s.a.h.a.b.a.t

13 Mar

::t.e.n.t.a.n.g s.a.h.a.b.a.t::

utk masukan kali ni, sy cenderung untk menulis tntg sahabat..

saya punya sahabat. dulu, kami sering bertanya khabar.
dulu, kami sering berborak tentang pelajaran.
dulu, kami sering bertukar-tukar idea.

dia berada di sekolah yang jauh drp sekolah saya. saya berbangga mempunyai sahabat seperti dia. sekolahnya. peribadinya.

sedangkan daun di pokok pun akan gugur. sedangkan rumput juga akan layu. sedangkan air telaga juga akan kehabisan.

adakah persahabatn kami juga begitu?.ya!.

pada saat tersebut,saya sering bermuhasabah diri. apa yg telah menyebabkan saya kehilangan sahabat.
terlalu bongkak jika saya katakan saya tidak bersalah jika persahabatan kami ini putus.
terlalu lemah jika saya katakan semuanya berpunca daripada saya.

“ahh..kisah apa, ramai lagi kawan2 yg lain”

daripada sahabat saya belajar untuk menjadi matang. adakah saya matang?. (sekurang2 nya sedikit matang!).

saya sering berdoa kepada ALLAH semoga persahabatan kami berpanjangan. mungkin ALLAH sengaja mahu menduga.

saya amat bersyukur, daripada apa yang telah berlaku, saya lebih mendekatkan diri kepada ALLAH.
ALLAH adalah segala-galanya. tempat saya mengadu. tempat saya meluahkan segala apa yang terbuku di hati.
tatkala masyarakat melihat saya gembira, mereka sebenarnya hanya melihat lakonan saya sahaja.
ALLAH MAHA MENGETAHUI.

terima kasih sahabat. walaupun persahabatan kita ini sedikit retak, namun ia membuatkan saya sedar.
kepada sahabatlah kita meluahkan segala-galanya. tidak pun kaum keluarga.
namun saya percaya, tiada sesiapa pun yang mampu memahami diri kita melainkan Pencipta itu sendiri.

saya bukanlah seorang yang senang untuk melupakan sahabat. melainkan sahabat yang telah membuatkan hati saya jelek.
dengan kenyataan ini, lantas dapat disimpulkan, yang saya bukanlah seorang yang senang untuk dibawa bersahabat. sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang memerlukan pimpinan seseorang. do guide me~ insyaALLAH i’ll change.

hampir 2 tahun, masalah ini berlanjutan. alhamdulillah. ALLAH telah menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang lain. di kolej.
namun adakah sahabat-sahabat ini mampu menggantikan sahabat saya yang seorang itu?. wallahualam.
saya sendiri tidak tahu jawapannya. dengan bebanan pelajaran didalam program IB, semua itu sudah cukup untuk saya menimbus kenangan persahabatan kami.
namun, kadang kala ia datang kembali.
ALLAH lebih mengetahui segala apa yang akan berlaku ke atas hambaNya.

mungkinkah keretakan itu telah dibaiki tatkala ini?. wallahualam. ALLAH juga yang menentukannya.
saya sudah tidak mahu ambil kisah tentang persahabatan ini. sungguh saya sayangkan persahabatan ini.
namun saya tidak tahu dan tidak ingin berbuat apa-apa. saya hanya menyerahkannya kepada takdir.

tidak mungkin ramai yg memahami. cukuplah ALLAH yang memahami dan mengetahui.

2 Responses to “s.a.h.a.b.a.t”

  1. shahira March 13, 2008 at 6:59 pm #

    saya harap,
    saya bukan sahabat yang kamu bilang itu.
    kita masih bersahabat kan?
    walau apa pun.
    sabar ye.
    teman datang dan pergi.

    sayang kamu.

  2. miminapis March 15, 2008 at 5:38 pm #

    yup..kita masih bersahabat, shahira!

    forever, insyaALLAH..

    sayang kamu juga~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: