kehidupan hambaNya

9 Mar

manusia sering lupa dan leka dengan tujuan asal kehidupan yang telah diberikan Allah..

sebagai contoh, Allah telah menetapkan seseorang hambaNya itu untuk ditempatkan di sebuah institut pengajian, supaya hamba tersebut dapat menimba ilmu Allah seberapa banyak yang boleh. Namun, syaitan selalu menjadi penggoda, yang sedikit sebanyak telah memesongkan niat hamba berkenaan. Ditakdirkan institut pengajian itu trletak di tengah bandar, di mana banyak terdapat kemudahan, seperti kompleks membeli belah, restoran dan lain-lain. Memang benar, tempat2 tersebut adalah penting untuk kemudahan mendapatkan barang-barang keperluan harian. Tapi jika terlalu kerap, adakah itu satu keperluan? keperluan atau kemahuan?

contoh yang lain, sudah sinonim di mana-mana institut pengajian pun. Kebanyakan institut2 di Malaysia mempunyai pelajar lelaki dan perempuan di dalam satu kelas atau kuliah. Tersilap mata memandang, tersilap telinga mendengar, mungkin tersilap niat nya nanti. Bermula daripada niat asal yg murni, iaitu untuk belajar (antara lelaki dan perempuan), namun dengan sedikit bisikan syaitan, lain hal pula boleh berlaku. Keperluan, iaitu ilmu pelajaran tersebut, telah dicampuradukkan dengan kemahuan, iaitu perasaan yg terbit diantara 2 jantina yang sudah saling suka menyukai.
“Perkara yang halal jika di campur dengan perkara yang haram, jatuh haram hukumnya”

contoh makan. Makan adalah satu keperluan untuk semua organisma hidup. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?. Jika makan dengan berlebihan, ia mungkin akan menjadi racun di dalam badan manusia itu sendiri. Sifat tamak harus dihindari tatkala menjamu selera untuk mengelakkan diri daripada menjadi terlalu kenyang.Ikut sunnah Rasulullah SAW, “makan tatkala lapar, berhenti sebelum kenyang”..

contoh-contoh tersebut adalah koman dlm situasi kehidupan manusia. Hanya satu benda yang boleh mengawal semua perkra2 yang tidak diingini in daripada berlaku, iaitu IMAN. IMAN seperti otak manusia yang mengawal semua tindakan manusia. Jika tinggi tahap keimanan seseorang itu, maka tinggi lah potensi untuk individu tersebut mengawal nafsu sendiri. Bagaimana mahu mendapatkan keimanan yang jitu dan tinggi, pintalah kepadaNya! InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan hidayah kepada hambaNya yang dikehendaki. Jika kita merasakan, permintaan kita itu tidak berbalas, maka cubalah cari dimana silapnya, dan cuba perbaiki, kemudian teruskan berdoa. Sesungguhnya doa mendekatkan diri hamba kepada Penciptanya~

~correct me if I’m wrong~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: