tahlil nenek saya.

19 Sep

macam dah lama xmengarang kat sini.πŸ˜€

semalam cukup 3 malam berturut2, kenduri tahlil utk arwah wan pilah (nenek sebelah ayah~). wan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Ramadhan yg lepas. AL-FATIHAH.

kami tiada lagi nenek dan atuk. hanya doa yg mampu kami kirimkan kepada mereka. miminapis sangat rindukan atuk pilah. sangat..sangat.. arwah atuk suka menulis. sampai sekarang, ayah masih simpan lagi buku2 karangan arwah atuk. atuk tuls dlm tulisan jawi. guna 3 warna pen je. biru, hitam, merah. isi2 dalam buku tu semestinya berkaitan dgn agama Islam dan ketuhanan. dulu masa kami kecik2, miminapis n along, kalo balik je kampung, mesti ambik pen atuk, pastu conteng2 buku atuk. (huhu, kami xtau pa pe.. so, kami xbersalah..πŸ˜› ) atuk tak marah. tapi atuk akan terus naik basikal tua nya yg berat tu, pastu terus pegi kedai, belikan kami pen dan buku. sorang satu. addition : jajan2; seperti mamee, aiskrim. (isk.isk.isk sedih plak rasa.) sayang atuk~!!

apa2 pun yg pergi tetap pergi. kematian itu adalah yg pasti. kta yg mash hidup ini, harus terus berusaha utk mengutip sebanyak mana amalan. bersediakah kita? [miminapis ini yg selalu lalai,kadang2 juga lupa dgn hakikat kematian ini. ingatkanlah saya jika saya terlalu berseronok dan lalai, wahai sahabat~!]πŸ™‚

semua adik-beradik ayah balik kampung. kirana semua berkumpul kat kampung. gembira jugak sbb dpt jumpa semua saudara mara balik. (sbb xslalu kami dpt berjumpa sbegini.) abg ami (abg saudara) pun terus balik ke kampung dari Penang, malam tu jugak. sampai kampung subuh tu.

miminapis suke jugak pasang telinga dgr cerita2 makcik2 saudara.. hehe~πŸ˜› mak long cerita, 3hari before wan meninggal, maklong nmpak wan tutup muka dgn bantal. then maklong tanya kenapa. arwah jawab, ‘nmpk ada orang yg besar datang dekat’. pastu maklong cakap lagi, arwah ada cerita yg arwah nmpk banyak sangat kambing berjalan2 dlm bilik. wallahualam. Allah juga Maha Mengetahui kebenarannya. orang2 kampung kata, ‘biasalah tu, orang dah nak meninggal..’ hurmm..

jenazah dikebumikan kat atas bukit. atas sikit drp kubur arwah atuk. ayah, pak busu n abg maizi(abg saudara) yg uruskan jenazah ke dalam liang lahad. alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar.

malam tu buat tahlil. seawal jam 6.45petang, orang2 kampung + pak imam, dah sampai ke rumah wan. kami yg perempuan2 ini, sibuk juga menyiapkan juadah utk berbuka puasa. ditambah dgn mulut2 makcik2 saudara yg riuh2, fuhhh~! ponek den! ni antara ayat2 mereka:

“copeklah hantar lauk tu ko dopan haa..!”

“mimi, air basuh tangan dah isik bolom??!”

“jago lah sokobar tu ha.. torobang deh kang..”

“ehh.. ni ha.. tak cukup laie lauk eh.. pinggan mano? cawan eh?”

“eh, budak tu jago, kang di pijak eh kang lauk2 tu.. haiyo aihh~!!”

inilah loghat2 negeri sembilan.

okeh, inilah antara ayat2 familiar. standard la tu kan? orang perempuan kalo ada majlis2 camni, mesti bising. miminapis selaku anak saudara yg baik (haha~πŸ˜› ) ikut je lah kata mereka. pastu bila, orang dh ramai datang, n azan Maghrib berkumandang, kami pun berbuka puasa. lelaki di hadapan, perempuan di belakang. pastu nanti, tetiba,

“nasi xcukup..nasi xcukup.. tambah laie. copek..copek”

paduan suara maklong n maktam sudah cukup utk menghangatkan suasana.πŸ™‚ (itu golongan senior, junior plak ialah along sayaa~!)πŸ˜›

lepas berbuka, kemas2, pastu semua solat berjemaah Maghrib di ruang tamu. pak imam jadi imam. hehe, memanglah, kan? selesai solat Maghrib, tahlil pun di mulakan. selesai tahlil, ada minum2 sikit. kemudian, bergerak ke surau kampung utk mendirikan solat Isyak + terawih.

terima kasih kpd semua penduduk kampung yg telah sama2 membantu di dalam pengebumian ini. hanya Allah dpt membalas jasa kalian.πŸ™‚ insyaAllah.

setiap kali after solat, “…..ku sedekahkan Al-Fatihah ini untuk kedua2 atuk dan nenek ku yg telah meninggal dunia…”

-jam pukul 7.05 malam. SELAMAT BERBUKA PUASA semua..-πŸ™‚

wallahualam. correct me if I am wrong.

2 Responses to “tahlil nenek saya.”

  1. natasha September 19, 2008 at 11:46 am #

    selamat berbuka mimi.
    tiba2 saya teringin sembang panjang dgn kamu.
    hehe.

  2. miminapis September 21, 2008 at 3:49 am #

    hehe~
    insyaAllah, nanti ye?!πŸ˜›

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: