israk mikraj.. 27 rejab

30 Jul

dipetik drp Agamaku yang ku cintai

Tepat pada malam 27 Rejab, terjadinya satu peristiwa yang amat luar biasa lagi bersejarah bagi umat Islam iaitu Peristiwa Israk Mikraj.

Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan beserta jasad dan rohnya. Banyak hikmah dalam peristiwa Israk dan Mikraj yang menggemparkan itu. Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. diisrakkan oleh Allah dari Masjidil Haram di Makkatul Mukaramah ke Palestin dengan mengenderai buraq bersama Malaikat Jibrail.

Kemudian dari Masjidil Aqsa, nabi s.a.w. diMikrajkan dengan menjelajahi tujuh lapis langit hingga sindratul Muntaha bahkan ke Mustawa. DAlam perjalanan Mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Di sana Nabi s.a.w. berdialog dengan Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. menghadiahkan suatu perkara untuk dibawa pulang oleh nabi s.a.w., iaitu perintah SOLAT LIMA WAKTU untuk nabi sampaikan pada umatnya. Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas terjadinya tahun dukacita kerana pada tahun itu Rasulullah s.a.w. mendapat musibah secara berturut-turut dua insan yang amat disayangi dan tempat bergantung iaitu isterinya dan pak ciknya.

Kehilangan kedua-dua insan ini memberi tamparan hebat kepada Nabi s.a.w. Dan merasakan tugas menyeru penduduk Makkah kepada Islam tidak mampu dilanjutkan lantaran begitu hebat tentangan yang baginda terima.

Baginda berangkat ke Thaif selepas merasa ruang untuk memgembangkan dakwah di Makkah begitu sukar dan berharap penduduk Thaif akan menerimanya sekali gus membantu perjuangannya.Namun tanpa diduga, bukan saja tidak sudi menerima seruan bahkan mendapat pelbagai cemuhan dan dilontarkan dengan batu sehingga muka dan tubuh baginda luka hingga baginda jatuh pengsan. Baginda mengadu mengenai kelemahan dan kekurangan tenaganya dalam menghadapi orang kafir. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan sekiranya Nabi ingin membalas perlakuan jahat orang Thaif terlaksana tapi Nabi s.a.w. tidak bersifat pendendam.

Atas tujuan menghiburkan Nabi dan memantapkan lagi iman baginda maka Allah menghantar malaikat Jibrail bersama kenderaan Buraq untuk menjemput Nabi menemui-Nya untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya dan meperteguhkan iltizam baginda dalam meyebarkan risalah-Nya. Dalam perjalanan Israk Mikraj, pelbagai keadaan atau kejadian diperlihatkan kepada baginda. Semuanya menggambarkan fenomena yang pasti akan terjadi keatas umat baginda kelak. Segala gambaran yang sebenarnya menjadi teladan kepada kita semua.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menceritakan hal ini, antaranya :

Nabi s.a.w. menemui suatu kaum yang bercucuk tanam menuai hasilnya pada hari yang sama. Ini menggambarkan mereka yang berjihad pada jalan Allah, diperggandakan suatu kebajikan hingga 700 kali ganda.

Nabi s.a.w. melihat suatu kaum yang menghempapkan kepala mereka dengan batu besar dan sehingga kepala pecah dan ia pulih seperti sediakala. Mereka melakukan tanpa rasa penat. Inilah gambaran orang didunia malas dan berat kepalanya untuk menunaikan solat.

Ada kaum yang perut besar seperti rumah. Setiap kali mereka cuba bangun, mereka terjatuh. Ini adalah gambaran orang yang memakan riba. Ada kaum yang mengunting-guntingkan lidahnya, dan setiap kali lidahnya putus, kembali pulih semula. Ini gambaran ahli pidato yang membawa fitnah.

Banyak lagi kejadian yang diperlihatkan kepada baginda. Semuanya itu adalah pengajaran dan ingatan orang muslim. Sebelum dimikrajkan, baginda sempat bersembahyang sunat bersama Malaikat Jibrail dan ruh anbiya’yang Allah berkati sekelilingnya. Dari masjid ini, Nabi s.a.w. terus di mikrajkan iaitu dengan mejelajah tujuh lapis langit lalu sampai yang tertinggi iaitu Sidratul Muntaha bahkan ke Mustawa.

Di sinilah baginda bermunajat dengan Allah dan Allah memberi hadiah yang mata bernilai untuk dibawa pulang kepada umat nabi Muhammad s.a.w. yakni perintah solat lima waktu sehari semalam. Umat Islam yang benar-benar mempercayai bahawa Qiamat itu pasti datang dan setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan, sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa israk mikraj yang menakjubkan itu Solat pula adalah satu ibadat yang istimewa dan terpenting. Rasulullah menerimanya secara langsung dari Allah sedangkan ibadat puasa, zakat dan haji diwahyukan melalui Malaikat Jibrail.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi lautan hikmah yang harus dikaji dan diteliti terutama betapa pentingnya solat dalam kehidupan seseorang Muslim. Dengan solat, setiap Muslim dapat berhubung dengan penciptanya lima kali sehari dalam bentuk dialog langsung. Jika kita jauh tersesat dan banyak melanggar larangan Allah, hentikanlah dengan segera dan kembali melakukan pekerjaan kebajikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: