perempuan dan muslimah

16 Dec

Mesti ramai yang tertanya-tanya perbezaan perempuan dan muslimah..Secara fizikalnya memang tiada perbezaan, cuma ALLAH SWT yang Maha Mengetahui. Bukan semua perempuan adalah muslimah, dan semua muslimah adalah perempuan ALLAH SWT menciptakan perempuan itu dengan pelbagai rupa, tetapi asalnya mereka tetap dilahirkan sebagai sehelai kain putih. Ibu bapa yang harus mencorakkan anak-anak mereka.

Memang tidak dapat dinafikan, ada juga terdapatnya anak-anak ustaz atau ustazah yang tidak mencerminkan sifat muslimah yang sebenar. Namun tidak adil jika pihak ibu bapa sahaja dipersalahkan. Anak-anak telah diberikan pendidikan oleh ibu bapa dengan menghantar mereka ke sekolah, pagi mahupun petang. Anak-anak juga dihantar ke sekolah agama untuk mereka memantapkan lagi ilmu pengetahuan agama mereka. Jadi anak-anaklah yang menentukan segalanya. “Ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbunga”. Hasilnya lahirlah remaja dan belia zaman sekarang yang boleh kita nilai sendiri tahap agama mereka. Penulis juga tidak terkecuali.

Penulis tidak berniat untuk ‘judge a book by its cover’.. But actually from the cover we can know what type of people they are. Penulis juga bukan mahu bersikap, namun keperibadian seseorang itu dapat dinilai daripada perwatakannya sendiri. Manusia hanya mampu menilai seseorang itu daripada luaran sahaja namun ALLAH juga yang Maha Mengetahui. Wallahualam..

Mungkin penilaian kita terhadap seseorang itu hanya 60% dan mungkin 20% sahaja yang betul. Penulis tidak percaya jika penilaian kita terhadap seseorang itu 100% tidak betul. Walaupun manusia sentiasa dipengaruhi oleh emosi dan perasaan, percayalah bahawa ALLAH sentiasa meletakkan kebenaran kepada sesuatu yang dinilai dengan cara yang betul malahan jika sentiasa digariskan dengan panduan Islam. Bak kata orang, “kalau nak tau buruk atau baiknya seseorang itu cubalah berkawan dengannya”.

Namun, iman seseorang itu boleh berubah, ada naik dan turunnya. masa ini kita berkawan dengan seseorang itu, kita ketahui sifat-sifatnya yang baik, alim dan sentiasa melakukan suruhan agama. Tidak mustahil jika suatu hari nanti kawan kita itu akan berubah. Begitu juga dengan diri kita. Tambahan pula cabaran dan dugaan dunia kini semakin kuat. Kita sebagai seorang yang cintakan agama Islam yang suci ini, haruslah sentiasa berdoa kepada ALLAH semoga kita terus berpegang kepada tali ALLAH ini.
Sesungguhnya doa adalah senjata kepada orang mukmin.

InsyaALLAH, semoga ALLAH sentiasa menguatkan imanku, perbaiki akhlakku dan semoga umat Islam terus disanjung tinggi oleh penganut agama lain. Aminn~

~~correct me if I am wrong~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: