kematian menghampiri..

1 Jul

hari ini 30jun2008.. miminapis, mak dan adik2 ke tanah perkuburan Islam Terusan. Menzirahi kubur arwah atuk dan wan. ‘assalamualaikum ya ahli kubur’.. kwsan perkuburan trsebut agak redup. kami mengatur langkah ke kwsn kubur. hujung skali. paling depan. kubur arwah atuk dan wan.

29jun1999-29jun2008… genap 9tahun datuk kesayangan meninggalkan kami. kitorg panggil arwah sbgi ‘atuk bahau’ sbb atuk sebelah mak duduk kat bahau. byk kenangan manis brsama arwah atuk. seorang yg pemurah. dulu masa kecik2, kalo kitorg cabut uban atuk, atuk bagi RM10.. serius~! dlu xterpikir ape la kan.. kecik2 dlu, duit mmg mnjadi kegilaan. pas dpt duit ajak atuk g ronda2. g kedai. beli aiskrim..

dulu mak ngan ayah, antar miminapis ngan along, duduk ngan atuk n wan sekejap kat kampung. bukan la kampung pun, sbb arwah atuk ngan wan duk kat pekan. dekat dgn kemudahan. masa tu ayah keje kat terengganu. mak suruh pegi tuisyen kat bahau. masa tu darjah 3 rsnya. arwah atuk yg hntar. ulang-alik. lagipun, arwah atuk dulu ada byk restoran. pagi2 before dia observe kedai2 nya, tu yg arwah antar kitorg g tuisyen tu. pastu atuk belnja KFC.

miminapis ingat lagi masa tu drjah5. kelas 5takwa. dr kelas miminapis dpt nmpk kete mak n ayah, turun dr bukit ke perkarangan sek. pelik jugak. kenapa? ye la, parents mmg jarang sgt dtg sek. pastu, tetiba along dtg kelas. panggil. “atuk bahau meninggal..” along kata. innalillahhi wainna ilahirojiun.

drp ALLAH kita dtg, kepada ALLAH kita kembali. miminapis pn kemas semua buku. dari jauh, nmpak mak menangis kat ofis. sedih sgt tgok mak menangis. so, balik la kg tengah hari tu. perjalanan dri terengganu ke negeri sembilan amek masa lebih kurang 6jam.

1julai2007-1julai2008… genap setahun wan bahau pergi menemui Ilahi. masa tu miminapis kat kolej. malam tu jugak miminapis balik kampung. Alhamdulillah kampung dekat je.

maksu ngan paksu yang jemput. sbb diorang on da way dr salak tinggi, singgah seremban amik miminapis, terus pergi bahau. lebih kurang pukul1.30pagi maksu smpai kat kolej. miminapis salam dgn maksu. mata maksu dh merah-merah. sepanjang perjalanan dr seremban ke bahau, senyap je. miminapis pun xberani nk buka mulut. Ir(anak maksu yg berusia 3tahun) dh lena smbil pkai sweater. malam tu sejuk.

sampai2 je kat rumah, salam ngan mak. mak kat dlm bilik. mak dah seharian jaga wan kat hospital. mata mak pun merah. penat, baru lepas menangis, ngantuk. jenazah wan kat ruang tamu. pakcik2 yang jaga (acik adin, pak uda, acik fendi, acik jo). ayah balik pagi besoknya. sbb ayah dpt berita pun dh tengah malam. ayah duk keratong sbb keje kat sana. miminapis ngan along sama-sama bacakan yassin utk arwah pagi tu.

29 jun arwah atuk meninggal, 1 julai arwah wan meninggal. selang 1 hari je. miminapis, mak ngan adik2 ziarah kubur mereka 30jun..tengah-tengah. memula xperasan gak tarikh2 ni. pastu mak yg cakap. masa tu miminapis rasa nk nangis. nak peluk mak erat-erat. mungkin sbb tersentuh. betapa sayang nya mak pada kedua-dua ibu bapanya, mak sanggup ajak kitorg g kubur. sedekahkan Al-Fatihah. bersihkan kubur atuk ngan wan. perjalanan ke tanah perkuburan tu agak sempit. berlubang-lubang. tapi mak kata xpela, bukannya selalu dpt pegi kubur arwah atuk ngan wan.suara mak tersekat-sekat. betapa miminapis berharap agar dapat menjadi anak yg baik kpd kedua orang tua. ye la miminapis ni boleh dikatakan mengada la dlm kalangan adik-beradik. apa-apa yg miminapis nak, kalo boleh semuanya dapat. bila mak kata cmni, saya kata cmni. akhirnya ayah turutkan jugak. sbb tu bila dh besar skit ni, miminapis ikut apa yg mak ayah kata.

“mak, kawan angah ajak kluar sesama. boleh tak?”
“tak payah la..buat apa? baik duduk rumah ngan mak..”
“hehe.. baik..”

tapi kadang-kadang,

“mak, nak waffle..”
“xpayah la, abeskan snek2 yg ade kat rumah tu..”
“nak gak…jom la mak, lepas ambik wawa kat sekolah, kite g kedai tu..”
“jgn degil..”
“nak gak… jom la mak..”
lepas amik wawa, “jom la mak, g kedai waffle…”
“jom la..”
“mak, tapi kite xde duit la.. ‘elaun’ tak masuk lagi..hehe”
“mengada, ‘no money, no talk’..”
“ala mak.. skali skali belanja kite..hee~”
“jom la..lepas dpt ‘elaun’, ganti balik..”(mak mengacah..)

Alhamdulillah, dapat jugak kehendak hati.

betapa sesungguhnya perjalanan hidup manusia ni, xde sape pun yg tahu. hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui. selicin mana pun perancangan kita dlm hidup ni, jika ALLAH mengatakan tidak, maka tidak lah.

orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati.

mana tidaknya, jika kita sentiasa mengingati mati, masakan kita berani utk melakukan maksiat dan kemungkaran.
jika kita sentiasa mengingati mati, masakan kita berani utk bertangguh dlm solat.

“eh, crita ni start pukul 4.30ptg. xleh lmbat. nanti tiket kat cinema habis. tapi Asar pukul 4.45ptg.”
“ermm.. xpe la, sejam setengah je pun cite ni. kul 6ptg, Asar ada lagi. xpe la..”

persoalan : masih adakah jam 6ptg utk kita pada hari tersebut? mana tahu dgn takdir ALLAH, semasa dlm perjalan ke dlm panggung wayang, kita mengalami kemalangan. akhirnya kita menemui Ilahi dlm keadaan tidak bersolat Asar pd hari tersebut. nauzubillah hi minzalik..

jika kita

sentiasa mengingati mati, masakan kita berani utk berlaku kurang hormat pada orang tua.

“tidak cium bau syurga bagi mereka yg ibu bapanya tidak meredhai kehidupannya”
“redha ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa”

“eleh..xkan mak aku x redha hidup aku. aku kan anak dia. mesti la dia sayang kat aku. mesti lah dia maafkan aku…”
benar~! itu adalah fitrah naluri seorang ibu. tapi jika kita berterusan menyakiti hati mereka, hati ibu mana yg tidak tersentuh? 9bulan dikendong kita di dalam perut mereka. tanpa sedikit pun mengharapkan balasan. apabila besar, kita melawan kata mereka, menyakiti hati mereka. bak kata org sekarang, “makan dalam tu…”

SESUNGGUHNYA DENGAN MENGINGATI MATI BOLEH MEMPERBAIKI AKHLAK KITA.🙂

Beramal lah sebelum terlambat. Belajar dan menuntut ilmu juga ibadat. Dengan tujuan, kita dpat LEBIH MENGENALI PENCIPTA kita. MENDEKATKAN DIRI KITA DENGAN NYA.

Dlm pelajaran biologi, apabila kita sudah mempelajari struktur dalaman manusia, dari anggota badan ke setiap sel. ucapkanlah “subhanallah..” kalimah ini juga adalah zikirullah. sambil belajar, kita juga berzikir. begitu juga dgn subjek2 lain. matematik cthnya. betapa tingginya ilmu ALLAH, dari semudah tmbah dn tolak, ke sekompleks probability n etc..(hehe🙂 )maka tidak ada alasan utk kita tidak berzikir kpd ALLAH walaupun sehari.

~~correct me if I am wrong~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: