Berlepas diri.
February 10, 2012 at 8:53 pm | Posted in Uncategorized | Leave a commentDalam keserabutan yg ada, kesesakan dada yg menimpa, hati perlu di tenangkan.
Surah Taha bacaan Sheikh Masyari Rashid Al-Afaari, di pasang.
Sambil tafsirnya dibaca dan diperhatikan.
Mohon agar hati ini benar2 menghayati.
Surah Taha, ayat 25-35.
Berkata (Musa): “Rabbi (wahai Tuhanku), lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan daripada lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku. Dan jadikanlah untukku seorang pembantu daripada keluargaku. (Iaitu) Harun, saudaraku. Teguhkankanlah dengannya, kekuatanku. Dan jadikanlah dia bersama2-sama(ku) dalam urusanku. Supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau. Dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau terhadap kami adalah memperhatikan.”
Allah~
Sungguh ayat2 Quran itu memujuk.
Indah ayat cinta-Nya yg ini.
Kalau tidak, masakan Saidina Umar yg terkenal dgn kegarangannya boleh lembut hati apabila terdengar adik perempuannya membaca Surah Taha ini.
Allahu Allah.
Aku berlepas diri daripada perdebatan yg panjang.
Aku berlepas diri daripada perkara yg menjauhkan aku daripada-Mu.
Aku mohon daripada-Mu!
Leave a Comment »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a Reply
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


