1 September = 1 Ramadhan..

1 Sep

Bulan berganti bulan. Ramadhan sudah pun menjengah. Namun ada juga segelintir manusia yg tdak alert dgn perubahan waktu ini. Masa miminapis ke Melaka ari tu, masa jalan2, ada terdengar org cakap, “alaa.. minggu depan dah puasa dah, tak boleh nk keluar makan2.” huhu~ apekah yg dimaksudkan dgn “alaa..” itu mengeluh kah? wallahualam. miminapis xberani la plak nk tanye kat dia. hee~😉

malam semalam, kami sambut 1 Ramadhan di kampung belah ayah. (macam biasalah ni kan, sbb belah mak xde kampung.. huhu~ wan ngan atuk belah mak pun xde dah). On the way balik kampung tu, banyak sangat kete. sume orang balik kampung kot. huhu~! tahun ni kitorang xbuat lemang, buat rendang je. then lemang ayah dh order daripada orang.

miminapis terfkr jugak. dengan keadaan diri yg selalu alpa dan lalai ni kan, kadang2 kita mengeluh apabla Ramadhan datang. sebab nya? sebab tak nak puasa. masa kecik2 dulu, miminapis camtu jugak. [hee~sentiasa mencarik alasan untuk bukak puasa, tapi kadang2 kena marah..huhu~] tapi tu dulu la, masa kecik2, masa dah besar2 ni agak2 la kan. xtakut Allah ke? huhu..😛 semalam masa malam, adik miminapis cakap,

adik = alahai, dh nak puasa ke besok? penatnya.

mimi = cakap elok2 eh. ketok kang!

huhu, emo plak kan. bukannya ape, cuma terkesan apabila teringatkan sahabat2 dan saudara2 seagama dan seakidah yg berada di bumi Palestin. Selepas solat, miminapis selalu mendoakan kesejahteraan mereka, kerana itu yg mimnapis mampu lakukan setakat ni, disamping turut sama memboikot. (tapi boikot ni payah sket, sbb mostly barangan mereka mnjadi kegunaan miminapis. huk huk~ baik! hendak seribu daya, taknak seribu dalih!!)

tatkala kita semua mewah bersahur; ayam, sayur, buah2 an, air sejuk(ni miminapis je kot. hee~) n etc, ada saudara2 seagama kita yg hanya bersahurkan sekeping roti. bagi mereka, itu adalah perkara biasa, kerana selama ini pun, mereka hanya makan sebanyak itu. kalau ikut kan kita, rakyat di negara yg mewah dgn makanannya ni, “eh, boleh kenyang ke makan macam tu?”. wallahualam. Allah juga yang lebih mengerti. kadang2 kita ni demand sangat kalo nk makan, kalo boleh hari2 nk makan ayam. hee~😛. pastu, makanan mesti berlebih2, n sampai membuang n membazir. miminapis sekarang pun berusaha untuk tidak membazir. (boleh tak nak salahkan orang sekeliling? hee~ miminapis memang xkuat makan nasi, sbb kuat makan lauk je, kalo boleh, setengah pinggan isi dgn lauk, tapi nasi suku je..🙂 pastu, kalo nk makan mmg la amik nasi dulu kan? bila amik nasi sket orang kata kita diet la, jaga badan la. kadang2 macam malas je nk layan. hehe~. so, sbgai solution nya, dulu masa kat KMS, miminapis selalu amek nasi banyak, then xhabis. kadang2 bila fairuz nampak, mesti dia marah. hee~😛 )

tapi sekarang, duduk rumah. xde dah orang nk tegur2 makan sket ke ape ke, sbb mak mmg tahu anak2 nya makan sket (kecuali along..haha~) so, kat rumah jadi baik sikit la.. hee~!🙂

then, bila teringat nk membuang makanan tu, miminapis selalu teringatkan mereka2 yg tak bernasib baik macam kita kat Malaysia ni. alhamdulillah, kerana Allah masih menggerakkan hati miminapis untuk mengingati mereka. alhamdulillah🙂

tu baru cerita pasal puasa, tak raya lagi. sungguh!!! miminapis sebenarnya perlu sangat2 untuk berubah. moga brand bukan lagi keutamaan miminapis. moga harga yg mahal2 tidak lagi menjadi keutamaan miminapis. (tak semua pun barang2 yg mahal2 tu bagus, ye mimi!) oke, moga kesenangan yg dimiliki pada hari ini tidak menjadikan miminapis bongkak dan sombong. aminn~! (hee~ lagipun bukannya duit sendiri, semua itu kan duit ayah..ayah yg keje.. huk huk.. dan rezeki itu semestinya daripada Allah SWT)🙂

Ramadhan. Ramadhan. Ramadhan. Mungkin ke sempat untuk kita menyambut sebulan Ramadhan pada tahun ini? Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yg masih diberikan Allah nikmat untuk menyambut 1 Syawal tahun ini. Aminn~!

Sebenarnya, tika menulis ni pun, miminapis masih lagi tertanya2 n mencari2 erti Ramadhan yg sebenar. yelah kan, kita dh banyak kali membaca n mendengar kisah2 sahabat Rasulullah SAW. Mereka menangis kegembiraan apabila datangnya Ramadhan, dan menangis kesedihan apabila Ramadhan berlalu pergi. Miminapis sendiri tak pernah pun rasa begitu. (astaghfrullahalazim, betapa diri yg seorang ini jahil untuk menilai kelebihan yang telah diberikan oleh Allah SWT.. semoga ada yg sudi membantu🙂 )

Tetiba miminapis teringat sepotong ayat drp novel “ketika cinta bertasbih”. ayat ni sungguh terkesan di hati miminapis. kalo nk dicoretkan kat sini, panjang la kot elaborationnya, insyaAllah dlm masukan yg lain miminapis akan masukkan ayat2 tersebut. 🙂

hari ini 1 Ramadhan, ayuh manfaatkan nya sebaik mungkin. insyaAllah🙂 [iluvislam.com sekrang ni susah nak masuk, sbb ada masalah tertentu. haiyo~ mahu baca artikel2 Ramadhan disana.. adekah? hee~😀 ]

~wallahualam. correct me if I am wrong🙂 ~

2 Responses to “1 September = 1 Ramadhan..”

  1. fairuz September 2, 2008 at 6:12 am #

    btol ke dah xmembazir skrg ni?
    mimi,xsabarnye nak ke sn (nz)
    blaja blk,boleh ziarah awak!
    insyaAllah..
    erm..moga Ramadhan kali ni penuh keberkatan!
    moga kte sm2 mengejar ibadah sunat!
    sdey je ble teringat dulu sama2 qiam n sahur kat surau KMS..
    its really unforgotable!

  2. miminapis September 2, 2008 at 6:55 am #

    hee~
    insyaAllah xmmbazir dah..
    tapi kadang2 terbuat gak.. adehh😦
    tapi xla se’frequent’ dulu.😉

    huhu~
    oke! sungguh..suke sangat masa kat surau KMS dulu..
    sahur n qiam brsama..
    surau KMS itu kan ‘tempat kita’..:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: