ikhlas keranaNya..?

26 Jun

masukkan kali ni, miminapis tertarik utk menulis tentang ‘ikhlas krn ALLAH’.

ada seorang sahabat pernah bertanya, “sbnrnya apa yg dimaksudkan dgn melakukan sesuatu kerana Allah? yela, selama ni kita asyik dgr pncermah2, cikgu2 ckp.. ‘niatkan segala perbuatan kerana Allah’… tapi camne? mmg la senang je nk kata kat mulut ‘aku buat ni kerana Allah’..tapi bukannye ade penghayatan pun, kat mulut je ckp cmtu..”

erm, saya pn tak reti nak terangkan macamana.. sbb dlm masa ini, saya pun masih belajar. benar, dulu saya pn pernah juga rasa macam apa yg sahabat saya tu rasa. tapi tu la orang kata, ‘ilmu tanpa amal tak bermakna, amal tanpa ilmu itu sia-sia’. once kita dah tau sumthing cuba la kita praktik kan.. insyaALLAH, ALLAH akan tunjukkan caranya. believe in ALLAH~

contohnya la kan, mak kita suruh vakum ruang tamu. tapi dalam masa yang sama, sepatutnya time tu rutin kita adalah baca buku. yela, kan selama ni duduk kat asrama, xde sape pon nk suruh kita vakum ni, vakum tu kan..pastu kita pn baca la buku kan, so dh jadi cm rutin.. tapi bila cuti, duk rumah, mak suruh vakum plak.. kalo pikir balik, ‘mak suruh’ dgn ‘baca buku’, dua2 tak bertentangan dgn agama kita.

mungkin ada tu ikut je apa yg mak suruh, tapi hati memberontak..
mungkin ada jugak, terus je baca buku, kemudian baru vakum ruang tamu..

ni pendapat individu miminapis la kan, kalau saya, saya akan ikut apa yg mak saya suruh. miminapis pernah baca dlm buku Asuh, ada ustaz tu kata, walaupun time tu kita tengah solat, tapi tetiba mak kita panggil, kita kena sahut… subhanallah, betapa tinggi nya darjat seorang ibu yang telah Allah berikan.

rujukan buku “WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM” oleh Ridhuan Abdullah,
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,

Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak ke atasku untuk diberi perhatian? Rasulullah menjawab: IBUMU. Kemudian lelaki tadi bertanya lagi: Selepas itu siapa? Baginda SAW menjawab: IBUMU. Kemudian siapa? Baginda menjawab: IBUMU. Kemudian siapa? Baginda menjawab: AYAHMU.”

memang dalam hati, kita akan memberontak, ckp mcm2..‘mak ni, orang nk baca buku pn tak boleh’.. tapi cuba dlm masa kita tengah vakum tu kan, KITA TERUS NIATKAN KITA VAKUM TU KERANA ALLAH SWT..mesti ada yg tnya, ‘tapi apa kaitannya vakum dgn Allah?’ kan..

sbb apa mak kita suruh kita vakum?
*mestila sebab ruang tamu kita tu tak bersih kan? so, nk bagi bersih kena la vakum…

“kebersihan adalah sebahagian daripada iman” –Rasulullah SAW

*bila ruang tamu dh bersih, kita satu family boleh la duduk bersama, dlm masa yang sama merapatkan ukhuwah sesama family. bukankah hubungan yang rapat antara ahli keluarga adlah penting?

*paling tidak pun, bila ruang tamu kita dh bersih, kita pun selesa kan? kalaupun kita ni seorang yang hanya menghabiskan masa di dalam bilik, kita imagine kan la ruang tamu tu macam bilik kita sendiri. mesti kita nk bilik kita pun bersihkan?😉

*bila kita vakum, kita tahu ALLAH BAGI NIKMAT KESIHATAN KEPADA KITA, yg membolehkan kita untuk buat kerja-kerja rumah..

*bila kita vakum, kita BERSYUKUR sbb ALLAH dah mudahkan kerja kita. yela, kalo guna penyapu, nnti satu hal lagi, nk guna penyodok la, pastu nk g buang kat basket. tapi guna vakum, kita sedut je everything~ alhamdulillah.. 🙂

ni la antara contoh-contohnya yg dpt miminapis bagi..

kiranya sekarang ni, apa2 pun yang kita buat, secara terpaksa ataupun tak.. first thing first, KITA NIATKAN KERANA ALLAH…dalam masa kita tgh buat kerja tu, kita fikir balik ape kaitannya niat kita tu dgn apa yg kita buat.. insyaALLAH, dgn kehendak ALLAH, kita mampu uraikan satu demi satu persoalan dlm fikiran kita..

berfikir boleh mengelakkan kita daripada termakan pujukan syaitan..🙂

ni pun miminapis baru je mempraktikkan.. alhamdulillah, bila everything yang kita buat KERANA ALLAH, hati kita akan menjadi senang.. kerja2 yang kita buat tu pun akan selesai dgn elok.. kita pun buat kerja tu dgn hati yg bersih.. xdela dlm hati nk ckp tu, nk ckp ni.. kan?😉 yang penting skali, jangan ada perasaan buruk sangka dgn ALLAH..

surah ar-Ra’d:28 “ala bizikrillahitatmainnulqulub”
mksudnya : Ingatlah, hanya dgn mengingati ALLAH lah hati menjadi tenteram..


YAKIN DENGAN KATA-KATA ALLAH SWT …🙂

~correct me if I am wrong~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: