11 Ramadhan ini.

11 Sep

hari ini 11 Ramadhan. teringat kata2 pak imam malam semalam.πŸ™‚

“…Saidina Ali R.A. “sesiapa yg berpuasa pada siang harinya, berkata2 ia kpd yg baik. berterawih pada malam harinya. jika dia meninggal dunia pada malam ke-11 Ramadhan, dijanjikan Allah syurga baginya…”

lebih kurang la ayat nye ni kan.πŸ˜‰ subhanallah, betapa banyaknya nikmat dan ganjaran yg telah Allah berikan pada orang2 yg berpuasa.πŸ™‚ memula bila miminapis dengar tu, macam gembira la jugak kan. (tapi takot gak sebenarnya. hee~) pastu pak imam sambung lagi.

“..tu lah kalo ada sesiapa nak meninggal malam ni. tapi tak nak la mintak kan. (pastu pak imam ada bagi doa panjang umur. tapi miminapis xsempat nk hafal. sempat meng’amin’kan doa pak imam tu je.. )..”

a’ah, betul la tu kan. siapa yg xnk masuk syurga kan? seteruk2 manusia pun, jika ditanya, mereka mesti mengimpikan syurga, kelak. ni bukan lah mahu berburuk sangka pada diri sendiri@merendahkan diri sendiri, tapi miminapis selalu fikir jugak, “puasa aku ni sempurna ke? adakah ini puasa yg sebenar dituntut oleh Islam?” puasa bukan shaja bermaksud menahan lapar dan dahaga SEMATA-MATA. tapi juga nafsu.

bulan Ramadhan ni, syaitan di ikat, tapi NAFSU masih bermaharajalela. kalau nafsu tu ke arah membuat amal kebajikan, alhamdulillah, moga2 diterima olehNya. tapi jika nafsu tu jenis nafsu yg akan membawa kemurkaan Allah, dan tidak dihalang nafsu tu, apa akan jadi pada puasa kita? miminapis bukanlah orang yg layak mengatakan ‘puasa macam ni diterima Allah’, ‘puasa macam tu tak diterima Allah’. tapi cuma mahu menyedarkan diri sendiri. nafsu ni plak ada byk. cth nya, macam before ni pasangan ni (laki n perempuan) asyik bermesej2 je, tanpa ada perkara yg penting. itu kan nafsu? lagi, masa kat bazaar Ramadhan (hee~), bila nampak itu, kite nk beli. nmpk ini, kite nk beli. tu kan juga cabang nafsu. lagi, berinternet.. (hehe~) kadang2 xde apa pun, saja je nk on9 kat YM@Skype utk berborak dgn rakan2.. itu nafsu kan? jadi, janganlah ingat dgn hanya menahan lapar dan dahaga sahaja, kita sudah merasakan puasa kita diterima.

miminapis teringatkan akan seorang sahabat ni, masa kat SESERI dulu. masa tu kami di dalam surau, menunggu masuknya waktu Isyak. (weekend time tu~)

mimi = ___, awak dh ganti puasa?

___Β Β Β  = dah sikit2.. memek?

mimi = _______________ (adalah jawapannya kan..πŸ˜‰ ) awak ganti berapa hari eh?

___Β Β Β  = buat masa ni ____. tapi sebenarnya kite nak puasa sebulan balik. tapi xlah berterusan. sebab macam tak yakin jeΒ  dgn puasa Ramadhan yg lepas.

mimi = ___, mmg selalu buat macam tu eh? kagum nya..

___Β Β Β  = ________, xde apa yg dikagumkan. cuma kalau boleh, kite nk beramal sebaik2 nya kpd Allah. kita boleh mencuba kan.

~lebih kurang la ayat2 ni. tapi nama sahabat tu trpksa dirahsiakan, sbb miminapis tau ramai sahabat2 batch vivacious yg mmbaca blog ni. (haha~ perasan la plak kan..πŸ˜› )~

drp dialog tu, miminapis sangat kagum dgn sahabat berkenaan. kalo dilihat secara luaran, mmg biasa2 je orang nya. kirenya xla bertudung labuh. eh, tapi mmg xleh nk pakai tudung labuh pun, sbb kami kan pengawas. so kena pakai skirt labuh. huhu~

mungkin ada yg kata :

*ragu2 tu kan permainan syaitan.. —[tapi bagi miminapis, tak salah pun utk melakukan demikian. wallahualam, krn miminapis bukannya arif dlm hal2 sebegini. tapi kiranya sahabat tu berusaha utk melakukan yg terbaik. kiranya mengejar marhdatillah. mungkin apabila berpuasa di luar Ramadhan akn menyebabkan sahabat itu lebih beringat2 dan berpuasa dgn lebih baik. wallahualam.]

ni miminapis ada terbaca di web iluvislam.com, pagi tadi. sebenarnya point yg no.7 tu yg membuatkan miminapis tetiba teringatkan kata2 sahabat di SESERI tu.πŸ™‚

ana nak ingatkan diri ana sendiri dan semua orang..

1 Menundukkan pandangan dan menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci. Setiap masa menyibukkan diri untuk mengingat Allah SWT.

2 Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran, perdebatan dan sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca Al-quran.

3 Menahan pendengaran dari perkara yang dibenci (makruh) kerana setiap perkara yang diharamkan perkataannya maka diharamkan pula mendengarnya.

4 Menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa seperti tangan, kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari memakan makanan yang subhat(meragukan) pada ketika berbuka.

5 Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bagaimana puasa boleh menundukkan musuhnya (syaitan) dan mengalahkan syahwatnya jika
orang yang berpuasa tetapi ketika berbuka ia memakan berbagai makanan sebagai ganti makanan yang tidak boleh dimakan pada waktu siang?.

6 Mengurangkan tidur. Ramai orang yang terpengaruh dengan hadis dhaif (lemah)?bahawa tidurnya orang berpuasa adalah ibadah?, padahal telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW,?apabila bulan Ramadhan tiba, beliau melipat alas tidurnya(mengurangkan tidur), mengetatkan sarungnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah), serta mengajak keluarganya berbuat seperti itu pula?(Bukhari-Muslim)

7 Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan tergantung, antara cemas dan harap kerana tidak tahu apakah puasanya diterima dan termasuk golongan yang Muqarrobin atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan demikian setiap selesai melakukan kebaikan.

wallahualam. correct me if I am wrong.πŸ™‚ [i’m in need]

4 Responses to “11 Ramadhan ini.”

  1. kamel September 11, 2008 at 10:35 am #

    salam mimi~!
    lama x chat.. hopefully awk sehat ^^
    em, nak komen part ur nick
    orang pun panggil awk memek eh?
    haha..sama la pulak ;P
    take care k
    daa~

  2. kay2 September 11, 2008 at 10:03 pm #

    mimi…..
    kte rase kte kenal siapa yg ckp cmtu….hehehe
    ********…….????
    hehehehe

  3. miminapis September 12, 2008 at 4:17 am #

    kamel = a’ah, kite pun dh jarang nk on YM bulan Ramadhan ni.. hehe~ insyaAllah nnti kalo ada rezeki bertemu lagi kita di YM eh..πŸ˜‰ a’ah, memek tu panggilan masa kat sekolah lama dulu. senior yg bagi nama tu..πŸ™‚ masuk KMS ada gak la sikit2 panggil memek, tapi diringkaskan jadi ‘mek’.. huhu, apekah?

    kay2 = tak..tak.. awak xtau.. heheπŸ˜› tapi die kelas awak la.. Bakerara itu.. so, bilang2 je la prefect dlm kelas Bakerara eh..πŸ˜‰

  4. nadiahuri September 16, 2008 at 2:32 pm #

    kagum… ^ ^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: