10 Ramadhan yg terakhir.

19 Sep

bila di hitung2, baru 5hari tidak ke masjid itu. tapi rasa macam dh lama sangat. miminapis yg jahat ini sering bermonolog dalaman apabila budak2 kecil itu melihat ke arah ku~ huhu.. bukan perasan ye ni. ini betul! budak2 kecil perempuan tu slalu je pandang miminapis. ada sekali tu macam dh naik geram la plak, miminapis pun terus jeling kat budak2 tu. baca Quran sikit, pastu pandang balik budak2 tu.. budak tu still pandang jugak, then miminapis jeling lagi, sampai la pak imam baca doa. pak imam baca doa, miminapis pun stop baca Quran n tadah tangan.. huh! ape lah kamu ini miminapis.

pastu bila cerita kat mak,

mimi = mak, ada 2orang budak perempuan kecik tu kan. mcam 6,7 tahun la, selalu je pandang kite. pastu kite jeling je diorg, mak.

along = dah tu kau lawa, diorg pandang lah kau. wekkk… haha~

mimi = blah la kau weh.

mak = apesal budak2 tu pandang plak? bila?

mimi = kita xbuat witir, sbb kita buat witir before sahur. so, kita g la duk belakang sekali, n baca Quran.

mak = patut la, budak2 tu mesti kata, “pemalas akak tu tak sembahyang..”

mimi = herk~ ape plak.. kita xbuat jahat pun.

along = eleh, kau tu mimi, memang dari kecik sampai besar, jahat xabes2. sikt2 jeling orang. sikit2 cebir orang. sikit2 nak pukul orang.

mimi = yelah..yelah..

okeh, ni lah lebih kurang perbualan kami masa berbuka dulu. nak mengadu kat mak, alih2 kena marah plak. okey, saya redha~! saya memang begitu.😛

tapi hari ni macam lain sikit, mungkin sbb dh lama xsolat terawih kat masjid tu, then bila jumpa budak2 tu,tetiba hati ku ini menjadi baik. (haha~) xjeling2 dah. tapi bila difikirkan balik, betul la tu kan, sape suruh kita ni buat lain drp org lain. lagipun miminapis pernah je pun baca, kalo kita dh buat solat witir, then if kita nk buat solat2 sunat lain before sahur, boleh je. 🙂 insyaAllah, moga dipermudahkan olehNya.

sbnrnya point utk post kali ini ialah tentang malam ini. malam ke-20 Ramadhan. kat sini miminapis nk tulis balik apa yg pak imam tu cakap tntg malam ke-20 Ramadhan. disbbkan pak imam menggunakan loghat negeri sembilan, jadi miminapis men‘translate’kannya kpd bahasa umum lah ye~! maybe ada tokok tambah sikit, tapi insyaAllah miminapis akn sedaya upaya menympaikan point yg penting.🙂

“10 malam terakhr Ramadhan adalah kemuncak kemuliaan bulan Ramadhan tu. Rasulullah SAW, mengikat kain baginda dan berjauhan dgn keluarga baginda semata2 untuk memanfaatkan 10hari terakhir Ramadhan ni. baginda berkhalwat kpd Allah, dgn beriktikaf di masjid dgn tujuan beribadah kepadaNya. pada senggang waktu ini lah, adanya LailatulQadar. kalau boleh, kita ni jangan tinggal solat terawih utk 10malam terakhir ni, kerana apabila telah dikatakan ianya adalah malam kemuncak Ramadhan, tentulah banyak kelebihan yg telah Allah beri dan janjikan. jika 20malam awal Ramadhan dulu, Allah telah menjanjikan pelbagai nikmat, 10malam terakhir ini, SEMAKIN bertambah nikmatnya. sbb tu dlm hadis Rasulullah SAW ada menyatakan, jika mereka mengetahui kelebihan bulan Ramadhan itu, nescaya mereka akan berkata, ‘alangkah baiknya jika Ramadhan ini dikurniakan kpd kami selama setahun’..”

wallahualam. ni lebih kurang la isi2 pak imam tu. xdpt plak miminapis nk ingat bulat2 ayatnya.😀

marilah kita semua sedaya upaya beramal di dlm 10mlam terakhir ini. itu malam, okey la kan. tapi miminapis terfikir jugak, waktu2 siang, miminapis selalu je lembik. ade skali tu miminapis berpuasa, tapi agak energetic jugak la. (sbb seharian duduk dlm bilik then pasang air-cond) pastu ayah cakap, “kalau puasa tapi asyik duduk dalam bilik, pastu pasang air-cond je. tak menjadi jugak. puasa tu mesti didampingi dgn amalan2. tolonglah mak kat dapur ke. kemas rumah ke… kalau waktu siang tu asyik duduk dlm bilik air-cond, tu ke namanya merasai apa yg orang2 miskin rasa? orang2 miskin mana mampu nk beli air-cond..” haaa… ayat ayah ni betul2 buat miminapis terasa. betul jugak cakap ayah tu kan?🙂 terima kasih ayah~! i love you, lah..🙂

okeh2, mulai esok, akan ku manfaatkan waktu siang ku. hee~ insyaAllah. semoga Allah memakbulkan permintaan ku ini. aminn~!🙂 lagipun, xkan la kita nk ambik berkat ‘malam 10 Ramadhan terakhir’ je kan? ‘siang 10 Ramadhan terakhir’ pun mesti nak jugak kan?. siang + malam =1 hari. okey?? boleh miminapis? insyaAllah..

mahu..mahu..mahu..🙂 towards Mardhatillah.🙂

wallahualam. correct me if I am wrong.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: