penjelasan penulisan artikel drp miminapis =)

19 Jun

miminapis tegerak hati utk menulis… lebih kurang penjelasan utk segala apa yg berlaku..

setiap orang, mahukan kepada penghijrahan.. daripada yang buruk kepada baik, daripada negatif kepada yg positif.. pernah miminapis terbaca tntg ini

“orang yang berjaya ialah orang yang hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam nya”..

alangkah elok jika saya boleh menjadi orang yg berjaya.. bukan sahaja akademik, malah sahsiah nya.. di dunia mahupun di hari akhirat kelak..

sudah menjadi kebiasaan utk saya memotivasikan diri sebelum tidur. saya pasti akan mengimbas kembali apa yg telah saya lakukan sepanjang hari berkenaan. ternyata cara ini sedikit sebanyak dpt menukarkan corak hidup saya. namun sebagai manusia yg biasa, kadang2 saya juga tewas. tidak istiqamah. namun saya berusaha sedaya mungkin untuk istiqamah dlm ibadah dan perlakuan saya. dr. fadzilah kamsah juga turut menyarankan kita supaya memaafkan org lain, memotivasikan diri dan berdoa kpd ALLAH, sebelum kita melelapkan mata.. 🙂

drp ustaz zamihan di ILIM,

istiqamah is between FEAR and HOPE…

tentang artikel2 yang telah saya pos kan di dalam blog saya ini, iaitu artikel ‘diner 2nd batch IB KMS”, “YM dgn lelaki” n etc. saya akui kebanyakkan artikel yg telah saya tullis ini, PUNYA KAITAN dengan diri saya sendiri.. namun tak semua, ada juga yang saya copy n paste drp mana2 website yang telah menarik minat saya.

saya amat berminat utk mnyentuh mengenai artikel dinner tersebut krn saya terima banyak komen drp sahabat 🙂 dan itu sebenarnya yg saya mahukan. krn drp situ, saya belajar utk memperbaiki diri. disamping itu saya juga belajar mengenali sahabat. sahabat yang boleh dibawa ketika susah dan senang, sahabat yang hanya disisi ketika senang n etc.. sedih memang la sedih kerana dikritik n etc. tapi terus terang saya katakan, saya tidak rasa bersalah langsung.

antara isu yang pernah saya sentuh dlm artikel2 saya ialah “ambil gmbar berdua2 laki n perempuan”, “YM dgn lelaki” n etc.. secara jujurnya, saya sendiri pernah melakukan perbuatan tersebut. ketika dinner MPP, dimana saya bergambar dgn rakan sejawatan saya. memang la tak buat apa2 pn kan? tetapi rupa2 nya tidak manis. saya akui semasa bergambar saya sendiri berasa takut. apabila kawan2 saya melihat gambar tersebut, mereka sendiri terkejut.. “wah, berani eh mimi” hati saya berasa amat malu. hingga ke hari ini, saya sendiri malu utk menunjukkan gambar tersebut pada sahabat yg lain dan terutamanya ibu bapa saya. kerana ibu bapa saya amat tegas. dan saya berharap agar itu yang pertama dan terakhir saya berlaku sedemikian.. insyaALLAH🙂

saya juga mahu sahabat tahu bahawa saya mahu sekali menjadi seorang yang bermaruah. siapa yg tak nak kan? punyai sifat malu utk melakukan kesalahan n etc. 

“malu adalah salah satu cabang iman”.

disebabkan itu lah, saya membuka blog ini.. niat saya supaya saya dpt berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu dgn rakan2.. tidak terlintas langsung di hati saya utk mengaibkan sahabat2.. saya juga punyai perasaan dan saya juga tahu bagaimana perasaannya apabila aib kita dibuka. saya menulis sebenarnya untuk menyedarkan DIRI SENDIRI dan itu lah yang utama.. mungkin ada yg berkata “eleh…kalo nk sedarkan diri sendiri, tulis la dlm diari, baca la sorang2..” sekali lagi saya ingin berkata tntg ini

“sampaikan drpku walaupun sepatah” drp Rasulullah SAW

, dan

tugas kita sebagai dai’e di muka bumi ALLAH ini

. di sebabkan kesedaran itu saya menulis artikel2 di blog ini. kita juga perlu ingat bahawa penciptaan kita di muka bumi ini adalah

“untuk beribadat kpd ALLAH”..

terus terang saya katakan, hingga ke hari ini, saya sendiri masih kabur dgn mksudnya yg sebenar. tapi sedikit demi sedikit ilmu yg ALLAH berikan, dpt juga saya kaitkan dgn pernyataan tersebut. namun, tidak menyeluruh.

saya kira, dgn pos ini.. sahabat2 sudah jelas dgn tujuan penulisan segala artikel dlm blog ini. saya cuba utk memperbaiki diri dan tidak mahu saya seorang sahaja menerima ilmu tersebut. sungguh, saya sendiri PERNAH melakukan kesalahan2 yang menjadi isu dlm artikel saya kecuali ber’couple’.. itu tidak sama sekali! kerana saya mahu jadi yg terbaik kpd ‘yang telah meminjam kan tulang rusuk nya’.. saya juga pernah terfikir,

“buat rugi je mak ngan ayah hantar pegi sekolah perempuan semua, kalau tetiba masuk kolej atau universiti, tetiba ‘couple’..”

krn bagi saya tujuan mereka hantar saya ke sekolah perempuan utk mengelakkan perkara tersebut drp berlaku…wallahualam..  saya mohon sahabat2 mendoakan utk kita kebahagiaan dan kejayaan bersama..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: