyampaikan.😦 ]

if, ada sesiapa mahu berkongsi tentang adat perpatih ini, silalah. saya teringin sangat nk tahu. [ilmu saya tentang adat perpatih ini hanya 5%, krn saya tidak banyak mengetahui tentang nya. hee~πŸ˜› ]πŸ™‚

~wallahualam. correct me if I am wrongπŸ™‚ ~

2 Responses to “adat perpatih ku..”

  1. pendetaKUdeta February 23, 2010 at 5:28 pm #

    hurm, cmne lak dgn cerita yg bile org luar kawen dgn org minang (pompuan) dorang sampai kasi semua harta. sampai ada yang muflis.

    ada kaitan dgn “membela” ke?

    takkan adat semata.

    hurm…

    • miminapis February 25, 2010 at 4:49 pm #

      oho. ye ke? saya tak pernah pulak dengar cerita pasal tu.

      membela apa kah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: