selamat hari lahir

10 Mar

…:::D.I.A:::…

hari ini, 10 mac 2008, adalah ulang tahun hari kelahirannya,
terasa malu untuk mengucapkan selamat hari lahir,
namun, gerak hati tetap mahu mengucapkannya.

aku perlukan kekuatan untuk melafazkannya,
menzahirkan rasa sayang dan cintaku kepadanya,
selama ini terlalu banyak yang telah diberikan oleh nya kepadaku,
namun, berat lidah untuk mengucapkan terima kasih.

sebenarnya, malam semalam pd jam 12 aku telah bercadang untuk menghantarkan MMS kepadanya,
tapi tak kesampaian sebab mataku terpejam lebih awal,
“dah miss nk wish pukul 12..”

akhirnya, petang tadi,aku melangkahkan kaki ke bank,
untuk mengeluarkan duit,
alhamdulillah, rumahku terletak di tengah2 pekan dan telah memudahkan lagi urusanku,
aku ke kedai kek yang biasa kami pergi.

dari satu peti ke satu peti telah aku lewati,
namun tiada satu pun yg sesuai untuk ku berikan kepada nya,
akhirnya, aku membuat keputusan untuk membeli sebuah kek coklat,
walaupun agak kebudak-budakkan rupa kek tersebut,
setidak2 nya itu menunjukkan kek itu adalah pemberian daripada ku.
(i love cake with some cartoon characters on it!)

dalam perjalanan pulang,
“nak beli hadiah ke taknak, nak beli ke taknak..”
“kalo nk beli, takkan la nk beli yg murah2..bajet x cukup plak tu”
xpe2..insyaALLAH akn ku berikan hadiah yang paling bermakna buatnya nanti..
sesunguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI segala apa yg aku niatkan,
semoga ALLAH memakbulkannya.~ amin~

dalam solat kupanjatkan doa terhadapNya,
semoga ALLAH memelihara insan yang kusayangi ini,
semoga dipanjangkan umurnya, diberikan kesihatan dan dimurahkan rezekinya.

SELAMAT HARI LAHIR AYAH!!!
~I love u so much~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: