raya ke-4 + 3ekor Stitch baru!

4 Oct

hari ini raya ke-4 =) (miminapis baru start mengaktifkan blog ini setelah sekian lama. heh~! xla lama sngat..)

hari ni along balik MMU, Cyberjaya, nadiahuri plak sudah berangkat balik ke Cairo, mak tam n family pun dh balik ke KL, dee (dr Sabah) juga sudah pulang ke Shah Alam, along Ujang juga sudah pulang ke KL. semua orang sudah mula pulang ke tempat masing2. (miminapis jugak yg masih beraya, walaupun dh xde orang nk bagi duit raya. haiyo~!)

pagi2 lagi kami sekeluarga dah bersiap2. hari ni gaduh ngan along. (hehe~) sebab? sebab along tak tegang kan katil miminapis. (miminapis xsuke orang duduk atas katil miminapis, then xreti nk tegang n kemaskan balik. wahh! itu sangat menensyenkan hidup! [haha~] tension yg di’create’ sendiri! jadi, sila tegangkan katil saya semula selepas anda mendudukinya! katil saya, privacy saya~!) mahu tahu? perasaan ini wujud setelah saya menjadi warga SESERI🙂 kami 1 dorm akan hanya berada di atas katil sendiri selepas prep malam, iaitu pada jam 10.30malam. kerana pada waktu2 lain, kami perlu memastikan katil kami berada dalam keadaan kemas, teratur dan tegang~! hehe.. terima kasih SESERI😛

okey, jadi hingga kini saya dan along ber‘gaduh’. tadi, masa along bawak kereta, miminapis xduduk sebelah along pun. selalunya kalo along bawak kete, miminapis duk sebelah. mak ayah duk belakang. tadi, di sebabkan kami ber’gaduh’, miminapis duk belakang ngan mak n ayah~! [haha~ sila jangan contohi ini. miminapis ni kekadang suke membesarkan perkara2 yg kecil. okey, cuba utk berubah, walaupun agak susah. insyaAllah, dgn kehendakNya semoga dipermudhkan🙂 ]

walaupun baru raya ke-4, tapi semua orang pun dh nak balik. tapi betul la kan, takkan la nk raya sebulan kot. kerja2 harian mesti dilaksanakan jugak. hee🙂 tadi, nadiahuri SMS miminapis. dia on the way ke KLIA time tu. kami sekeluarga mendoakan agar nadiah selamat tiba di bumi Egypt itu.🙂

tadi, kami ke taman setapak indah. kat danau kota kan? sbb wan lang ada buat open-house. last skali datang rumah wan lang masa tahun 2002. (huhu~ sudah 6tahun tak bertandang ke rumah wan ye~) alhamdulillah, akhirnya kami bertandang semula selepas 6tahun. dulu, masa kecik2 selalu jugak datang rumah wanlang ni. banyak jugak perubahan. tok lang siap perli lagi, lain kali datang la lagi rumah pak lang ni. kang tumbuh lalang kang.. haha~” (tok lang cakap kat mak. sungguh tak logik, sbb rumah tok lang kat taman, yg sepertinya susah utk bertemu dgn encik rumput. jadi mungkin kah, encik lalang boleh tumbuh? huhu😛 )

lepas je pegi rumah tok lang, kami ke jaya jusco taman Equine utk membeli belah barang along, then hantar along ke MMU, cyberjaya itu. along ada exam isnin ni. jadi, belajar lah ye!😛

mahu tahu? koleksi Stitch miminapis dah bertambah 3ekor. (hehe~) dulu, before masuk SESERI, miminapis agak gile jugak dgn karakter Stitch ni. Stitch ni karakter dlm cerita ‘Lilo & Stitch’ tu. tahu kan? masa tu form 2 kot (eh, ke form 3 ntah~) ayah ada beli PS 1. miminapis kalo balik je dari sekolah, solat, makan n terus main PS 1 tu. (biasalah tu, bnda baru dapat kan.) the one n only game yg miminapis betul2 kuasai ialah game ‘Lilo & Stitch’ ni la. kalo along n adik2 yg lain main game ni, xnaik2 level pun. miminapis jugak yg mantap~! (haha..cess~!)😛 kalo along n adik2 nk main PS 1 tu, mmg xleh la, sbb miminapis je asyik nk main. pastu asyik main game sama plak tu. huhu~ nak dijadikan cerita, bila dh lama sikit,  PS 2 plak keluar. ayah pun jual PS 1 tu kat kawan dia, then ayah beli PS 2. hurm…start daripada hari tu, miminapis dah tak nk main game. sedih, sbb xleh nk main game Stitch tu.

tadi, masa pegi JJ, ada nmpk satu stall ni, jual keychain Stitch. huhu~ sangat gembira! (tambah2 duit raya masih ‘frEsh’ di dalam purse ku~!) apa lagi, lepas je shopping kat JJ, miminapis terus pegi stall tu beli 2ekor Stitch. melayang la jugak RM9.80.. tapi puas hati! hehe🙂

ni lah koleksi miminapis. sikit je pun baru. dlu miminapis ada kumpul banyak gambar2 Stitch ni, tapi masa pindah rumah ari tu, mak suruh buang sbb mak kata ‘buat sampah je..’ haiyo~! baik lah mak. jadi, miminapis simpan keychain Stitch je. itu pun, ada 2ekor hilang, masa pindah rumah hari tu.

yg besar tu, miminapis beli masa bulan Ramadhan lepas. kat Parkson, Seremban Parade. RM12.90. cantik kan?🙂

~yg paling kiri tu beli kat Seremban Parade. cost me RM12.90. yg lagi 2ekor tepi tu beli kat Jaya Jusco. both cost me RM9.80~

~in total baru ada 6ekor. kalo tak dh 8ekor dh. dsbbkan 2ekor hilang masa pindah rumah dulu, jadi, redha ye~!🙂 ~

~wallahualam. correct me if I am wrong🙂 ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: