motivasi diri =)

20 Dec

I got this article from http://novaadila.blogspot.com/. I do love read articles from her site. I hope u guys, will always go to her site to read some of the beneficial articles.. More about Islam๐Ÿ˜‰

This article is actually writen by Zaharuddin Abd Rahman. He did to share with us his experiences..And here, I do cut and paste it in my blog.. So that, I can read it often..

“Demikian beberapa coretan peribadi berkaitan motivasi diri saya. Terlalu banyak sebenarnya, tetapi saya tidak pandai mengolah, kurang minat menulis hal peribadi dan kekurangan masa. Cuma atas permintaan dan pertanyaan pengunjung web ini, saya cuba kongsikan apa yang sempat dan mampu.

Semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui Isra Mikraj.

Nabi Ibrahim juga memohon motivasi dari Allah. Lihat bagaimana permohonan Nabi Ibrahim :-

ูˆูŽุฅูุฐู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ุฑูŽุจู‘ู ุฃูŽุฑูู†ููŠ ูƒูŽูŠู’ููŽ ุชูุญู’ูŠูู€ูŠ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชูŽู‰ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูˆูŽู„ูŽู…ู’ ุชูุคู’ู…ูู† ู‚ูŽุงู„ูŽ ุจูŽู„ูŽู‰ ูˆูŽู„ูŽู€ูƒูู† ู„ู‘ููŠูŽุทู’ู…ูŽุฆูู†ู‘ูŽ ู‚ูŽู„ู’ุจููŠ

Ertinya : “Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: “”Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati””. Allah berfirman: “”Belum yakinkah kamu?””. Ibrahim menjawab: “”Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)””. ” ( Al-Baqarah : 260 )

Kita semua perlukan motivasi, motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan redha dan syurga Allah.

Sebagaimana nabi dan sahabat baginda. Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya :-

ุฎูุชูŽุงู…ูู‡ู ู…ูุณู’ูƒูŒ ูˆูŽูููŠ ุฐูŽู„ููƒูŽ ููŽู„ู’ูŠูŽุชูŽู†ูŽุงููŽุณู ุงู„ู’ู…ูุชูŽู†ูŽุงููุณููˆู†ูŽ

Ertinya : “tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba” ( Al-Mutaffifin :26 )

Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba. Manusia sering berlumba bagi perolehi nikmat sementara dunia, harta, nama dan pangkat.

Ingatlah sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki billion ringgit wang juga tidak dapat menangguhkannya dari kematian. Tidak juga boleh merasuah Allah s.w.t untuk memberikan kontrak hidup untuk 3 tahun lagi.

Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi. “

One Response to “motivasi diri =)”

  1. adiLa February 15, 2009 at 12:59 pm #

    salam.
    fnd ur blog from d trackback.

    salam ziarah.. 8)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: