dinner 2nd batch IB KMS

27 May

alhamdulillah kerana ALLAH SWT telah melancarkan segala perjalanan farewell dinner batch kami.. IB 2nd batch in KMS..

jauh di sudut hati miminapis tatkala itu adalah penyesalan kerana berada di dalam majlis keramaian tersebut. mungkin ada yang tidak bersependapat dgn miminapis. namun itulah yg miminapis rasakan.
sebenarnya sejak awal lagi miminapis tidak mahu menyertai dinner tersebut, namun akhirnya tewas dek bujukan sahabat2. betapa lemahnya hambaMu ini Ya Allah.

miminapis tidak menyalahkan pihak pentadbiran kerana miminapis tahu bahawa pihak pentadbiran telah berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan perkara2 yang tidak ingini berlaku. hal ini adalah kerana IBC awal2 lagi telah mengatakan bahawa pakaian ketat ditegah sama sekali. namun terserah kpd para pelajar utk mentafsirkan perkataan ‘ketat’ itu yg bagaimana.

committee members yg terdiri drp para pelajar sndiri nmpknya menyokong perbuatan ‘couple’. mana tidaknya, mengapa perlu ‘couple’-‘couple’ yang mengumumkan award bagi para pemenang? adakah mnjadi satu masalah jika pasangan yg mengumumkan award itu adalah lelaki dan lelaki? mahupun perempuan dan perempuan? mengapa mesti digandingkan lelaki dan perempuan. miminapis jelek melihatkan itu. ada yg mengatakan bahawa kalau tiada perempuan tak berseri lah pentas. oh, miminapis mengerti bahawa perempuan sebgai penyeri rupanya! sesungguhnya diri kami ini (golongan Hawa) hanyalah penyeri kepada suami kami sahaja wahai kaum Adam batch ku~. maaf untuk prnytaan trsebut.

sepanjang perjalanan majlis miminapis sering berkata-kata di dalam hati..”

habis semua amal yang telah kita buat sepnjang musim exam. stiap malam selpas maghrib, kaum hawa akan membacakan surah yassin. selepas isya’ pula akan buat solat hajat berjemaah. tapi tup tup lepas je exam, perempuan bertabarruj. ‘couple’ pula bergmbr bersama. sudah adakah ikatan yg sah di antara mereka? yg membolehkan mereka bergmbar berdua?”

semua ini berlegar di fikiran miminapis. selemah-lemah iman manusia ialah dengan membenci dgn hati. hanya itu sahaja yg mampu miminapis buat. betapa lemahnya diriku ini di atas bumi Mu ini Ya ALLAH.

mngkin ada yang mengatakan bahawa miminapis sedang beremosi masa ini. ya, saya! miminapis beremosi melihatkan tingkah laku sahabt2 perjuangannya. mungkin tatkala ada yg mngatakan miminapis tidak open-minded. miminapis punya soalan “mengapa perlu menjadi ‘open-minded’ trhdap perkara yg telah terang2 ditegah oleh agama kita?” tidak perlu rasanya utk kita menegakkan benang yg basah.

mungkin ada yg berkata “alaa..mimi pn sama gak malam tu..tabarruj gak” sesungguhnya pd permulaan miminapis enggan memakai pakaian berkenaan, namun memandgkan harganya agak mahal dan dibeli oleh ayah sndri, tmbhan pula ada yg mndesak,miminapis niatkan memakai baju trsebut hanya utk bersama2 sahabat2 perempuan seperjuangan. mungkin ada yg mngatakan, ini adalah alasan, namun percayalah bahawa miminapis juga dlm usaha utk mncari sinar hidayah ALLAH SWT. miminapis perlukan pengajaran dan bantuan drp yg arif. moga ada yg sudi membantu.

~~correct me if I am wrong~~

4 Responses to “dinner 2nd batch IB KMS”

  1. sesape June 17, 2008 at 2:44 pm #

    udahla kamu… jgn hanye reti berckp psal org len kalo diri sendiri masih xbtul.. xkan nk jd ibrt ketam mengajar anaknya berjalan.. kalo ahli famili sendiri pun mendedah aurat sana sini, xyahler nk ckp lbey2

  2. miminapis June 17, 2008 at 4:06 pm #

    terima kaseh kpd yg di atas =)

    miminapis sudah lama menantikan komen sprti itu..
    bukan tujuan sy utk mnjadi ketam yg mngajar anak nya berjalan..
    tapi sudah menjadi kewajipan utk kite menegur sesama sndri..
    ya! saya mengaku bahawa ada kalangan ahli keluarga saya yg tidak menutup aurat..
    namun, adekah saya tidak pernah menegur nya?
    adakah saudara/i yg menulis tahu?

    hidayah milik ALLAH dan kite manusia perlu SENTIASA mncari..
    ada sebahagian manusia, dgn sedikit ilmu yg di terima, mereka sudah boleh berubah.. alhamdulillah lembut hatinya =)
    namun ada juga manusia, buat lah 24jam cermah pn kat dia, belum tentu dia dpt terima input yg kita bagi..

    utk golongan yg cmni, ada cara yg lebih efektif boleh digunakan, tapi miminapis belum ketemu caranya.. kerana saya sndiri masih belajar n mencuba..
    mungkin saudara/i yg diatas rsa sy mahu menyelamatkan ahli keluarga sndri.. terserah lah..

    jika mahu dipandang pada ahli keluarga sy, ayah sy dahulu ialah ketua persatuan agama di sekolahnya..kenapa tidak mahu dipandang yg itu? mungkin saudara/i merasakan sy hanya beromong kosong, tapi jika dimahu bukti, sy sudi utk memberikannya..
    kenapa mesti di cari celanya, iaitu pada ahli keluarga sy yg tidak menutup aurat?
    cuma perlu di ingat, IMAN ITU TIDAK DI WARISI..
    seorang IMAM pn, belum tentu anaknya boleh menjadi IMAM sepertinya juga..

    sy juga tidak berniat utk “CKP LBEY2” spt yg ditulis oleh saudara/i,
    tapi sy LANGSUNG TIDAK RASA BERSALAH apabila turut sama mengingatkan sahabat2 sy..
    menulis artikel ini bkan untuk menunjukkan sy ini BAGUS SGT ke ape, tapi sekadar utk mengingatkan diri sendiri dan sahabat2..

    utk pengetahuan saudara/i ahli famili sy yg saudara/i katakan itu juga turut membaca blog ini..
    mudah2 an dgn kritikan drp saudara/i, hatinya boleh terbuka..
    tapi kite perlu ingat, tak semua manusia suka diperli dan ditempelak, jika kita mahu mereka menutup aurat..

    saya punya soalan, “adakah salah utk saya berkata2 mengenai perkara yg mengajak kpd kebaikan, jika ada antara ahli famili sy mndedhkan auratnya?”… jika begitu, sy mahukan sebab nya..

    “sampaikan drp ku walaupun sepatah”– Rasulullah SAW.. tidak pun disebut “sampaikan drp ku wpun sepatah KECUALI MEREKA YANG MEMPUNYAI AHLI KELUARGA YG TIDAK MENUTUP AURAT” maaf, jika terkasar, namun drp prnytaan trsebut kite dpt melihat bahawa SEMUA manusia ialah dai’e..

    dlm mencari ilmu, lihat pada apa yg disampaikan(ilmu) oleh seseorang, BUKAN pada penampilannya.. mungkin kita mahu melihat seseorang itu sbgai role-model, tapi jika hati ini terlalu sempit untk menerima keadaan si penyampai, lebih elok jika HANYA dipandang pada ILMU yang ingin disampai supaya tidak timbul perasaan syak wasangka yg akn lebih memburukkan keadaan…

    terima kasih sahabat krn mnjdi org pertama yg menegur.. =)

    ~correct me if I am wrong~

  3. natasha June 18, 2008 at 12:59 am #

    kalau org yg btol fhm, dia akn tgk pd ape yg diperkatakan
    bukn pd penampilan
    huhu~

    kalau nk tggu betul2 baik, baru blh amar makruf nahi mungkar, smpai bile-bile pn tak ada yg mgingatkn..

    sdgkn printahNya wahai org yg berselimut. bangun dan beri peringatan. (al-mudatsir:1-2)

    kpd yg menegur itu, konfem ke kalo kte diberi 4 tahun untuk beruzlah. dok sorg2, x cmpur org, x lagha, tuntut ilmu. n slps 4 tahun tu terus blh jadi baik gile. yg ble kte tegur smorg blh terima?

    da’wah is a lifelong process. kalo x bersedia pn kena buat macam bersedia. dan dlm proses itu menyiap2kan diri. tak ada istilah x layak. kalaupun rasa x layak, tanggungjawab da’wah itu lebih besar.

    dan, dgn attack ahli kluarga mimi sndri pn, kte dh thu yg ape yg mimi ckp tu btol. kalo yg die ckp tu slh, attackla bnd yg die ckp. bkn pd latar blakang kluarganya.

    just my humble opinion.

    wassalam.

  4. naima June 20, 2008 at 6:14 pm #

    tak kisahlah apa sahaja org nk ckp…janji kebenaran dah ditegakkan.kemungkaran dhcuba ditegahkan….

    i respect u la mimi. u have the strength to tegur the other people.

    soal couple, tak tutup aurat mmg payah nk ditegur.adeje yg melenting.

    kalau nak tunggu diri sendiri btul2 alim, thiqah baru nk tegur orang….alamat…makin teruk,terbalik dunia.

    dakwah ke arah kebenaran tak kenal sesiapa.selagi ada kemungkaran yg ternampak dek mata ni, selagi tu kita cuba tegah..tak dgn tangan, mulut, paling koman benci dlm hati…

    disamping doa,doa dan sentiasa berdoa (doakan senjata umat Islam) supaya kita sndr ,sahabat2 wanita yg lain terpelihara dr fitnah dunia (fitnah plg besar dunia akhir zaman-WANITA), kemungkaran, kemaksiatan dan prkra2 yg mengundang kemurkaan Allah….Amin…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: