perempuan atau barang?

18 Dec

sj nk berkongsi idea..

before ni miminapis selalu dgr org ckp, conthnya kita tnya die “..bila eh nk pkai tudung?..” pastu org tu akn ckp “..blom dpt hidayah lagi..” erm, ni pendapat individu miminapis..

bukan ke hidayah tu mesti dicari? mmg ALLAH akan memberikn hidayah kepada hambaNya yang dikehendaki, tapi kalau kita sbg hambaNya tidak pernah ada inisiatif untuk mencari hidayah tersebut, masakan ALLAH akn memberi.. salah satu cara untuk mendapat cahaya daripada ALLAH adalah dengan berdoa. Dalam konteks ni, kita tak boleh nk sama kan cara penerimaan hidayah oleh mualaf dengan orang yang sudah pun Islam sejak lahirnya.

for me, kita yang sejak lahir lagi dilahirkan sebagai muslim, tidak boleh di samakan dgn mereka yang baru memeluk Islam ketika dewasa (mualaf). Kalau nk dilihat, golongan mualaf lagi elok tingkah lakunya daripada mereka yg Islam sejak lahir. Bagi miminapis golongan mualaf jd cmtu sbb mereka nmpak keindahan Islam melalui pengalaman mereka, mereka byk mengkaji..jadi secara automatic mereka buat kesimpulan Islam ni indah, byk melindungi hak manusia terutamanya wanita dan byk lagi kekuasaan ALLAH yang mereka dh nmpak.. [mualaf yang miminapis maksudkan ialah orang2 yang betul2 masuk Islam sbb kerelaan hati bukan sebab perkahwinan or else.. tp kdg2 ada juga mualaf yg masuk Islam sbb perkahwinan, daripada situ dia mula mengenal Islam…alhamdulillah]

Tapi bagi kita yang semulajadi Islam ni, kadang2 kita leka dan bersikap macam acuh tak acuh. “Ye, saya orang Islam sbb ibubapa saya Islam.” Kita masih lagi menunaikan kewajipan sebagai seorng muslim seperti solat, puasa dan lain2 lagi.. Tapi miminapis percaya, tak ramai yang menghayati setiap ibadah yang dilakukan.. Kalau tak, masakan rmai orang Islam di Malaysia terlibat dengan kegiatan yang tak sihat.

Sekarang ni kalau seseorang itu bertudung pon orang takkan pandang tinggi kat orang tu sbb zaman sekarang orang yang bertudung pun buat benda yang ditegah.(Ya, mmg kita tak sempurna, miminapis pun sama, tapi kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri, cuba melawan nafsu sbb melawan nafsu itu juga adalah satu jihad) 

Maaf kalau tersinggung perasaan sesiapa. Tapi bagi mereka yang ber’couple’, pastu berjumpa, berpegangan tangan, tapi bertudung. Miminapis sendiri tak faham apa rasionalnya semua tu. Kita masih lagi ada ibu bapa yang boleh memberikan semuanya kepada kita. Bahkan ibu bapa juga yang menanggung makan pakai kita, jadi apa lagi yang kita mahukan? Miminapis tak rasa kalau pasangan kita tu akan menyara hidup kita dari segi pembiayaan pendidikan, perbelanjaan hidup n etc, sedangkan dia sendiri pon belum dapat menyara hidup dia sendiri.

Adakah kita yakin bahawa pasangan kita itu adalah suami/isteri kita pada suatu hari nanti. Manusia memang boleh merancang, namun ALLAH juga yang menentukan. Ya, kita boleh berdoa kepada ALLAH semoga pasangan kita pada masa ini adalah pasangan kita yang sebenar2nya! Bak kata ustaz yang mengajar miminapis “kan elok bercinta selepas kahwin sebab byk benda yang kita boleh ckp dgn psgan kita nanti, kalau dah kenal awal2 nanti bosanlah..” mungkin ada yang kata, “..ahh, takkan lah nk bosan dgn psgan sendiri..” miminapis : no komen…ALLAH Maha Mengetahui. Bagi miminapis ada maksud tersirat di sebalik ayat ustaz tersebut..~

Mungkin orang ckp, kita ni boley la ckp cmni sbb kita tak ber’couple’, tak rasa apa yang diorang rasa. Itu semua kan nafsu. Kalau dah nafsu buat apa pon kita rasa betul. Harap perkataan ‘nafsu’ disini tidak disempitkan maksudnya.

Buat pengetahuan semua, miminapis rasa amat bersyukur kehadrat ALLAH  sbb dipelihara daripada semua perkara tu..InsyaALLAH (semoga terus dipelihara oleh ALLAH) Persoalannya sekarang, bukannya sama ada kita ni laku atau pun tak laku, sbb dah memang ternyata semua orang diciptakan oleh ALLAH secara berpasang-pasangan, cuma masa dan keadaan yang menentukan. Disitu dah terbukti bahawa memang semua orang ada pasangannya masing2. Kalau nak dikira dari segi ‘laku’ atau pun tak, adakah kita ingin menyamakan perempuan tersebut dengan barang? I leave this to all of you to think about.

sebenarnya banyak lagi yang nk ditulis, tapi mmg tak tertulis.. apa apa pon, miminapis bersyukur kerana hidup yang diberikan olehNya.. selama 19 tahun hidup di dunia, mmg tak banyak lagi ilmu ALLAH yang miminapis dapat, tapi bila sedikit ilmu ALLAH itu telah diperolehi, mmg kita akn amat bersyukur. ( i don’t think some people will understand this because i am bad in language..huhu~ but ALLAH knows eveything, each word out from my mouth!)

~correct me if I am wrong~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: