sahabat KMS ku~

24 May

masukan pertama selepas 7 mei 2008..

alhamdulillah, pelajar2 2nd batch IB KMS, dah pn selesai menghadapi peperiksaan final. sesungguhnya kepada ALLAH jua kami berserah dan bertawakkal.

miminapis ingin merafakkan rasa kesyukuran kpd ALLAH, kerana dalam masa 2 tahun pengajian di KMS, byk ilmu2 Nya yang telah miminapis perolehi, secara informal mahupun formal.. secara formalnya mestilah tentang ilmu keduniaan. miminapis byk perolehi ilmu2 agama secara informal. tanpa disedari, ALLAH SWT telah memberi kesempatan untk miminapis berfikir mengenai ilmuNya yg maha luas.

melalui tazkirah selepas Maghrib, mjlis2 agama, semuanya membuatkan miminapis belajar utk menjadi hambaNya yg sejati. namun miminapis akui, bukan senang untk istiqamah krn manusia sering lalai dan leka. hasutan dan godaan drp syaitan sering menghanyutkan manusia.

dlm masukan ini, miminapis ingin mengucapkan setinggi2 rsa kesyukuran kpd ALLAH SWT krn telah menemukan miminapis dgn insan yang bernama sahabat. sahabat yang byk mnyedarkan diri ini tntg kelemahan kita sbgi hamba ALLAH, betapa hidup ini sangat bergantung kepadaNya.

miminapis bukanlah seorang yang peramah, akan memulakan perbicaraan utk sekali pertemuan. namun, beberapa kali pertemuan dgn sahabat, membuatkan miminapis tertarik dgn imej yg dibawa oleh sahabat. persahabatan kami menjadi kuat semasa semester 3. penampilan dan imej islam yg dibawa oleh sahabat menarik perhatian miminapis. namun, mungkin kerana kami berada di dalam program yg bebeza (IB dan A Level ), itu telah membuatkan pertemuan kami terbatas. masing2 sibuk dgn program masing2. surau jua tempat pertemuan kami setiap hari.

ikhlas dari hati ini sebenarnya miminapis lagi sedih untuk meninggalkan sahabat2 ini berbanding dgn ahli kelas miminapis, berbanding dgn sahabat2 dlm program miminapis sndiri (IB)..

sahabat2 ini berada di dlm program A Level. pernah salah seorang sahabat ini berkata

“kalau kita kejar akhirat, dunia yang akan kejar kita.”

sebaris ayat ini sudah cukup utk menyedarkan diri miminapis. selama ini manusia sering mengejar kehidupan dunia berbanding dengan kehidupan akhirat. sedangkan kehidupan akhirat adalah yg abadi.

sungguh, miminapis akui, ayat2 tersebut sudah acap kali kita dgr. namun, miminapis berasa amat beruntung kerana telah diberikan peluang oleh ALLAH SWT utk berfikir mengenainya. ayat2 ini perlu diselami dgn dlam supaya mkna yg tersirat dpt singgah di dalam hati kita.

“kalau kita tak kedekut dgan ALLAH, ALLAH pn tak akan kedekut dgan kita.”

astaghfirullahalazim..betapa hina nya diri ini. selama ini, kita selalu kesuntukan masa utk membaca Al-Quran, beribadah kepada ALLAH, semata2 kerana ingin mengejar buku. ya! tidak dpt dinafikan,bahawa kehidupan kita mesti balance. namun jika difikir kembali, adakah dengan bersolat 5waktu, kehidupan kita sudah balance? jika dilihatkan kembali, manusia sanggup utk stay up shingga 3-4 pagi, utk menelaah pelajaran. namun, tidak terlintas utk mereka beribadah pada jam 3-4 pagi trsebut. balance kah? wallahualam..

dgn membaca Al-Quran dan tafsir, ianya mampu memberikan daya ingatan yg kuat kpd kita. apabila masa diluangkan utk brsama Pencipta yang Maha Esa, segala kehidupan kita akan dibantu olehNya. kepercayaan kita terhadapNya mesti utuh!

terima kasih sahabat diatas ilmu2 yg tidak ternilai itu..
terima kasih sahabat diatas kesedaran yg telah dibuat..
terima kasih sahabat diatas persahabatan yg terjalin..
terima kasih ya ALLAH diatas segala2 nya..
semoga Engkau istiqamah kan diri kami didlm amal ibadat kami..
semoga Engkau kurniakan hidayahMu kepada kami..

sebelum meninggalkan persekitaran KMS, kami sempat utk keluar makan bersama.. jika masih ada hari yg mendatang utk kami, insyaALLAH, kuasa ALLAH akan menemukan kami semula.

  • sahabat~ siti asmak, siti fairuz, nor alina, syuhadah, ain haris, ayu, nadiah, naemah, tumix..
  • ~~correct me if I am wrong~~

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: