luahan hati seorang sahabat kepada ‘sahabat terdahulu’

15 Mar

saya sudah mahu pulang ke kolej esok hari. yang pastinya, cuti kali ini saya memang kurang belajar. walaupun final hampir menampakkan bayangnya.

cuti kali ini mungkin memberi erti kepada saya. mungkin.

keputusan SPM 2007 amat membanggakan. alhamdulillah, SESERI mampu meletakkan namanya setaraf dengan sekolah-sekolah premier yang lain. adik kepada kawan saya (alyaa), iaitu izza, juga berjaya mendapat 10A. ada lagi yang ingin di beritahu. namun, saya merasakan ianya agak peribadi. tidak sesuai untuk diberi baca kepada umum.

cuti ini, hanya ALLAH dan saya yang mengetahui kegiatan-kegiatan saya. kata kawan saya (fairuz), “ilmu Allah kan luas. tak semestinya baca buku pelajaran je kita boleh dapat ilmu.”

saya punya satu pesanan buat ‘sahabat saya yang terdahulu itu’.

    “kebahagiaan di dunia bukanlah segala-galanya. dunia hanya persinggahan. kita mengutip segala amal kebajikan di dunia ini untuk di bawa sebagai bekalan. usahlah terlalu suka dan lalai. jika mahu mencari cinta. biarlah yang mendapat keredhaan ALLAH. apa yang haram itu tetap haram hukum nya. usah berdalih-dalih lagi. tinggal kan kemungkaran semampu yang boleh.”

sesungguhnya, saya menulis untuk kali ini kerana kekuatan yang diberikan oleh ALLAH. tatkala menaip ini pun, sebenarnya terdetik di hati ini “aku ni bagus sangat ke? nak nasihat kan orang pulak. diri sendiri pun x betul lagi”

saya tidak mahu dituduh sebagai “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”, ataupun “cakap tak serupa bikin”.

tetapi dengan sedikit ilmu pemberian ALLAH ini, saya mahu kongsikan bersama. saya cuba ber amal makruf, nahi mungkar.

bagi saya memang manusia tidak akan lepas daripada melakukan kesilapan. saya juga.

disebabkan itu lah ilmu yang setitik ini mahu saya kongsikan bersama kawan-kawan. supaya ada yang akan mengingatkan saya tatkala saya leka. ada yang menegur saya tatkala saya lalai.

sungguh saya seorang yang kurang gemar ditegur. saya juga seorang yang moody. namun percayalah, bahawa ALLAH sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya yang dipilih. saya juga selalu berdoa untuk hidayah tersebut. insyaALLAH, ALLAH akan membuka pintu hati saya untuk menerima segala teguran.

terus terang saya berkata, saya

    sedih

melihatkan ‘sahabat saya yang terdahulu itu’ tatkala ini.

cemburu?

    maaf!

saya tidak pernah cemburu jika kehidupan seperti itu yang kamu pilih.

saya punya pertanyaan..
*dimana sifat malu kamu yang dahulu?

saya suka pada sifat malu kamu yang dahulu. tatkala itu kamu boleh membezakan yang baik dengan buruk.

tolong jangan katakan, ‘kehidupan selepas alam persekolahan membuang malu mu itu.’ adakah kerana kejutan budaya?

sebelum ini, hanya kaum sejenis yang dijumpai di sekolah. sebelum ini, tiada kaum lain yang menggoncang kan iman kamu. sebelum ini, kamu mampu menundukkan pandangan mu. istiqamah lah ‘sahabat saya yang terdahulu itu’! melawan nafsu itu juga jihad. masih belum terlambat.

usah takut di ejek oleh kawan-kawan mu, jika mereka katakan “eleh, macam bagus je”. apalah sangat ejekan mereka itu jika mahu dibandingkan dengan balasan ALLAH di akhirat kelak.

saya tahu agak sukar untuk melakukan perubahan. saya juga begitu. masih ada karat jahiliyah di dalam diri saya sebenarnya. tapi kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada ALLAH supaya diberikan nur Nya itu.

terus terang saya katakan, jika saya tahu kamu akan berpekerti seperti ini, saya tidak mahu bersahabat dengan kamu sejak dahulu lagi.
jika saya tahu kamu akan berpekerti seperti ini, saya tidak akan berkata-kata kepada sesiapa yang saya bangga mempunyai sahabat seperti kamu.
jika saya tahu kamu akan berpekerti seperti ini, saya tidak akan berusaha untuk ‘keep in touch’ dengan kamu.

    sungguh!
    pesanan saya :saya mahukan sahabat saya yang dahulu. kenal erti malu. dan tanpa sedar, kamu telah membawa saya untuk mengenal Islam dengan lebih dekat.

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

3 Responses to “luahan hati seorang sahabat kepada ‘sahabat terdahulu’”

  1. A.L.O.N.G April 4, 2008 at 8:10 am #

    Salam adikku..
    yeah,i already noe who’s ur ‘sahabat terdahulu’..
    bagus coz kamu meluahkan ape yg tersirat di sanubarimu
    tapi sampai bila kamu mahu memikirkan tentangnya?

  2. miminapis June 19, 2008 at 6:54 pm #

    xdela.. mana ade pikir dah..
    huhu~

  3. Khai June 23, 2008 at 10:57 am #

    mimi…kamu punye penulisan sangat mantap…
    moga jihad dakwah dan semarak ukhwah dlm sanubari mimi berkekalan..
    moga didoakan agar kita sama2 mati dlm keimanan…AMIN..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: