“apa paksa-paksa ni..!”

23 Sep

susah sebenanrnya nk memaksa orang kan? tapi kadang2 terfikir jugak, sapa kita ni nak paksa2 orang utk berbuat sesuatu. lagipun, jka seseorang itu dipaksa, adakah dapat melahirkan rasa keikhlasan di dalam diri nya? terutama sekali bila ianya melibatkan ibadat kpdNya.

sedangkan Islam juga tidak memaksa seseorang yg bukan Islam utk masuk Islam. sebenarnya daripada kenyataan itu kita sudah dpt melihat, bahawa sesungguhnya dalam melakukan ibadat kepadaNya, perasaan ikhlas itu perlu hadir. bukanlah di paksa2. namun, terkadang sedih juga apabila ada yg menyalah gunakan pernyataan tu. cukup dgn kewajipan menutup aurat. miminapis tidak fikir ada yg tidak mengetahui tntg kewajipan itu. namun ketahuilah sekiranya jika kita MENGETAHUI tentang sesuatu, tapi tidak pula dilanjutkan dgn perasaan MAHU, segeralah selidiki diri. moga pintu hati kita tdak tertutup lagi untuk menerima hidayahNya.

miminapis teringat kan hal semasa di SESERI. sungguh, tanggungjawab yg di amanah kan oleh pihak pentadbiran sebagai seorang pengawas amat berat. cuma kadang2 ada yg memandang remeh. tambahan pula, miminapis dahulu diletakkan di bawah biro religi (keagamaan). masa tu kami ada ceramah keagamaan di Dewan Gemala Puteri. kemudian kami di inform kan bahawa ada pelajar yg skip. jadi, miminapis dan diana (timbalan KP merangkap sahabat baik, ku🙂 ) pergi lah check ke tempat di mana kami perlu pergi.

sungguh tidak salah perbuatan mereka ketika itu. kerana mereka bukannya berbuat kan sesuatu yg tidak berfaedah. mereka mengulang kaji pelajaran di dalam kelas, tatkala kami semua mendengar ceramah. kalau xsilap, ceramah israk mkraj. tapi bagi miminapis, sebenarnya rohani juga perlu di beri ‘makan’. hati manusia akan mati jika tiada pengisian. wallahualam. ketika itu, kami pun menyuruh masing2 utk turun ke dewan. tentunya kami di pandang serong, tapi sudah tanggungjawab kan. kelak kami akn di soal tentang tanggungjawab itu. cik maria, guru pengawas kami merangkap PK HEM, tidak henti2 mengingatkan kami tntg soal tanggungjawab ini.

jadi, kesemua mereka turun lah ke dewan. cuma tinggal 2orang sahaja di dalam kelas itu. salah seorang drp mereka bukan beragama Islam, manakala seorang lagi beragama Islam. tapi muallaf. setakat apa yg miminapis tau pada waktu itu, sahabat yg seorang ini baru sahaja memeluk Islam sebelum masuk ke SESERI. bapanya telah mengamanahkan cik maria utk menjaga anak nya ini. jadi, cik maria mahu kami(pengawas) juga turut membimbingnya. apa yg miminapis boleh katakan, ianya tidak mudah. mungkin kerana sahabat ini memeluk Islam krn mengikut ayahnya. kiranya bukan kerelaannya sendiri. berbeza kan? kiranya if seseorang itu benar2 diberikan hidayh oleh Allah, hatinya tidak akan mmberontak utk melakukan sesuatu yg berkaitan dgn Islam.

sahabat yg seorang ini memberontak. puas kami mengajak nya ke dewan utk mendengar ceramah israk mikraj tersebut. lagipun cik maria, bertegas menyuruh kami ‘memaksa’ sahabat ini agar ke dewan. berlaku sedikit pertelingkahan antara kami dan sahabat itu. sahabat ini, boleh dikatakan pelajar yg top di dalam batch kami. sungguh pun keadaannya begitu, namun setiap kali peperiksaan, markah bagi subjek pendidikan Islam nya, tetap bagus. paling kurang pun dia akan dapat A2. sungguh kuasa Allah itu sangat besar.

selepas puas menasihati sahabat ini dan berlaku sedikit pertelingkahan antara kami (mungkin krn lemahnya ilmu kami tatkala itu. selama miminapis menjadi pengawas di sekolah2, ini lah kali pertama miminapis menghadapp masalah seperti ini), akhirnya sahabat ini bersuara,

“macam ni ke korang nk suruh orang ikut Islam? ingat boleh ke paksa2 orang cmtu je? kata tiada paksaan dalam Islam…”

lebih kurang la ayat nye. tapi pnjang gak sbnrnya. lantas masa tu miminapis tersedar. betapa kurangnya ilmu kami pada waktu itu, sehingga kami ditempelak sebegitu. sungguh, sebenarnya kami sndiri tidak arif dalam hal2 sebegini. mengajak dan menasihati seseorang utk terus menjurus ke arah Islam. mungkin juga pada waktu itu, kami hanya memikirkan tanggungjawab kami, tanpa mengambil peduli perasaan seseorang. miminapis pun xingat apa yg kami balas, tapi akhirnya kami mengalah juga.

disini, miminapis nk nyatakan, bahawa ‘tiada paksaan dalam Islam’ itu hanya utk mereka yg belum beragama Islam. tapi bagi mereka yg sudah beragama Islam, tidak sepatutnya pernyataan itu digunakan. jika seseorang itu disuruh utk sembahyang, menutup aurat dan pelbagai lagi perkara yg disuruh Islam, tapi akhirnya dibalas dengan pernyataan itu, jadi, apakah motifnya seseorang itu digelar sbgai seorang yg Islam? kalau kamu Islam, kenapa tidak mahu mengikut ajaran Islam? tidak percayakah kamu pada kata-kataNya yg terkandung di dalam kitab suciNya?

miminapis juga mahu mengaitkan dgn ‘islam yg diwarisi’. semalam, miminapis ada terbaca satu forum di iluvislam.com. tajuknya, ‘islam warisan’. kiranya kebanyakan kita, berstatus Islam, krn kita dlahirkan oleh ibu bapa yg Islam. bagi miminapis itu adalah permulaan. kiranya kita dah tahu kita ini dilahirkan sbgai seorang yg Islam. seharusnya kita bersyukur diatas nikmat itu. jadi, semakin bertambah umur kita, kita lah sendiri yg perlu mndalami Islam itu. bagi miminapis juga, ilmu2 agama yg di ajar di sekolah, adalah basic. jadi, perlu utk kita menguasainya. saya tidak mengatakan bahawa saya ini 100% telah menguasai silibus agama sedari saya tahun 1 hingga tingkatan 5. krn pada waktu ini terkadang saya juga lupa apa yg telah diajar di sekolah. mungkin krn sikap yg pada waktu itu yg tidak begitu menghargai ilmu. belajar krn exam.

cthnya dari segi pemakaian. kalau masa kecik2, kita tau org perempuan wajib pakai tudung sbb rambut tu aurat. sbb tu masa kita sekolah rendah, kita pakai tudung. pastu bila masuk darjah 4, melalui silibus, pelajaran agama Islam, kita tau plak, bahagian tangan itu adalah aurat. jadi sebab itu lah kita wajib memakai baju berlengan panjang. kemudian naik tingkatan 1, kita tau semua bahagian aurat permpuan. jadi kita perlu berpakaian menutup aurat sepenuhnya. cuma bahagian kaki, terkadang orang selalu lupa. bahagian tu juga adalah aurat. kemudian, semasa berada di tingkatan atas, kita di dedahkan dgn sepotong ayat Al-Quran yg mengatakan, “….Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya…” -surah Al-Nur:31. jadi, jka sebelum ini, kita ini bertudung dgn selimpangkan tudung, sepatutnya kita perlu utk melabuhkan tudung tersebut hngga ke dada. kerana kita sudah tahu, bahawa di dalam kitab suci, pegangan kita, sudah di nyatakan itu. dari mana datang nya ayat2 tu? sudah tentu daripada Pencipta kita Yang Maha Agung.

itu adalah salah satu contoh yg paling mudah. jadi tidak boleh lah kita(orang Islam) mengatakan ‘tiada pkasaan dalam Islam’, jika ada yg menegur kita ke arah kebaikan. kerana orang Islam dan bukan Islam adalah berbeza. orang Islam di beri dan di anugerahkan Al-Quran  utk di kaji, krana Islam itu adalah cara hidup. syumul utk setiap zaman. bagi miminapis, masalah timbul hanya lah apabila orang Islam tidak berusaha utk mengkaji Al-Quran. membaca nya tentulah perlu kan? tap perlu juga dilihat tafsirannya. kita perlu belajar utk mengenali Al-Quran. bak kata orang, “tak kenal maka tak cinta”. jadi jika sudah kenal, insyaAllah, dgn kehendakNya, perasaan cinta kpd Al-Quran itu akan timbul. sekaligus membawa kita utk menuruti setiap apa yg di ajarkan di dalam Al-Quran. janganlah hanya pandai menggunakan pernyataan, “tak kenal maka tak cinta” itu semata2 memenuhi nafsu saja.

“ikut hati, mati… ikut nafsu, lesu… ikut rasa, binasa…” jadi ikutlah  pada 2 bnda berharga yg telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kpd kita. di mana, seseorang itu di jamin tidak akan sesat apabila mengikutinya, iaitu Al-Quran dan hadis.

cuma mahu bersama renungkan, ibu bapa kta telah sedaya upaya menghantar kta ke sekolah utk menuntut ilmu. jadi cuba manfaatkannya. bukan sekada untuk meraih kejayaan demi kejayaan dlm peperksaan, tapi juga kejayaan dalam meng’Islam’kan diri sendiri. beruntung bagi mereka yg lahirnya dalam sebuah keluarga yg benar2 mengamalkan cara hidup Islam. tapi bagi yg tidak, berusahalah untk mencari sinar Islam itu. memang hidayah milik Allah, tapi kita perlu mencari. bukalah mata hati kita sebesar2 nya, supaya dgn izinNya, kita dapat melihat betapa Islam sebenarnya menjaga umat2 nya. sbgai renungan, cukuplah dgn keadaan wanita pada masa kini. wanita yg kini telah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn kaum lelaki. semua itu adalah hasil usaha drp Rasulullah SAW. jika tidak kerana Baginda, golongan wanita pasti akan ditindas hingga kini. anak2 perempuan di bunuh dan di tanam hidup2. jadi tidak kah ini menyedarkan kita?

miminapis ini menulis untuk melatih otak supaya berfikir tentang setiap kejadian yg telah di ciptakanNya. juga menulis ini setelah mendapat ilham ketika mencuci pinggan selepas waktu berbuka tadi. alhamdulillah, dgn izinNya, miminapis mampu menggunakan akal ini, walaupun tidaklah seberapa.

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: