sampaikan pada ‘si dia’ ku..

20 Dec

Tolong sampaikan pada si dia,
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya,
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cintaNya,
Tolong beritahu si dia cinta manusia bakal membuatnya alpa.

Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa,
Tolong nasihati si dia jangan mengingati ku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati si dia jangan mendoakan ku lebih daripada dia mendoakan kedua orang tuanya.

Tolong katakan pada si dia dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.

Tolong ingatkan si dia aku terpikat kerana imannya bukan rupanya,
Tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya,
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia,
Tolong tegur si dia bila dia tengelam dalam angan-angannya,
Tolong tegur si dia bila nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang Maha Esa,
Tolong sedarkan dia aku masih milik keluarga,
Tolong sedarkan si dia tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana,
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta,
Tolong sabarkan si dia bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.

Tolong pesan kepadanya aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya,
Tolong pesan kepadanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya,
Tolong pesan kepadanya aku membiarkan Yang Esa menjaganya.

Tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melekakan dia,
Tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya,
Tolong khabarkan pada si dia jadiah penyokong dalam kejayaanku.

Tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Tolong sampaikan pada si dia cinta kerana Allah tidak ternilai harganya,
Tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa,
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tak mampu memberitahunya sendiri.

Hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa si dia,
Moga pesanku sampai kepadanya walau aku sendiri tidak tahu akan siapa si dia dan di mana dia berada.

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu memasuki taman larangan dengan
sopan santunnya dan bertemu shauqatul wardah yang terjaga oleh tuannya,

Simpanlah pesanku ini sehingga kau bertemu diriku suatu hari nanti.

~~amin ya rabbal alamin :)~~

~~correct me if I am wrong~~

One Response to “sampaikan pada ‘si dia’ ku..”

  1. along January 17, 2008 at 5:59 pm #

    ak insaf!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: