kenduri Dianaismail.[tatapan khas utk azlin n mira ;)]

31 Aug

subhanallah. alhamdulillah. allahu akbar.

Maha Suci Allah yg telah merancang segala sesuatu dgn rapi .πŸ™‚

semalam miminapis n family balik dr kenduri kat rumah diana @ melaka.πŸ™‚ alhamdulillah, sungguh, Allah yg Maha Mengerti perasaan miminapis yg sebenar.πŸ™‚ miminapis ni boleh dikirakan seorang yg sangat susah utk diajak ke rumah kawan. xtau kenapa, maybe sbb miminapis lagi suka duk rumah sendiri kot. hee!πŸ˜€

kalo ikutkan plan awal, miminapis nak pegi ke rumah diana, after check out dr hotel pukul 12tghari tu. tapi tak jadi. kitorg check out dr hotel aound 12.30tghari, pastu mak ajak ronda2 n shopping2 kat Banda Hilir, Melaka. hee~ alhamdulillah, miminapis dpt sandal baruπŸ™‚

mimi = mak, kite nk beli sandal baru. malu la nk pegi rumah diana pakai sandal lama.

mak = haaa.. ambik la..

lepas shopping kat Mahkota Parade, ingat nk terus g Dtaran Pahlawan, kat depannya tu, tapi xsempat, sbb kekangan masa. so terus je pegi Tesco, situ surau nya pun selesa. eh jap. anyone org Melaka yg mmbaca sekarang? betul ke kat Mahkota Parade takde surau? hurmm..

lepas g Tesco, telefon diana n tanya direction rumahnya. hee~ tau! Tesco itu dr ______, tapi kami tidak membeli belah disana, cuma mahu membantu bumiputera yg berniaga di food courtnya.πŸ™‚ lepas minum2, solat asar kat sana, then terus pegi rumah diana. hee~ sungguh senang hendak ke rumah mu ye, diana!πŸ™‚

dh sampai rumah diana, salam semua yang ada. (eh, xla salam semua kot. mana2 muslimat yg sempat je laπŸ˜€ ) kami bercakap2. hee~ okey, no words can describe my happiness. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. parents diana sangat peramah.πŸ™‚

diana = memek, ko gemok!

mimi = haha.. ko gemok gak~! eh, mira bagi mesej, die kata, “kirim salam kat donut gem0k..”

okey, diana kata saya gemok, saya kata diana gemok, jadi sama2 gemok, k! fair..[haha~]

masa ambik gmbar ni,

diana =”eh, kenapa ko pendek ah?”..haha

mimi =haha, ko gedik eh!

*gedik adalah perkataan biasa antara kami2. tapi bukan bermaksud kami ini gedik (wallahualam), cuma bergurau2. bagi kami gedik = mengada2~! macam mira ngan azlin, sbb diorg xdatang kenduri.. haha~πŸ˜›

miminapis juga baru tahu satu word ni. ‘berkat’.

masa tgh2 makan tu;

diana = memek, ko dh dpt berkat dh?

mimi = berkat? berkat ape? (dlm hati : eh, diana ni nak bergurau ke? tapi muke serius..πŸ˜› )

miminapis mati2 ingat diana gurau2 ke ape ke kan. yela, bila dtg kenduri doa selamat, memang lah kita nk kebekatan drp Yang Maha Esa. kami ni mmg masa kat seseri dulu, suke sgt main2 n gurau2. tapi bila kat kenduri tu nk tunjuk lah ke‘matured’an depan mak. tu yg x gurau2 sgt tu. hee~!

mak = a’ah.. dh dpt dh berkat. 2 dah dapat.

mimi = (berkat ape plak ni?) mak, berkat ape mak?

mak = berkat tu ni la. (mak tunjukkan something yg dlm plastik. plastik tu diorang agih2 kan lepas selawat tadi)

mimi = kenapa panggil berkat mak?

mak = yela, kirenye ole-ole drp tuan rumah.

mimi = oho~! first time kite dgr.

mak = org negeri sembilan pun ade gak buat mcm ni, tapi diorg panggil ‘boko’.

mimi = ‘boko’?

mak = ‘bekal’ la tu. tapi dlm loghat negeri sembilan nya, ‘boko’

hee~ oke! miminapis pelajari sesuatu. alhamdulillah.πŸ™‚ pastu ade gak juadahnya ‘cendol melaka’. ni pun miminapis first time tengok n jumpa. [huhu, 20tahun dah hidup kat dunia, baru nk kenal. xpe2, ramai lagi sbnrnya yg xkenal ‘cendol melaka’. hee~πŸ˜› ]

ramai jugak yg bertandang ke rumah diana. saudara mara diana dari Singapore pun datang. hee~ diana ni baru je lagi dapat kerakyatan Malaysia.πŸ˜› tapi adik diana yg second tu dah balik asrama nya awal2, sbb ada tahlil utk ‘Merdeka’.. huhu~ pakcik makcik diana masing2 busy membakar satay.πŸ™‚ sedap!

pukul 7.00malam, miminapis n family bertolak balik ke bahau. kemudian, kami solat Maghrib di satu masjid kat Tampin, dan miminapis akhiri solat dgn sujud syukur. syukur dan gembira dpt bertemu sahabat yg dah lama xberjumpa, hanya Allah yg tahu. sungguh, miminapis sangat rasa bersyukur diatas nikmat dan rezekiNya ini. walaupun azlin n mira xdpt datang, insyaAllah, miminapis percaya, bahawa satu hari nnti, dgn takdir Allah, kami akan bertemu juga.πŸ™‚ [mira ada program kat Terengganu, azlin plak ada program kat mana ntah, tapi area2 Melaka la jugak..πŸ˜› ]

2days left before diana berangkat ke Dublin, Ireland. huhu, saya sayu~!πŸ˜› dulu, masa kat seseri, sungguh lawak kami2 ini. gembira, gaduh, perang dingin, tapi itu lah sebenarnya kenangan yg paling manis. perancangan Allah itu Maha Hebat. siapa sangka, dalam masa 2tahun (amat singkat!) di SESERI, tapi ia mmpu menjalinkan ukhuwah yg amat terkesan di hati miminapis. apa yg miminapis boleh coretkan disini, 2tahun di SESERI dan 2tahun di KMS, sangatlah berbeza. walaupun tempoh nya adalah sama, terus terang miminapis katakan, 2tahun di SESERI, lebih memberi kan impak kepada diri miminapis; mungkin dari segi persahabatan la kot..hee~πŸ˜‰

pesanan buat dianaismail : nnti, kalo ayah ku ade buat kenduri doa selamat untuk ku, kamu datang la plak ye!.. [tak kire, datang jugak!πŸ˜› ] mira n azlin no excuses.. (haha~)

~wallahualam. correct me if I am wrongπŸ™‚ ~

6 Responses to “kenduri Dianaismail.[tatapan khas utk azlin n mira ;)]”

  1. natasha August 31, 2008 at 11:57 pm #

    owh.. boko eh? baru ku tahu.

    hehe..

    alhamduliLlah.. mahu gembira2 begini juga.

    hee.

    syamimi! selamat berpuasa. ramadhan kareem~

  2. miminapis September 1, 2008 at 1:12 am #

    hee~
    best2..dapat jumpa kawan2 balikπŸ™‚

    ‘boko’..huhu~ kite pun baru tahu masa tu..

  3. diana kah??? ;) September 1, 2008 at 4:27 am #

    mimiku! haha…πŸ˜€ kalau dirimu happy, di sini, insan yang kerdil ini… lagi lagi happyπŸ˜€ hahah…. rindu banget!!! haha… sekejap rumahku sudah famous kerana ade dalam blog mimi!!!πŸ˜€ heeheh…. selamat menyambut ramadhan al mubarak ye… huh… gementar n sedih nak tinggalkan kamu semua… pesanan buat alin ngan mira… ku sedih la kamu tak dapat joinnnnnnnnnn… huhuh T_T
    mimi! dah start rindu nihhhhhhhhhhh:D

  4. miminapis September 1, 2008 at 4:47 am #

    huhu~!

    xpe2, kita anggap ni mcam perpsahan slpas masing2 bawak diri ke tmpt lain after SESERI dulu, ye~!

    nak ole-ole drp kamu, diana!
    sungguh~! ini bukan olok-olok, ku tuntut nnti~!
    hee~..πŸ˜€

  5. husnatajri November 11, 2008 at 11:11 am #

    eh mimi..hehe~aku br bc post nih..haha
    aku pon br tau sal berkat tu ms g rmh diana aritu..huhu
    ko lmbt sgt dtg..kalo x da lm jumpe aku..
    aku pon awl sgt blk..sian diana..rs bslh kat dia time tuh..huhu
    kalo diana bc nih, aku mtk maaf ye diana sal aritu~

  6. miminapis November 11, 2008 at 3:17 pm #

    hehe~ alhamdulillah. kite tahu jugak at last kan.
    kami lambat tiba kat rumah diana, sbb kami sekeluarga mmbeli belah kat Tesco jap.

    eh, husna.. rasanya hang yg dtg awal. sbb masa kami smpai tu, baru lepas baca doa. πŸ˜›

    apekah yg telah kamu lakukan kpd diana?

    [husna, amacam? bagus tak loghat kami. saya meng’ajuk’ prckpn kamu n syikin.πŸ˜› ]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: